KEK PISANG

Sunday, December 30, 2018

PENGAT KELADI & KELEDEK...








PENGAT KELADI & KELEDEK




Bahan-Bahan :

300  gm  keladi *
150  gm  keledek merah *
150  gm  keledek kuning *  ( * kupas kulit, cuci & dipotong dadu )
1/2  cawan  sagu biji
5  cawan  santan
1/4  cawan  gula pasir
1/4  cawan  gula merah atau gula melaka
2  helai  daun pandan  ~  cuci & disimpul
Sedikit garam


Cara-Cara :

1.  Masukkan santan di dalam periuk sambil kacau di atas api perlahan.
2.  Masukkan gula pasir, gula merah, garam, biji sagu, daun pandan, keledek merah dan kuning dan keladi.
3.  Kacau hingga mendidih dan keladi dan keledek empuk.  Tutup api.
4.  Sedia dihidangkan. 

Nota :   Keladi jangan terlalu lama dimasak sebab keladi cepat empuk...




AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH...








AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH
sumber :    Majalah RASA Disember 2018




Bahan-Bahan :

1  kg  ayam  ~  dipotong 12-14, cuci & toskan
2  batang  bunga kantan  ~  belah dua atau empat
6  tangkai  daun kesum
1/2  cawan  air asam jawa
6  sudu makan  pes cili kisar
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
5  sudu makan  minyak masak


Bahan Rempah Tumis :

3  cm  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
5  biji  buah pelaga
1/2  sudu teh  jintan manis
1/2  sudu teh  jintan putih


Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
6  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  cm  lengkuas
3  cm  kunyit hidup
2  cm  belacan  (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan rempah penumis kemudian masukkan bahan kisar.
2.  Kacau rata hingga wangi, baru dimasukkan pes cili kisar.
3.  Kacau lagi hingga pecah minyak dan sedikit garing.
4.  Masukkan air asam jawa, kacau rata dan masukkan ayam.
5.  Biarkan ayam kecut dan tambah sedikit air dan masukkan bunga kantan serta daun kesum.
6.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.  Biarkan mereneh 2-3 minit lagi, kemudian tutup api.
8.  Asam pedas ayam sedia dihidangkan.




TUMIS TERUNG...








TUMIS TERUNG CILI PADI
IKAN BILIS
sumber :    Majalah RASA Disember 2018...




Bahan-Bahan :

4  biji  terung panjang  ~  buang sedikit kulit, belah & potong
Garam & gula secukup rasa
1/2  sudu makan  air asam jawa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar :

6  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
Segenggam ikan bilis atau udang kering, ikut citarasa
2  biji  cili merah
8  biji  cili padi


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan.
2.  Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.  Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
4.  Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5.  Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata.
6.  Tutup api dan terung sedia dihidangkan.




Saturday, December 29, 2018

KEMBALI MENJALANKAN TUGAS...


29/12/2018 (Sabtu)  Balas berlepas, KLIA...


28/12/2018 (Jumaat)  Dinner bersama anak-anak di restoran nasi arab
di Laman Dato Ahmad Said, Semenyih...

NASI TOMATO...







AYAM MASAK MERAH
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan A :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 12
Garam & serbuk kunyit secukupnya untuk menggoreng ayam
2  batang  serai  ~  dititik
1  labu  bawang besar  ~  potong bulat
1  tin kecil  kacang peas  (tak letak)
1  sudu besar  hirisan gula Melaka


Bahan B :  (Dikisar)

5  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
3  cm  halia
10  tangkai  cili kering  ~  rebus hingga lembut & toskan
2  sudu besar  sos tomato
1  sudu besar  sos tiram


Cara Memasak :

1.  Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit.  Goreng hingga keemasan dan ketepikan seketika.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali lain, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
3.  Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula Melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
4.  Sesuaikan rasa dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata.
5.  Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api...







SPICY THAI CUCUMBER SALAD
adapted from :    healingmamaremedies.com




Ingredients :

1  English  cucumber  ~  spiralized or as desired
1  green onion  ~  chopped finely
1/4  cup  chopped red onion or white onion
1/4  cup  rice vinegar
2  tbsp.  pure cane sugar
1  tsp.  sesame oil
Pinch of salt
Red pepper to taste


Instructions :

Combine rice vinegar, sesame oil, sugar and salt in a bowl and whisk until most of the sugar is dissolved.  Pour over cucumbers and onions and mix.  Garnish with green onion and red pepper to taste.








NASI TOMATO MUDAH
sumber :    linapg@Teratak Mutiara Kasih




Bahan-Bahan :

3  cawan  beras basmathi
3  cawan  air  (bergantung pada beras yang digunakan ~  saya guna 4 cawan air)
1  cawan  susu cair
2  kiub  pati ayam
Sedikit gula
4  sudu besar  tomato puri/sos tomato


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang merah  ~  mayang/cincang
3  ulas  bawang putih  ~  mayang/cincang
2  biji  buah tomato  ~  potong kiub kecil
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga cengkih,  jika suka
1  kuntum  bunga lawang
1  biji  buah pelaga,  jika suka
2-3  helai  daun pandan  ~  disimpul
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak


Bahan Lain :

Daun pudina/Daun Sup/Kismis/Gajus


Cara Memasak :

1.  Beras dibersihkan, rendam selama 30 minit kemudian toskan.

2.  Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.

3.  Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan, bawang merah dan bawang putih.  Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (tidak perlu garing nanti terasa pahit).

4.  Masukkan buah tomato dan sos tomato.  Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit.  Masukkan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa masam).

5.  Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub pati ayam.  Biarkan mendidih terlebih dahulu.

6.  Kemudian masukkan beras, gaul rata.  Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak menggunakan api sederhana).

7.  Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka).

8.  Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.  (Anggaran 12-15 minit).

9.  Setelah nasi masak, tutup api dan gemburkan nasi menggunakan garfu.


Nota :    Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.  Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25 minit supaya nasi masak dengan sempurna...

SAMBAL KERING IKAN SELAR....









SAMBAL KERING IKAN SELAR
sumber :    Majalah RASA Ogos 2018...




Bahan-Bahan :

8-10  ekor  ikan selar  ~  siang & bersihkan  (saya guna 4 ekor ikan sardin saiz besar & dipotong 2)
1  sudu teh  serbuk kunyit
1  sudu makan  air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar Kasar :

1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
3  biji  cili merah
15  biji  cili padi
1  batang  serai


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.  Angkat dan ketepikan.
3.  Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4.  Tumiskan bahan kisar hingga garing kemudian masukkan air asam jawa.
5.  Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.  Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
7.  Ikan sedia dihidangkan panas-panas...

TUMIS AIR LABU MANIS...








TUMIS AIR LABU MANIS
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

500  gm  labu manis  ~  kupas kulit & dipotong kiub sederhana besar
8  tangkai  kacang panjang  ~  dikerat 1 1/2 inci panjang, cuci & toskan  (skip)
1/2  kiub  pati ikan bilis
1  sudu besar  udang kering  ~  rendam, toskan & tumbuk hancur  (saya guna ikan bilis)
1  biji  bawang besar saiz sederhana  ~  hiris halus
4  ulas  bawang putih  ~  dititik
1  batang  serai  ~  dititik  (saya guna daun kunyit, dicarik)
3/4  sudu kecil  lada hitam biji  ~  ditumbuk halus
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis hirisan bawang, bawang putih, serai dan udang kering hingga harum dan bawang sedikit layu.  Masukkan sedikit serbuk kunyit dan tuangkan air secukupnya.  Tambahkan labu manis dan kiub pati ikan bilis.  Biarkan mendidih.

2.  Bila labu 1/2 empuk, masukkan kacang panjang, lada hitam dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula.  Masak sekejap hingga labu manis empuk tapi tidak hancur.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...


Info :    Penggunaan lada hitam biji dalam masakan ini bukannya apa, memandangkan sayur labu manis ada unsur sayur sejuk, jadi letak lada hitam sebagai penghangatnya...



Wednesday, December 26, 2018

KUIH APAM MANJA...








KUIH APAM MANJA@
APAM TOKYO
sumber :    www.rasa.my




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum *  (saya lebihkan jadi 1 1/4 cawan)
1/2  sudu teh  baking powder *  ( * diayak bersama )
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1/4  cawan  gula kastor
1/2  cawan  susu segar/susu cair
1/2  cawan  air 
1  sudu besar  marjerin   ~  cairkan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning,  jika suka


Cara-Cara :

1.  Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula kastor sehingga kembang.

2.  Kemudian masukkan bahan-bahan lain.  Kacau lagi sehingga sebati.

3.  Sendukkan atau guna sudu gulai, adunan ke atas kuali tidak lekat, biarkan bahagian atas mengering; tidak perlu diterbalikkan kemudian sudukan inti pilihan secukupnya.  (saya guna inti kaya).

4.  Lipat apam dan kepitkan bahagian atas tengahnya.  Ulang langkah sama sehingga semua adunan habis.

5.  Sedia untuk dinikmati.


Bahan Inti Kaya :

60  gm  gula pasir
125  ml  air panas
1  sudu besar  tepung jagung
170  gm  gula kastor
300  ml  santan
3  biji  telur  (saya guna gred A)
Daun pandan
Secubit garam


Cara Penyediaan :

1.  Masak gula pasir menjadi gula hangus.  Masukkan air panas.

2.  Satukan semua bahan-bahan lain dan bancuh sehingga larut.

3.  Tuangkan bancuhan ke dalam periuk berisi gula hangus.  Masak sehingga likat.

4.  Jika nak hasilkan kaya yang seperti dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika.  Hasilnya memang cantik licin.  (Jangan lupa buang daun pandan)...




Tuesday, December 25, 2018

BLUEBERRY YOGURT CHIFFON CUPCAKES...








BLUEBERRY YOGURT CHIFFON CUPCAKES
adapted from :    anncoojournal.com
yields :    14 pcs.




Ingredients :

3  egg  yolks  (about 70 gm per egg)
25  gm  caster sugar
40  gm  corn oil
1  tsp.  lemon juice
1  tsp.  vanilla extract
100  gm  natural yogurt
80  gm  plain flour  ~  sifted
Lemon zest from one lemon
4  egg  whites
55  gm  caster sugar
1  punnet/125  gm  fresh blueberries  ~  sprinkle some flour on it


Instructions :

1.  Preheat oven to 160'C.

2.  In a large bowl, mix egg yolks, sugar, oil and vanilla extract together, mix well with a hand whisk.  Add lemon juice, lemon zest and yogurt into it, mix well and until smooth.  Sift in the plain flour and mix well.

3.  In a clean mixing bowl, whisk egg whites till frothy, gradually add in sugar (55 gm).  Continue whisking egg whites till stiff peak but not dry.

4.  Fold 1/3 of egg whites into the yolk mixture.  Then pour in the rest of the egg whites and fold gently until combined with a rubber spatula.

5.  Spoon batter into 14 cupcake liners to half.  Place blueberries over it and spoon remaining batter to 3/4 full and bake for about 25 minutes.

6.  Bang the baking tray together with the small cakes on the counter top 2-3 times once they are straight out from the oven, as this will prevent the cakes from shrinking.  Leave cakes to cool before consuming...





CRANBERRY CHEESECAKE...








CRANBERRY CHEESECAKE
adapted from :    anncoojournal.com




Ingredients :

125  gm  cream cheese,  at room temperature
120  gm  white chocolate,  chopped
3  egg  yolks  used large eggs, about 70 gm each
1/2  tbsp.  cake flour or plain flour
1/2  tbsp.  corn flour (starch)
1  tsp  vanilla extract
1  tbsp.  lemon juice
1  lemon zest
3  egg  whites
2  tbsp.  dried cranberries,  cut into smaller pieces


Instructions :

1.  Preheat oven to 170'C.  Line a 7-inch cake pan at the bottom and grease the sides with butter, set aside.

2.  Break white chocolate into pieces in a large stainless steel bowl and melt in a double boiler over hot water.  Stir chocolate to smooth.  Then add the cream cheese into it and stir till smooth with a hand whisk.

3.  Remove the bowl from double boiler.  Add egg yolks, mix well followed by vanilla extract, lemon juice and zest, mix well again with a hand whisk.  Sift in cake flour and corn flour, stir well to smooth.

4.  In another clean bowl, whisk egg whites with 1/2 teaspoon lemon juice with an electric mixer until firm peaks form.  Add 1/3 of meringue into the cream cheese batter and fold well with a rubber spatula.  Then add the rest of the meringue and fold well again.

5.  Pour cheese mixture into prepared pan.  Dust dried cranberry pieces with some flour and scatter on top of cheese batter.

6.  Steam-bake the cake at 170'C for 15 minutes.  Then lower the temperature to 160'C for 15 minutes and 130'C for another 10 minutes.

7.  Run a knife around rim of pan so that the cake will not get a waist line.  Leave cake to cool completely before removing from the cake pan.  Chill the cake before consuming (about 2-3 hours) and dust with powdered sugar (or snow powder) if you like...





CROISSANT CARAMEL BREAD PUDDING...








CROISSANT CARAMEL BREAD PUDDING
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

3  batang  roti croissant@roti tanduk  (beli di Tesco)
1  genggam  chocolate chip
2  biji  telur gred A  ~  dipukul sedikit dengan garfu
200  ml  whipping cream 'Dairy'
60  ml  susu segar
1/2  sudu besar  mentega
45  ml  air
1/2  cawan  gula pasir
1/2  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Lenserkan acuan kaca tahan panas berukuran 5" x 7" x 1.5" dengan mentega.  (saya guna ramekin).  Roti croissant@roti tanduk dipotong-potong, kalau anda nak siat-siat/carik-carik juga boleh.  Susun di dalam bekas kaca tadi rata-rata dan ketepikan seketika.

2.  Masukkan gula pasir ke dalam periuk bersama air.  Masak dengan api sederhana sehingga gula bertukar perang.  Kacau selalu dan pastikan jangan sampai gula jadi terlalu gelap, nanti pahit.  Masukkan mentega, kacau rata dan tuangkan susu segar dan whipping cream ke dalamnya, berhati-hati.  Kacau sehingga semua sebati dan matikan api.

3.  Masukkan sedikit bancuhan karamel (anggaran 1/3 cawan) ke dalam telur dan pukul dengan whisk sehingga sebati kemudian tuangkan baki bancuhan karamel ke dalam telur, kacau dan masukkan esen vanilla.  Perlahan-lahan tuangkan ke dalam bekas kaca berisi roti tadi.  Biarkan selama 10 minit sehingga roti kembang, tekan-tekan sedikit permukaannya.

4.  Taburkan chocolate chip rata-rata dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 25-30 minit atau sehingga masak.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.  Sedap dimakan bersama ais krim perisa vanilla.

Nota :    Jika permukaan pudding anda cepat perang tetapi masih belum masak, tutup permukaannya dengan aluminium foil dan sambung membakar sehingga pudding masak...