KEK PISANG
▼
Tuesday, August 4, 2020
MANGO LASSI
RESIPI 'MANGO LASSI'
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
2 biji mangga masak ranum saiz sederhana
1 bekas kecil yogurt tanpa perisa (atau boleh juga guna yang berperisa mangga)
1 cawan susu segar (atau susu rendah lemak)
Gula, jika perlu (dalam 1-2 sudu besar, tapi saya tak letak sebab mangga dah manis)
Secubit garam
Sedikit buah mangga yang didadu sebagai hiasan
Ais kiub secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Cuci buah mangga tadi, kupas kulitnya dan ambil isi buah mangga tadi. Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama dengan yogurt, susu segar, secubit garam dan gula (jika guna). Kisar sehingga halus dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai dan sejukkan. Hidangkan dengan menambah buah mangga yang dipotong dadu dan sedikit ais kiub, jika suka.
jus menyehatkan
ReplyDelete