Bought for my elderst daughter...
KEK PISANG
▼
Tuesday, September 30, 2014
AVOCADO SHAKE/JUS ALPUKAT
JUS ALPUKAT/AVOCADO SHAKE
adapted from : Jojokaya.hubpages.com ; thanks (yummy & delicious)
Ingredients :
2 ripe avocados
3 tbsp sweetened condensed milk
3 tbsp chocolate syrup
1 cup fresh milk
Ice cubes as needed
Chocolate sprinkle
Chocolate/cocoa powder
Method :
Using a knife, cut avocado lengthwise around the seed. Open and remove the seed. Next, use a spoon to scoop out the flesh.
Blend all ingredients, except chocolate syrup, sprinkle and chocolate powder until it turns into smoothie consistency. Transfer the avocado shake into a glass, add chocolate syrup, sprinkle with chocolate sprinkle and cocoa powder before serving.
Add coffee or chocolate ice cream and you will have avocado float.
KARIPAP
KARIPAP
sumber : spicesjourney ; thanks .... (sedap & rangup)Bahan Kulit :
1 kilo tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 cawan minyak masak
450 ml air (anggaran lebih kurang)
2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan :
Masak minyak masak bersama marjerin sehingga betul-betul panas dan tuangkan ke dalam tepung. Gaul rata. Bila agak suam, masukkan air yang dicampur dengan garam sedikit demi sedikit. Uli sehingga rata dan sebati. Rehatkan doh sekejap lebih kurang 20 minit sebelum digelek. Kalau tidak nanti adunan doh agak liat dan susah sukit untuk dibentuk.
Bahan Inti :
1 kilo ubi kentang (dipotong dadu)
250 gm daging kisar
30 gm serbuk rempah kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
Daun sup & daun bawang (dihiris)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kuning keemasan. Masukkan daging. Bila daging separuh masak masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Gorengkan sehingga naik bau dan garing. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan air agak-agak hampir tenggelam. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan kering. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum.
Sejukkan inti dahulu sebelum digunakan.
CUCUR JAWA (yang kurang menarik)
Cucur Jawa yang kurang menarik kejadiannya...tetapi tetap sedap dan rangup,
bahagian dalamnya kelihatan seperti bingka ambon, bersarang sedikit...
CUCUR JAWA
sumber : Group dunia masakan Jalillah JJ/FB ; thanks....
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Cara-cara :
Di dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir dan air kemudian masak sehingga gula larut. Sejukkan dan ditapis. Campurkan tepung gandum, tepung beras ke dalam bekas. Gaul sebati. Kemudian masukkan air gula yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan perapkan selama 4 jam atau lebih (sebaiknya semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik seakan bentuk topi).
Panaskan minyak di dalam kuali dengan api perlahan. Tuangkan adunan tadi dibahagian tengah minyak. (Ia akan masak dari luar ke dalam untuk bahagian bawahnya). Setelah kesemuanya bahagian bawahnya masak, terbalikkan cucur tersebut dan ketuk sedikit bahagian atas (untuk bentuk lengkungan bunga).
Siap sedia untuk dihidangkan.
Sunday, September 28, 2014
POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG
POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG
sumber dari : Noraida Durani/FB ; thanks.... (sedap & rangup)
Bahan-bahan :
3 biji kentang (kupas kulit, disagat halus atau kasar)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
1 tangkai cili merah (dihiris)
Serbuk lada sulah atau lada hitam kasar
Garam & sedikit gula
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara Penyediaan :
1. Satukan kentang sagat dengan tepung jagung, tepung gandum. daun bawang/daun sup, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula ; gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikkan, tunggu sampai masak, angkat, siap.
3. Sedap dimakan bersama sos pilihan.
MACARONI SOUP
MACARONI SOUP
sumber dari : citarasawan ; thanks ....
Bahan-bahan :
2 cawan makaroni (dicelur & ditos)
2 keping dada ayam (direbus sehingga empuk, toskan & hiris)
5 cawan air rebusan ayam
1 labu bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dicincang halus)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 batang daun ketumbar (dicincang)
3 batang sawi cina
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bawang besar sehingga layu. Masukkan bawang putih dan halia. Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah.
2. Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit empuk, masukkan capsicum dan sawi cina. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
3. Biarkan sebentar di atas api barulah diangkat.
4. Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang dihiris. Tuangkan sup dan hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
PENGAT PISANG
PENGAT PISANG
cookbook : 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
5 biji pisang atau 2 biji pisang tanduk (dikupas & dihiris)
1 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan air
2 sudu makan sagu mata ikan (dibasuh & ditoskan)
Sedikit garam
Cara Membuat :
1. Masukkan pisang, air, daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam ke dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak selama 7 minit.
2. Masukkan santan dan sagu mata ikan. Tutup dan masak lagi selama 3 minit.
3. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Saturday, September 27, 2014
APAM NASI
APAM NASI
sumber dari : dunia masakan Jalilah JJ/FB ; thanks....
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 peket yis Mauripan
Cara Penyediaan :
Blender nasi, gula dan air sehingga betul-betul hancur dan halus. Masukkan ke dalam bekas yang besar. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis Mauripan. Gaulkan sebati dan perapkan selama 1 jam. Bila adunan sudah naik, kacau dahulu adunan tepung dan buih-buih yang tidak sekata. Warnakan ikut suka.
Acuan disapu dengan sedikit minyak sahaja (jangan banyak). Kukus apam selama 10-15 minit. Bila sudah masak, tunggu hingga suam barulah dikeluarkan dari acuan. Terbalikkan biar kering di bahagian bawah baru disusun di dalam bekas kedap udara. Enak dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.
ACAR TELUR
ACAR TELUR
Majalah SAJI Ogos 2014....
Bahan-bahan :
7 biji telur ayam (direbus & dikupas kulit)
15 tangkai cili kering *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih * ( * dikisar )
1 sudu besar serbuk rempah kari daging/ayam
10 keping asam keping
3 biji limau nipis (diambil jus)
Garam & gula secukupnya
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
Bawang goreng
Cara Menyediakan :
1. Rebus telur bersama asam keping dan garam.
2. Tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar.
3. Kemudian masukkan rempah kari, gula dan garam. Tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian masukkan telur yang telah dikupas kulit.
5. Gaulkan sebati. Angkat dan taburkan dengan bawang goreng.
SUP PUCUK SUHUN TAUHU
SUP PUCUK SUHUN TAUHU
Majalah SAJI Ogos 2014...
Bahan-bahan :
1 paket pucuk suhun (direndam hingga kembang & toskan)
1 biji kentang (dipotong dadu)
5 biji bebola ikan
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 keping tauhu lembut (dipotong 4)
Daun sup & Cili merah (dihiris)
Garam secukupnya
1 mangkuk air
Minyak masak
Cara Menyediakan :
1. Tumiskan bawang hiris dan masukkan air.
2. Masukkan kentang dan bila kentang dan empuk baru masukkan tauhu, pucuk suhun, bebola ikan, garam dan serbuk perasa.
3. Taburkan daun sup dan cili merah.
LEMAK CILI API SARDIN & BELIMBING BULUH
LEMAK CILI API SARDIN & BELIMBING BULUH
Majalah SAJI Ogos 2014...
Bahan-bahan :
1 tin ikan sardin (yang besar)
20 tangkai cili api (tumbuk)
3 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 biji kelapa (diambil santannya)
12 biji belimbing buluh (dibelah 2 setiap satu)
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit garam & serbuk perasa
Cara Menyediakan :
1. Satukan bahan tumbuk, bawang besar dan santan ke dalam periuk.
2. Masakkan di atas api yang sederhana besar.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan sardin dan belimbing. Rasa garamnya dan tutup api.
Friday, September 26, 2014
BUBUR PULUT HITAM
BUBUR PULUT HITAM
sumber dari : Majalah SEDAP..bil 23/2010...
Bahan-bahan :
100 gm beras pulut hitam (rendam selama 2 jam atau semalaman)
2000 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
150 gm gula pasir
Bahan kuah santan :
350 ml santan daripada sebiji kelapa
1 helai daun pandan (disimpul)
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya :
1. Rebus beras pulut hitam, air, garam dan daun pandan sehingga pulut hitam setengah masak dan pekat.
2. Masukkan gula pasir. Kacau perlahan sehingga pekat dan masak. Ketepikan.
3. Kuah santan : rebus santan, daun pandan dan garam sambil dikacau-kacau sehingga mendidih.
4. Hidangkan bubur pulut hitam dengan disira kuah santan.
INFO : Pulut akan lebih cepat empuk kalau direndam semalaman...
RESIPI RENDANG AYAM CARA N.S.
sepatutnya rendang ni warnanya hitam mungkin kekurangan santan...
tapi rasanya tetap sedap, anak-anak suka....
RESIPI RENDANG AYAM cara Rembau, N.S.
sumber : Norshila Amin..
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong 16, cuci bersih & toskan)
1/2 kilo pati santan
2 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya
Bahan * :
5 ulas bawang kecil - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris atau titik
2 batang serai - titik
2 sudu besar rempah Rembau N.S.
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk cili
Sedikit kerisik jika suka
Cara Memasak :
Satukan kesemua bahan * dan ayam ke dalam kuali. Campurkan sedikit air untuk mengecutkan ayam dan gaul sekata. Masak sehingga ayam kecut sedikit kemudian masukkan pati santan. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan minyak masak, kerisik (jika suka) dan garam dan masaklah sehingga kering kehitaman.
Thursday, September 25, 2014
CHOCOLATE CHIP CUPCAKES
CHOCOLATE CHIP CUPCAKES
cookbook : 'Delicious Cakes' by : Amy Heng ...super moist & delicious
Ingredients :
250 gm butter
350 gm brown sugar
1 1/2 tsp vanilla essence
1/2 tbsp instant coffee powder (dissolved in 1/2 thsp hot water)
4 whole eggs, A/B
320 ml water
280 gm cake flour *
70 gm cocoa powder *
1 1/2 tsp baking powder *
3/4 tsp baking soda *
1/2 tsp salt * ( * sieved thrice )
200 gm chocolate chips
100 gm macadamia nuts (toasted & chopped ; or nuts of your choice)
Utensils needed : 20 paper cups
Method :
1. Preheat oven at 180'C.
2. Beat butter, sugar, vanilla essence and coffee until light and creamy. Add in eggs.
3. Add in dry ingredients alternating with water. Lastly, add in nuts and chocolate chips.
4. Evenly, scoop the batter into the paper cups and arrange on baking trays. Bake for 25-30 minutes.