KEK PISANG
▼
Thursday, April 13, 2017
AYAM MASAK KICAP PEDAS...
AYAM MASAK KICAP PEDAS
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1 sudu teh serbuk kunyit dan garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Rempah penumis secukupnya (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 biji bawang besar - dimayang halus
1 cm halia - dihiris
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
Bahan Kuah Kicap :
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
500 ml air
Cara Memasak :
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Dengan minyak gorengan tadi, tumis rempah penumis bersama halia, bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan air.
4. Setelah mendidih, masukkan serbuk lada hitam dan bawang besar.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. (Bagi membangkitkan rasa, tabur daun sup/daun bawang sebelum dihidangkan).
6. Sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment