KEK PISANG
▼
Sunday, June 26, 2016
PUDING ROTI
PUDING ROTI
sumber : buku resipi Chef Hanieliza...
Bahan A :
2 cawan susu segar
8 keping roti putih
Bahan B :
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
Bahan C :
2 sudu makan kismis hitam
Bahan D : (Sos Kastard)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula
Cara Membuat :
1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam di dalam susu selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci atau loyang pilihan yang telah digriskan.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit ataupun sehingga masak sepenuhnya.
5. Untuk bahan sos : gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil sehingga kelihatan sedikit pekat.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang. (Boleh juga dihidang bersama ais krim vanilla dan sos coklat) jika suka.
No comments:
Post a Comment