KEK PISANG
▼
Monday, October 17, 2016
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT...
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan A : (diayak & ketepikan)
125 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam
Bahan-Bahan B :
300 gm chocolate compound - dicincang kasar
100 gm butter
Bahan-Bahan C :
100 gm gula kastor
3 biji telur gred A/B
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Potongkan bahan-bahan B : chocolate compound dan butter. Satukan dalam bekas tahan panas dan cairkan secara double boiler.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan C. Pukul sekadar sebati sahaja, jangan terlalu lama.
3. Tuangkan adunan bahan-bahan C ke dalam adunan bahan-bahan B. Masukkan bahan-bahan A yang telah di ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul sebati. (Proses ini perlu dilakukan dengan pantas kerana coklat masakan akan menjadi likat jika dibiarkan lama pada suhu bilik).
4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci persegi, di alas dengan kertas minyak, taburkan hirisan badam di atasnya, jika suka.
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dulu pada suhu 170'C selama 35 minit sehingga masak.
No comments:
Post a Comment