KEK PISANG

Saturday, September 30, 2017

CHOCOLATE CHIP COOKIES...









CHOCOLATE CHIP COOKIES
adapted from :    rasamalaysia.com



Ingredients :

250  gm  butter
120  gm  fine sugar
100  gm  brown sugar
2  eggs, lightly beaten  (grade A/B)
320  gm  all-purpose flour
80  gm  corn flour or corn starch
1/4  tsp  baking soda
2  tbsp  cocoa powder  (optional)
100  gm  almond nibs  (or chopped almonds) ~  roasted
250  gm  chocolate chips


Directions :

1.  Preheat oven to 200'C/400'F.
2.  Combine flour, corn starch and baking soda in a bowl.  Set aside.
3.  Beat butter, fine sugar and brown sugar until light and creamy.
4.  Add eggs and beat well.  Gradually mix in the flour mixture.
5.  Stir in cocoa powder (if using), chocolate chips and almond nibs.  Mix until well combined.
6.  Drop by rounded tablespoons onto a baking sheet lined with parchment paper.
7.  Bake for about 10 minutes or until golden brown.  Let cool on wire rack before keeping in airtight container...

Wednesday, September 27, 2017

ROTI GULUNG SOSEJ...








ROTI GULUNG SOSEJ



Bahan-Bahan :

10  keping  roti tawar Gardenia atau apa saja  ~  dibuang bahagian tepinya
10  batang  sosej ayam/daging, ikut pilihan  ~  dipotong 2
2  biji  telur  ~  dikocok sedikit
Secubit garam atau secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah atau secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-Cara :

1.  Gelek roti sehingga nipis/leper dan potong 2 bahagian.

2.  Balut sosej dengan roti yang dicanai nipis tadi, gulungkan dengan kemas.  (Bahagian hujung roti sapu sedikit dengan telur tadi agar tidak terbuka ketika digoreng nanti).

3.  Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya ke dalam pukulan telur tadi.  Celupkan gulungan roti tadi ke dalam telur.

4.  Gorengkan gulungan roti tadi ke dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan menggunakan api perlahan.

5.  Setelah siap hidangkan bersama sos pilihan dan mayonis jika suka.  Baki pukulan telur jangan dibuang tetapi digoreng hancur dan taburkan di atas gulungan roti yang sudah siap digoreng tadi...

Monday, September 25, 2017

FUDGY OREO BROWNIES...A KEEPER!!!!









FUDGY OREO BROWNIES (A KEEPER)!!!
adapted from :    Marsha's Baking Addiction.com;  
(moist, fudgy & chocolatey)...



Ingredients :

140  gm  unsalted butter
300  gm  granulated sugar  (1 1/2 cups) (I use 250 gm but yet still too sweet)
75  gm  cocoa powder  (3/4 cup)
1/4  tsp  salt
2  tsp  vanilla extract
2  large  eggs  ~  cold
60  gm  plain/all-purpose flour  (1/2 cup)
90  gm  chocolate chips  (1/2  cup)
16  Oreos  ~  whole
Oreos chopped


Directions :

1.  Preheat the oven to 180'C/350'F.  Line an 8x8-inch square baking pan with aluminium foil or parchment paper, and set aside.

2.  Place the butter, sugar, cocoa powder and salt into a microwave-safe bowl, and microwave in 30 second intervals, stirring after each one, until the butter is melted and the mixture feels very warm to the touch.  (I just use double boiler technic).

3.  Mix in the eggs, one at a time.  Fold in the flour until fully combined.  Fold in the chocolate chips (they will melt into the batter, but it's ine!!  It helps produce a shiny top).  Stir in the vanilla extract.

4.  Pour half@1/2 of the batter into the prepared pan, and spread out evenly.  Place the whole Oreos evenly over the batter, and then top with the remaining batter.  Top with the broken/chopped Oreos.

5.  Bake for 30-35 minutes, or until a toothpick inserted into the centre comes out almost clean with a few moist crumbs.  Allow to cool completely in the pan on a wire rack before cutting into squares...

NOTES :

Brownies stay fresh, stored in an airtight container, at room temperature or in the fridge for up to 1 week.  They also freeze well for up to 3 months.  Thaw overnight in the fridge before serving...

NUTELLA COFFEE MILKSHAKE...







NUTELLA COFFEE MILKSHAKE
adapted from :    Marsha's Baking Addiction.com
(sangat sedap & a keeper)...



Ingredients :

4  scoops  vanilla ice-cream
1  cup  milk  (240 ml)
4  tbsp  Nutella
3-4  tsp  instant coffee granules


Directions :

1.  Blend together the ice-cream, milk, Nutella and coffee granules in a blender until smooth and combined.

2.  Pour into a glass and garnish with whipped cream if desired!!!





SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM...










SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM
rujukan :    Majalah RASA.com.my



Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
3  sudu besar  cili kisar
1  sudu besar  pes tomyam
4  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
2  cm  halia *  ( * dikisar halus)
1  batang  serai  ~  dititik
1  biji  bawang besar  ~  dibelah empat/dihiris kasar
1  biji  tomato  ~  dipotong ikut suka  (tambahan)
1/2  biji  lada benggala hijau  ~  dihiris memanjang  (tambahan)
5  helai  daun limau purut  (tambahan)
Garam, lada sulah & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah.  Goreng sehingga masak.  Ketepikan.

2.  Di dalam kuali, panaskan 2 sudu makan minyak masak lalu tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.

3.  Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumiskan lagi sehingga pecah minyak.

4.  Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.  Didihkan seminit.

5.  Masukkan bawang besar, lada benggala hijau, tomato, daun limau purut dan ayam yang digoreng tadi.  Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.

6.  Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi putih...

NOTA :  Boleh dimasukkan cili padi jika mahu lebih pedas...

POPIA GORENG...







POPIA GORENG



Bahan-Bahan :

1  peket  kulit popia


Bahan Inti :

1  batang  lobak merah  ~  buang kulit & disagat
1  biji  sengkuang  ~  buang kulit & disagat 
1 1/2  cawan  tauge
4  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  biji  bawang besar  ~  dicincang
1  biji  cili merah  ~  dicincang
1  sudu kecil  gula
1/2  sudu kecil  garam
2  sudu makan  udang kering  ~  rendam hingga lembut & cincang 
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara-Cara :

1.  Panaskan 3 sudu besar minyak.
2.  Masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga layu dan berbau wangi.
3.  Masukkan lobak merah dan udang kering.  Masukkan garam dan gula.
4.  Masukkan sengkuang, tauge dan cili merah.   Kacau rata.
5.  Angkat dan ketepikan.  Biarkan sejuk.  Tapis jika bahan inti berair.
6.  Ambil sekeping kulit popia letakkan intinya.  Lipat dan gulung.  Ulang sehingga habis.
7.  Panaskan minyak dan goreng sehingga warnanya sedikit kuning.
8.  Bolehlah dihidangkan bersama sos cili atau sos tomato.

NOTA :  

1.  Bahan inti boleh diperbagaikan mengikut apa yang ada didapur.
2.  Dihujung kulit popia sapukan sedikit air sebagai gam dan gulung hingga kemas (agar tidak terbuka ketika menggoreng)...





Sunday, September 24, 2017

KEK KEJU MINYAK...









KEK KEJU MINYAK
rujukan :    zulfadreamland...



Bahan-Bahan :

6  biji  telur gred C  (saya guna 5 biji gred B)
3/4  cawan  gula perang
2  cawan  tepung gandum *
1  sudu besar  baking powder *  ( * diayak bersama )
3/4  cawan  susu pekat manis
1/4  cawan  cream cheese, suhu bilik
1  sudu besar  ovallate
1  cawan  minyak masak
1  sudu kecil  esen vanilla
Beberapa titik pewarna pilihan


Cara-Cara :

1.  Pukul telur, gula dan ovallate sehingga kembang dan berkrim.

2.  Masukkan susu pekat, cream cheese@keju dan esen vanilla, putar lagi.

3.  Masukkan minyak masak.  Putar lagi.  Masukkan tepung, gaul rata dan sebati.

4.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut citarasa.

5.  Gunakan loyang 9 inci bulat/persegi, gris dan alas dengan baking paper.

6.  Panaskan over terlebih dahulu pada suhu 170'C.  Kemudian sendukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli warna dan corakkan ikut citarasa.

7.  Bakar di dalam oven menggunakan rak yang agak bawah selama 50 minit.  (Kalau permukaan kek sudah agak gelap dan kek belum masak sempurna....letakkan aluminium foil di atas permukaan kek dan teruskan sambung membakar kek sehingga masak...

JUS KUINI...









RESIPI JUS KUINI
rujukan :    bukuresipi.com



Bahan-Bahan :

Buah kuini  (yang dah masak)  (saya guna sebiji jer)
Air masak
Gula pasir
Sedikit garam
Ais kiub


Cara Penyediaan :

1.  Kupas kulit buah kuini, cuci bersih, potong-potong ambil isinya.
2.  Blend bersama gula, sedikit garam dan air secukupnya.
3.  Tuangkan ke dalam jug dan tambahkan lagi air.
4.  Sebatikan rasa manis dan masinnya.
5.  Masukkan ais kiub secukupnya dan siap untuk dihidangkan...

NOTA :  Jika tidak suka seratnya, anda boleh tapis...

SAWI PUTIH KELEDEK MASAK LEMAK...









SAWI PUTIH DAN KELEDEK
MASAK LEMAK
rujukan :    Majalah RASA Januari 2012



Bahan-Bahan :

1  biji  ubi keledek kuning/putih  ~  dipotong kiub & direbus sehingga empuk
3  tangkai  sawi putih  ~  dipotong ikut suka
1  biji  lada merah  ~  dihiris menyerong
50  gm  ikan bilis  ~  ditumbuk kasar
20  gm  suhun  ~  direndam seketika
3  ulas  bawang merah  ~  dihiris halus
200  ml  santan pekat
300  ml  air
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Satukan santan pekat, air, bawang merah dan ikan bilis di dalam periuk.
2.  Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih.  Kacau sentiasa perlahan-lahan.
3.  Masukkan suhun (toskan airnya dulu), keledek dan sawi.
4.  Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa.  Kacau seketika.
5.  Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas...

Saturday, September 23, 2017

JEMPUTAN...


 23/9/2017 (Sabtu) -  Jemputan Majlis Raja Sehari anak kepada sahabat ku, Pn. Maimunah Sadri
di Taman Sri Kenari,
Kajang...


 Bersama sahabat lama Pn. Siti Amnah...