KEK PISANG
▼
Monday, August 29, 2016
AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP
cookbook : 500 Juadah Pilihan Keluarga..Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam - potong kecil
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 batang daun ketumbar - hiris halus
1/2 cawan kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak.
2. Gaul ayam dengan garam serta digoreng hingga ayam masak.
3. Dalam kuali lain, panaskan 3 sudu besar lebihan minyak menggoreng ayam tadi.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau dan biarkan layu.
5. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kemudian masukkan kicap, kacau.
6. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata.
7. Masukkan ayam, gaul rata. Taburkan daun ketumbar.
8. Hidangkan bersama nasi putih..
No comments:
Post a Comment