KEK PISANG

Friday, January 31, 2020

KEK COKLAT CHEESE TABUR ...










KEK COKLAT CHEESE TABUR
sumber :    FB@CaraMemasakCikDayang...




Bahan Kek :

90  gm  minyak masak
100  gm  gula kastor
110  gm  susu pekat manis
40  gm  serbuk koko
Secubit garam
200  gm  susu full cream


***  satukan bahan kek di dalam periuk dan masak sehingga gula sekadar larut saja.  Tutup api, angkat dan biarkan sedikit suam.  Ketepikan.

2  biji  telur gred A,  dipukul sehingga creamy dan kelihatan pucat

Bahan diayak :

1  sudu teh  soda bikarbonat
80  gm  tepung naik sendiri
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Cream Cheese :

250  gm  cream cheese
100  gm  susu pekat manis
30  gm  susu full cream
50  gm  dairy whipping cream


Hiasan :   Cheddar Cheese   ~  disagat


Cara-Cara :

1.  Bahan Kek dimasak hingga gula larut saja.  Biarkan suam seketika.

2.  Telur dipukul hingga creamy dan kelihatan pucat berbuih.

3.  Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi, gaul sebati.

4.  Masukkan bahan-bahan yang diayak, esen vanilla dan kaupbalik hingga sebati.

5.  Tuangkan adunan ke dalam bekas kecil  (saya guna SQ 450) separuh adunan dan kukus selama 20-25 minit hingga masak.  Angkat dan sejukkan dahulu.

6.  Untuk Cream Cheese :    Satukan semua bahan Cream Cheese hingga licin dan tidak berketul.

7.  Tuangkan adunan Cream Cheese ke atas kek yang telah disejukkan tadi.  Taburkan dengan parutan Cheedar Cheese.  Sejukkan di dalam peti ais.

8.  Hidangkan.  Saat sedap dinikmati sejuk.   Siap !!!

PENCUCI MULUT AIR MANGGA ...









RESIPI PENCUCI MULUT AIR MANGGA
sumber :    FB/Pn Fatien@Sedapnya Resepi




Bahan-Bahan :

3  cawan  susu segar
1  paket  serbuk agar-agar perisa mangga
1/2  cawan  krim putar (dairy whipping cream) atau susu cair
1  cawan  sagu biji
1  tin  laici  (ambil buahnya sahaja)
2  biji  mangga yang dipotong dadu
Sedikit gula/madu   (saya tambah,  ikut kemanisan yang disukai)


Cara-Cara :

1.  Masakkan serbuk agar-agar (ikut arahan pada kotak) dan sejukkan seperti biasa sebelum agar-agar dipotong dadu.  Ketepikan seketika.

2.  Masakkan sagu biji dengan air yang mendidih sehingga jernih dan tapiskan.  Ketepikan seketika.

3.  Campurkan semua bahan termasuk agar-agar dan sagu diatas) di dalam cawan atau mangkuk.  Sesuaikan rasa.  Tambahkan gula atau madu secukupnya.

4.  Tambahkan ais batu untuk lebih menyegarkan.

PAPRIK SEAFOOD ALA THAI ...









RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

4-5  ekor  sotong   ~  potong bulat
8  ekor  udang   ~  bersihkan & buang kulit
3  ulas  bawang putih   ~  ketuk & cincang kasar
2  inci  halia   ~  potong mancis
1  batang  serai   ~  ketuk
3  sudu besar  cili kisar
4  helai  daun limau purut   ~  carikkan
6  biji  cili padi   ~  tumbuk/titik bagi pecah
Kacang panjang
Jagung kecil
Bunga kobis
Karot
Sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan Untuk Sos :

1  sudu besar  sos ikan
1-2  sudu besar  kicap pekat manis
2  sudu besar  sos tiram
3  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  sos cili


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih bersama halia.  Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
2.  Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
3.  Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kobis bunga, jagung kecil dan karot.
4.  Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak.  Tambah air jika kuah agak kering.


TIPS :

~   Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos.  Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.

~   Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.

TUMISAN BUNCIS TEMPE ...









RESEP TUMISAN BUNCIS TEMPE
sumber :    Insta/by@chun_efri




Bahan-Bahan :

1  keping  tempe,  potong nipis
150  gm  buncis,  potong serong
Secukupnya garam
Secukupnya kaldu jamur
Kurang lebih  250  ml  air
Minyak masak untuk menumis


Bumbu Iris :

8  buah  cabe rawit merah@cili padi
2  buah  cabe merah kerinting@cili merah
5  siung  bawang merah
5  siung  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak, tumis bumbu iris hingga harum.  Masuk tempe, aduk-aduk.  Lalu masuk air.  Masak hingga air mendidih.

2.  Masuk buncis, garam, kaldu jamur.  Aduk-aduk hingga buncis layu.  Koreksi rasa. Angkat.

Tuesday, January 28, 2020

MUFFIN DURIAN ...










RESIPI MUFFIN DURIAN
sumber :    airtangansuzie.blogspot.com
kredit :    CMG
(sangat sedap & gebu)




Bahan-Bahan :    (10-12 biji)

125  gm  mentega
100  gm  gula halus@gula kastor
2  biji  telur gred A  +  1  biji  kuning telur
130  gm  tepung gandum *
3/4  sudu teh  serbuk penaik *    ( * disatukan & diayak )
20  ml  susu segar
70  gm  isi durian
30  gm  hazelnut   ~  dicincang kasar   (saya hias atas saja)


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang dan gula hancur.  Masukkan isi durian dan terus memukul sehingga sebati.

2.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis.  Gaul rata.

3.  Masukkan cincangan hazelnut dan gaul rata menggunakan spatula.  Boleh juga diganti dengan kacang walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak.  (Saya tak letak cuma saya hias atas saja dengan badam keping).

4.  Isikan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dengan sebiji kacang hazelnut.  Banyak atau sedikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing-masing.

5.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 25 minit sehingga masak sepenuhnya.  Sejukkan di atas redai.

Monday, January 27, 2020

BEST-EVER BAKERY-STYLE MUFFINS ...










BEST-EVER BAKERY-STYLE DOUBLE
CHOCOLATE CHIP MUFFINS RECIPE
adapted from :    www.biggerbolderbaking.com




Ingredients :

1/2  cup  all-purpose flour   (71 gm)
1/3  cup  cocoa powder,  unsweetened   (37 gm)
1/2  tsp  baking soda
1/2  tsp  salt
2/3  cup  bittersweet chocolate chips   (115 gm)
1/2  cup  oil   (canola, vegetable, sunflower, coconut)   (115 ml)
2/3  cup  dark brown sugar   (115 gm)
2  large  eggs,  room temperature
2  tsp  vanilla extract
1/3  cup  plain yogurt,  room temperature   (71 gm)
1/2  cup  semi-sweet chocolate chips   (85 gm)


Instructions :

1.  Preheat the oven to 375'F/190'C.  Line a 12 cup muffin pan with 9 paper liners  (me :  16).

2.  In a bowl, sieve together the flour, cocoa powder, baking soda and salt.

3.  In a separate large bowl, melt the 2/3 cup chocolate chips.  You can do this gently in the microwave or over a bain-Marie.

4.  Once the chocolate has cooled, whisk in the oil, sugar, eggs, vanilla extract and yogurt.

5.  Into the chocolate mixture, fold in the 1/2 cup chocolate chips and the bowl of dry ingredients until just combined.  Take care not to over mix this batter as it will toughen the muffins.

6.  Spoon the batter into the 9 prepared liners, filling them to the top.  Top each muffin with a few extra chocolate chips.

7.  Bake for roughly 17-18 minutes.  Take care not to over bake or your muffins will be dry.  You want the muffin to still be a little soft when you press on top.

ROTI JALA & KUAH DURIAN ...










ROTI JALA & KUAH DURIAN
sumber :    FB@Memasak Cara Cik Dayang...




Bahan Roti Jala :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  susu segar
1  biji  telur   (saya guna gred A)
2  camca makan  minyak masak
Sedikit pewarna kuning atau hijau
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2.  Adunan tidak pekat dan tidak cair sangat kemudian bolehlah sedia untuk menjala.
3.  Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
4.  Guna kuali non-stick dan mulakan menjala sampai habis.


Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim :

5-6  ulas durian   ~  ambil isinya
1  cawan  air
1/2  kotak kecil  santan   (anggaran 100 ml)
2  camca besar  Whipping Cream
Sedikit gula pasir atau gula merah,  jika perlu
Secubit garam
1  helai  daun pandan   ~  disimpul


Cara-Cara :

Masukkan kesemua ke dalam periuk, kacau sebati.  Masak di atas api kecil hingga mendidih dan pekat.  Kepekatan ikut citarasa.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan bersama Roti Jala...

KANGKUNG GORENG BELACAN ...









KANGKUNG GORENG BELACAN
sumber :    hanieliza ...




Bahan-Bahan :

500  gm  sayur kangkung
2  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-Bahan Ditumbuk :

2  tangkai  cili merah
10  tangkai  cili padi
1  inci  belacan
1  ulas  bawang putih
3  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Sayur kangkung dipotong kecil dan dicuci bersih.  Kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
3.  Masukkan sayur kangkung.  Kacau rata dan rasakan garamnya.
4.  Hidangkan bersama nasi putih.

BEARD, DAMANSARA ...


26/1/2020 (Ahad)  Makan-makan di BEARD,
Damansara, KL, bersama cucu-cucu (belated birthday untuk Atok & advanced birthday untuk Nenek)
belanja dari anakanda kedua.  Terima kasih ngah, (Sedap) !

Saturday, January 25, 2020

CHOCOLATE CORNFLAKE CUPS ...











CHOCOLATE CORNFLAKE CUPS
adapted from :    anncoojournal.com...




Ingredients :

100  gm  cornflakes,  lightly crushed
120  gm  semi-sweet chocolate or dark chocolate
50  gm  soft butter
1  tbsp  honey,  optional


Instructions :

1.  Chop chocolate to pieces and add together with butter in a bowl in double boiler.  Stir chocolate till melted and smooth.  Add honey and stir till combined, off heat and cool down a little.

2.  Dump in cornflakes and stir well.

3.  Spoon the cornflakes into mini papercups and decorate with rainbow sprinkles.  Chill chocolate cornflakes cups in the refrigerator for 5 minutes to set.  Then store in an airtight container.  They can stay crispy for weeks !!!

Wednesday, January 22, 2020

APRICOT SLICE ...










APRICOT SLICE
adapted from :    anncoojournal.com ...




Ingredients :

150  gm  soft butter
175  gm  caster sugar
1/2  tsp  vanilla extract
1/4  tsp  salt
3  large  eggs
175  gm  plain flour
100  gm  dried apricot   ~  chopped


Instructions :

1.  Dice/chopped dried apricot and mix with 1 teaspoon plain flour, set aside.

2.  Beat soft butter, sugar, salt and vanilla extract till white and fluffy.

3.  Add eggs one at a time and beat well until incorporated.

4.  Stop machine and pour in plain flour and fold well with a rubber spatula.

5.  Lastly add in dried apricot and mix well.

6.  Pour batter into a 8-inch square tray (lined all sides up) and bake in preheated oven at 170'C for about 30 minutes or skewer inserted comes out clean.   (Sprinkle with almond flakes before baking as desired).



LEMAK CILI PADI CENCARU ...









LEMAK CILI PADI IKAN CENCARU




Bahan-Bahan :

4  ekor  ikan cencaru saiz sedang   ~  potong 2 bahagian, cuci bersih & toskan
3  ulas  bawang putih
3  ulas  bawang merah
1  inci  halia
2  inci  kunyit hidup
Cili padi secukupnya   ~  ikut pedas yang disukai
1  batang  serai   ~  titik
2  cawan  santan pekat  +  1  cawan  santan cair
2  biji  tomato   ~  belah 4 setiap satu
2  keping  asam gelugor
1  biji  cili hijau   ~  hiris kasar
1  labu  bawang besar   ~  potong 4
1  helai  daun kunyit   ~  dicarik-carik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Tumbuk halus cili padi, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup.

2.  Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumiskan serai dan bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.

3.  Kemudian masukkan santan, garam dan kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.

4.  Bila mendidih masukkan ikan, daun kunyit, bawang besar, cili hijau, asam gelugor dan tomato.  Biarkan mendidih sekali lagi.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.