KEK PISANG
▼
Saturday, January 6, 2018
IKAN BAWAL EMAS GORENG BERSOS...
IKAN BAWAL GORENG BERSOS
MUDAH & SEDAP
rujukan : LinaPg@Teratak Mutiara Kasih...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal (resipi asal guna ikan bawal emas)
1/2 labu bawang besar *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih * ( * dikisar )
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar ~ didadu
1 biji epal hijau Granny Smith ~ didadu kecil
1/2 biji capsicum merah ~ didadu kecil
1/2 biji capsicum kuning ~ didadu kecil (tak letak)
Buah tomato atau tomato ceri secukupnya
Daun kucai ~ hiasan
2 sudu besar sos cili Maggi
2 sudu besar sos tomato Maggi
1 sudu besar sos tiram Maggi
Sedikit Maggi@Secukup Rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel kemudian perasakan dengan sedikit Maggi@Secukup Rasa dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) sehingga layu. Masukkan bahan kisar, tumiskan sebentar sehingga agak garing. Kemudian masukkan cili giling, tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Satukan kesemua sos ke dalam mangkuk kecil (sos cili Maggi, sos tomato Maggi dan sos tiram Maggi), masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah).
4. Tuangkan ke dalam tumisan. Sesuaikan rasa, tambahkan sedikit Maggi@Secukup Rasa (tak perlu masukkan garam dan gula sebab Maggi@Secukup Rasa sudah lengkap semuanya). Renihkan sebentar, supaya kuah pekat.
5. Masukkan epal hijau, capsicum merah & kuning dan daun kucai (simpan sedikit untuk hiasan). Gaulkan sebati. Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api. Kalau suka yang lembut sedikit, biarkan sebentar atas api. Kemudian tutup api.
6. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan dengan baki daun kucai...
No comments:
Post a Comment