KEK PISANG

Thursday, September 24, 2015

SALAM AIDIL ADHA 24/9/2015 (KHAMIS)...


Menu yang simple untuk raya haji tahun ni..
(Nasi Jagung & Kari Ayam)







NASI JAGUNG
buku resipi  :   'Senangnya Memasak Nasi' - Chef Hanieliza...



Bahan A :

   6  cawan  beras basmathi, cuci bersih, rendam 30 minit & toskan
   2  cawan  isi jagung
   2  sudu makan  serbuk rempah beriani (saya guna jenama Faiza)
   8  cawan  air
1/2  cawan  susu cair
   3  sudu makan  minyak sapi
Garam & gula secukup rasa


Bahan B :  (Tumisan)

5  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *  (* dimayang)
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  biji  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
3  tangkai  daun kari
2  helai  daun pandan  (disimpulkan)


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak sapi di dalam periuk ataupun kuali.
3.  Tumiskan bahan B sehingga wangi.
4.  Kemudian masukkan  rempah beriani.  Biarkan sehingga pecah minyak.
5.  Masukkan beras, air, jagung, garam, gula dan susu cair.  Kacau rata.
6.  Pindahkan bahan yang dimasak ke dalam periuk nasi elektrik dan biarkan masak seperti nasi biasa.
7.  Apabila sudah masak, gemburkan dengan chopstick perlahan-lahan agar nasi tidak patah. 
8.  Hidangkan bersama lauk kegemaran!!!

Wednesday, September 23, 2015

PUDING JAGUNG GULA MELAKA












PUDING JAGUNG GULA MELAKA
sumber   :   Azlita Masam Manis ; thanks...
dicuba  :   zaralovebaking ; (sedap & lembut)...




Bahan-bahan :

  50  gm  tepung Hoen Kwee (putih)
    1  sudu besar  tepung kastad
800  ml  santan atau susu segar
 1/2  tin  jagung whole kennel  (saya guna cream style anggaran 200 gm)
    1  sudu teh  garam halus
    1  sudu teh  perisa jagung


Bahan Sirap Gula Melaka :

150  gm  gula Melaka  (dipotong kecil-kecil)
    3  sudu makan  gula pasir
 2/3  cawan  air
    1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara-cara :

     Mula-mula kita sediakan dahulu sirap gula Melaka.  Satukan kesemua bahan sirap gula Melaka di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut dan mendidih.  Angkat, tapis dan sejukkan.
     Satukan kesemua bahan puding di dalam periuk dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga adunan pekat dan berkilat.  Bila adunan meletup-letup kecil, tutup api.  Sediakan acuan kecil dan bilaskan dengan air (untuk memudahkan puding keluar dari acuan).  Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil tadi.  Tuangkan cepat-cepat kerana adunan ini cepat mengeras.  Sejukkan.  Bila hendak menghidang, tuangkan sirap gula Melaka di atasnya dan sedia dinikmati.

Tuesday, September 22, 2015

COKLAT OREO





Tempahan Coklat Oreo dari Pn. Fatin (50 pcs), terima kasih...

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE








BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
cookbook  :  Jom Kuih-Muih - Norzailina Nordin...




Bahan-bahan :

250  gm  tepung pulut
    1  sudu besar  tepung ubi
    8  helai  daun pandan *
230  ml  air *
Sedikit pewarna hijau *  (* dikisar & ditapis)
120  gm  gula melaka  -  dipotong kiub
200  gm  kelapa parut putih
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Gaul tepung pulut, tepung ubi dan air pandan hingga menjadi doh (yang tidak melekat ditangan).
2.  Ambil sedikit doh, masukkan gula melaka dan bentukkan menjadi bebola.
3.  Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.  Ketepikan.
4.  Didihkan air secukupnya di dalam periuk kemudian masukkan bebola buah melaka ke dalam air mendidih.
5.  Bila bebola buah melaka timbul, angkat.
6.  Golekkan dalam kelapa parut bercampur garam tadi.  Hidangkan.

Sunday, September 20, 2015

KARIPAP PUSAR/PUSING YANG SANGAT SEDAP & RANGUP



 Percubaan pertama membuat karipap pusar.  Kejadiannya kurang memberangsangkan kerana pusarnya kurang, tidak cantik  tetapi karipap ini sangat sedap dan rangup.  Terima kasih pada tuan punya resipi (Kak Noor) kerana sudi berkongsi resipi...






KARIPAP PUSAR/PUSING
sumber   :   Bicara Kak Noor; terima kasih...
dicuba  :    zaralovebaking...



Bahan Doh A :

1  cawan  tepung gandum
1  sudu besar  tepung jagung
2  sudu besar  shortening
2  sudu besar  Planta


Bahan Doh B :

   2  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  minyak masak
1/2  cawan  air, anggaran
Sedikit garam


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan doh A.

2.  Uli sehingga boleh dikepal dan bahagikan 4, bulatkan dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak kemudian tuangkan di dalam bekas yang berisi tepung doh B, kacau rata.  Kemudian masukkan air yang telah diletakkan garam sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga sebati dan bahagikan 4 dan bulatkan.

4.  Ambil satu ketul doh B, leperkan dan masukkan doh A di dalamnya dan bulatkan.

5.  Gelek di atas papan sehingga rata, pastikan tidak terlalu nipis kemudian gulung.

6.  Gelek lagi adunan ini juga tidak terlalu nipis dan gulung lagi sekali.  Buatlah sehingga habis adunan dan rehatkan selama 15 minit untuk mesrakan adunan.

7.  Kemudian potong 6 atau 8 adunan ini, gelekkan secara lembut dan masukkan inti pilihan, tutup dan kelimkan kemudian digoreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.


Bahan Inti Kentang :  (Azlita Masam Manis)

  4  biji  kentang saiz besar  -  dipotong dadu kecil
  2  sudu besar  udang kering  -  direndam hingga lembut kemudian kisar
  3  ulas  bawang merah  -  dikisar
  2  ulas  bawang putih  -  dikisar
10  tangkai  cili kering  -  rendam hingga lembut kemudian kisar
  3  sudu besar  serbuk rempah kari
Garam & gula secukup rasa
  2  tangkai  daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan daun kari dan bahan kisar hingga harum dan garing.  Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.  Masukkan kentang dan tambahkan air secukupnya.  Biarkan ia mereneh dan kentang empuk.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Biarkan ia kering.  Angkat dan toskan minyaknya.

Saturday, September 19, 2015

KEK OREN GEBU




 yang ini dibuat menggunakan 1/2 adunan dari resipi dibawah...
(sangat sedap & lembut)






KEK OREN KRANBERI KUNING & KISMIS KUNING GEBU
buku  :  Jamuan Kek - Chef Zubaidah...



Bahan-bahan :

250  gm  mentega
200  gm  gula kastor
    1  biji  buah oren  (parutkan kulitnya)
    1  sudu teh  emulco oren
    4  biji  telur gred B
225  gm  tepung naik sendiri
  70  gm  tepung gandum
  50  gm  susu cair
    1  cawan  kranberi kering & kismis kuning - dicincang sedikit (tambahan)


Cara-cara :

1.  Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu demi satu.  Kemudian masukkan emulco oren, pukul sebati.
3.  Masukkan tepung naik sendiri dan tepung gandum, kaupbalikkan sehingga rata.
4.  Akhir sekali masukkan parutan kulit oren, campuran cranberry kering dan kismis kuning dan susu cair.  Kacau sehingga sebati.
5.  Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci bulat/persegi, digris dan dialas kertas minyak dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

Friday, September 18, 2015

GULAI IKAN SIAM








GULAI IKAN SIAM
Majalah Saji Julai 2015...



Bahan A :

500  gm  ikan tenggiri/merah/kembung (saya guna ikan kembung 2 ekor saiz besar dikerat 2 setiap satu)
    3  cawan  santan
Sedikit terung pipit  (tak letak sebab tiada)
Sedikit belimbing buluh
    5  helai  daun limau purut
    3  tangkai  cili hijau  -  belah dua
    3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Kisar :

10  tangkai  cili kering  -  dipotong & direndam hingga kembang
10  tangkai  cili padi
  5  batang  serai  -  dipotong-potong
  2  cm  lengkuas
10  ulas  bawang merah
  5  ulas  bawang putih
  2  cm  belacan
  2  cm  kunyit hidup
  1  biji  buah keras  (saya tambah untuk memekatkan kuah - jika suka)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih.
3.  Masukkan ikan, terung pipit dan daun limau purut.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Masukkan buah belimbing buluh dan cili hijau.  Perlahankan api dan biarkan pekat dan pecah minyak.

Sunday, September 13, 2015

OREO BUTTER CAKE








OREO BUTTER CAKE
sumber  :  fizalgk; thanks...




Bahan-bahan :  (8 inci/20 cm persegi)


200  gm  mentega
200  gm  gula kastor
    4  biji  telur  gred A
200  gm  tepung naik sendiri *
    1  sudu besar  serbuk koko *  (* diayak bersama)
    8  keping  biskut Oreo  -  dicincang kasar bersama krimnya sekali
    4  keping  biskut Oreo  -  juga dicincang kasar untuk tabur atas kek
    1  sudu teh  esen vanilla


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 175'C.  Loyang digirs dan dialas dengan kertas minyak.

2.  Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga berkrim.  Masukkan telur satu persatu dan terus pukul sehingga adunan kembang.

3.  Masukkan 8 keping biskut Oreo (yang dicincang kasar) dan gaul rata.

4.  Masukkan pula campuran tepung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati.

5.  Tuangkan dan ratakan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan biskut Oreo (4 keping) di atas permukaannya.

6.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak dan sejukkan kek di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS








STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
sumber  :  Majalah Aroma...




Bahan-bahan :

 12  keping  kepak ayam
   2  sudu besar  minyak masak
   3  ulas  bawang putih  -  diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
   1  sudu besar  halia  -  dicincang
   1  sudu besar  sos ikan
   1  sudu besar  kicap
   1  sudu besar  sos cili
1/4  cawan  madu  (60 ml)
1/2  sudu besar  serbuk lada hitam  -  tumbuk kasar



Cara Memasak :


1.  Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.

2.  Masukkan kesemua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali.  Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak ayam masak dan keperangan (bersalut dengan sos).







SINGGANG REBUS IKAN KEMBONG







SINGGANG REBUS IKAN KEMBONG
sumber  :   DapurTanpaSempadan; thanks....




Bahan-bahan :

   2  ekor  ikan kembong saiz besar
   1  biji  tomato  -  dibelah 4
   1  biji  bawang besar  -  hiris
   3  ulas  bawang putih  -  diketuk
 10  biji  cili padi  -  belah 2 tapi tidak putus setiap 1
1/4  camca teh  serbuk kunyit
   1  batang  serai  -  diketuk
1/2  inci  halia  -  diketuk
   1  helai  daun limau purut
1/2  kiub pati  ikan bilis Maggi  -  jika suka
   1  keping  asam gelugur
   2  camca besar  sos ikan
Garam secukup rasa  -  jika perlu
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kerat dua setiap seekor.  Ketepikan.  Dalam periuk, masukkan bawang besar, halia, bawang putih, serai, asam gelugur, serbuk kunyit, cili padi dan tuangkan air secukupnya (anggaran 800 ml), kacau rata dan masak sehingga mendidih.

2.  Masukkan ikan kembong dan kiub ikan bilis (hancurkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk).  Kacau perlahan dan masukkan tomato, sos ikan dan daun limau purut, masak sehingga ikan masak.  Masak sekejap lagi dan rasakan garamnya, jika kurang masin baru dimasukkan sedikit garam lagi.  Tutup api dan sedia dihidangkan.




 Tumis bayam

Friday, September 11, 2015

BENGKANG PANDAN TUMIS YANG SANGAT SEDAP!!!!



 Hari ini terlebih rajin untuk membuat dua jenis juadah yang sangat sedap untuk minum petang.  Bengkang pandan tumis ni memang sangat sedap, lain daripada yang lain.  Kuih ni agak manis sikit. Kepada yang tidak suka manis bolehlah dikurangkan sikit gulanya.  Selama Mencuba..









BENGKANG PANDAN TUMIS
sumber dari :    Fiza's Cooking; thanks..
dicuba  :   zaralovebaking; (sangat sedap & lembut)...




Bahan A :

      1  cawan  gula
      1  cawan  jus pandan  (kisarkan 4 helai daun pandan dengan air & tapis jadikan 1 cawan)
      2  cawan  tepung gandum
2 1/4  cawan  santan
      2  sudu besar  mentega
      3  biji  telur  (saya guna gred B)
   1/2  sudu teh  garam
Sedikit pewarna hijau


Bahan B :

4-5  ulas  bawang merah  -  dihiris nipis-nipis
   2  sudu besar  minyak masak


Loyang/acuan :    8 x 8 inci persegi


Cara Membuat :

1.  Campurkan kesemua bahan A ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.

2.  Masukkan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah sehingga harum dan kekuningan.

3.  Tuangkan ke dalam loyang dengan minyaknya sekali dan seterusnya tuangkan adunan yang dikisarkan tadi.  Bawang tumis tadi akan naik ke permukaan bengkang.

4.  Seterusnya bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  (Saya mengguna api atas dan bawah).



 Kuih Badak Berendam..

Thursday, September 10, 2015

PANNA COTTA








PANNA COTTA
source from  :   Dessertz House; thanks...
tried by   :   zaralovebaking...




Ingredients :

450  ml  fresh cold milk
  10  gm  halal gelatine
  70  gm  white sugar  (about 1/3 cup)
200  ml  UHT whipping cream
 1/2  tsp  vanilla essence


Method :

1.  Sprinkle the gelatine into the cold milk.  (It is important to sprinkle the gelatine so the gelatine can absorb the milk).  Set aside for 5-10 minutes for the gelatine to bloom.

2.  Heat up the whipping cream and sugar until the mixture starts to bubble and the sugar has dissolved.  Turn off the heat.

3.  Add in the gelatine mixture and stir until well combined.

4.  Stir in the vanilla essence and stir until well combined.

5.  Strain and pour into the containers/glass.  Set aside to let cool to room temperature.

6.  Chill in the refrigerator until they set.  Can be serve with fresh fruits or compotes of your choice.   

ENJOY!!