KEK PISANG
▼
Friday, April 22, 2016
CHOCOLATE SLICE CHEESECAKE
CHOCOLATE SLICE CHEESE CAKE (20CM)
sumber : HaSue@sue-hasue...
Bahan-Bahan :
6 keping slice cheese@cheesedale kraft
400 ml susu segar perisa coklat
100 gm mentega atau marjerin
100 gm tepung gandum
95 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1/2 cawan serbuk koko
Beberapa titik esen vanilla
Coklat emulco (optional)
Cara-Cara :
1. Masukkan susu segar ke dalam periuk. Koyak-koyakkan slice cheese kecil-kecil dan panaskan atas api kecil sehingga kepingan keju cair. Masukkan serbuk koko dan sentiasa kacau menggunakan whisk.
2. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Asingkan putih dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula kastor sehingga kental (menjadi meringue..bila diterbalikkan bekas ia tidak jatuh).
4. Di dalam bekas lain yang besar, pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika, kemudian ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketu-ketul..kacau menggunakan whisk dengan perlahan.
5. Akhir sekali masukkan adunan putih telur (meringue) ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanilla, kaupbalik dengan perlahan-lahan.
6. Gliskan acuan dengan sedikit mentega dan alaskan dasar acuan dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disediakan tadi.
7. Bakar pada suhu 160'C selama 45 minit sehingga masak menggunakan kaedah 'bain-marie' (loyang kek diletakkan di dalam loyang berisi air panas ketika dibakar)...
No comments:
Post a Comment