KEK PISANG

Thursday, January 28, 2016

PANDAN CHIFFON CAKE with COCOA LAYERING










PANDAN CHIFFON CAKE WITH
COCOA LAYERING
sumber  :   mybakingworkshop ; thanks...




Bahan A :

  225  gm  tepung gandum  -  diayak
1 1/2  sudu teh  baking powder  -   diayak
Secubit garam
    90  gm  gula kastor
      7  biji  kuning telur 'B'
  100  gm  santan pekat
    70  gm  air
  100  gm  minyak jagung
      1  sudu besar  pandan paste


Bahan B :

      7  biji  putih telur  'B'
  100  gm  gula kastor
Secubit  cream of tartar


Bahan C :

Serbuk koko secukupnya


Cara-Cara :

1)  Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci tanpa perlu digris.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Satukan semua bahan-bahan A dalam mangkuk sederhana besar.  Gaul hingga sebati.  Ketepikan.

2)  Pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan B hingga berbuih.  Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.  Pukul hingga kembang dan bertanduk.

3)  Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan A tadi.  Kaup balikkan.  Masukkan lagi baki adunan putih telur dan kaup balikkan hingga rata dan sebati.

4)  Tuangkan 1/3 adunan ke dalam loyang chiffon.  Ayakkan rata serbuk koko ke atasnya.  Kemudian dengan perlahan-lahan masukkan pula 1/2 adunan di atas lapisan koko tadi.  Ayakkan lagi serbuk koko dan tuangkan baki adunan.

5)  Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.  Keluarkan dari oven dan dengan segera terlangkupkan loyang chiffon bila kek sudah masak dan sejukkan sepenuhnya baru dikeluarkan dari loyang.

Wednesday, January 27, 2016

BEBOLA KELEDEK UNGU KEJU










BEBOLA KELEDEK UNGU KEJU
sumber  :   Ilhamdapur ; thanks...




Bahan-Bahan :

1/2  kg  keledek ungu  -  cuci bersih, kerat 2-3  (boleh guna keledek warna lain jika suka)
1/4  cawan  tepung beras
All-purpose flour/tepung gandum secukupnya
Sedikit parutan cheddar cheese dan susu pekat manis


Cara-Cara :

1.  Rebus keledek dengan sedikit garam seperti biasa sehingga lembut/empuk, sejukkan dan kupas buang kulitnya kemudian tumbuk lumat.

2.  Masukkan tepung beras, tepung gandum secukupnya dan gaul sebati biar menjadi doh yang boleh dibentuk kemudian buat bentuk bulat @ bebola.

3.  Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng bebola keledek sehingga perang sambil dibalik-balikkan selalu.  Angkat dan toskan.

4.  Tuangkan susu pekat manis dan taburkan dengan parutan cheddar cheese secukupnya serta chocolate rice jika suka.

Nyamannya makan puding dalam keadaan cuaca sangat panas !!!!










PUDING KARAMEL GULA HANGUS




Bahan-Bahan :

      5  biji  telur gred B
      1  tin  susu cair
      1  tin  air  (sukat menggunakan tin susu cair)
   1/2  cawan  susu pekat
      1  sudu teh  esen vanilla
1 1/2  cawan  gula pasir  (untuk buat gula hangus)
      1  sudu besar  tepung kastad


Loyang  :   8 inci bulat


Cara-Cara :

1.  Mula-mula buat gula hangus :  cairkan gula pasir di dalam periuk/kuali sehingga berwarna perang.  Kemudian dengan berhati-hati tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit mentega.  Ketepikan.
2.  Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan whisk tangan sehingga sebati kecuali air gula hangus.
3.  Panaskan kukusan.  Kemudian tuangkan adunan telur ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi.
4.  Kukus selama 30 minit sehingga masak sepenuhnya.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.  Enak dimakan bersama buah-buahan dalam tin/ais krim pilihan....

Tips  :   boleh juga dikukus dalam bekas ramekin/bekas kecil ikut citarasa..masa kukus : 20 minit.

AYAM MASAK TIGA RASA









AYAM MASAK TIGA RASA
sumber  :   Ilhamdapur ; thanks...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  potong saiz sederhana
   1  ulas  bawang putih  -   ketuk
   2  sudu besar  cili kisar
   3  sudu besar  sos cili
   2  sudu besar  sos tomato
   1  sudu besar  sos tiram
Sedikit sayur  (lada benggala hijau, tomato, bawang besar  -  dadu kasar)
Sedikit gula dan serbuk pati ayam@garam, jika perlu
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Cuci ayam dan toskan kemudian gaul dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan goreng seperti biasa, tapi bukan garing, angkat dan ketepikan.

2.  Dengan menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sekejap.

3.  Masukkan cili kisar, masak biar sampai pecah minyak sedikit kemudian masukkan kesemua jenis sos dan sayuran.

4.  Masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.

5.  Masak dengan api perlahan sambil digaul sekali-sekala biar ayam mesra dengan bahan rencah dan kuah menjadi pekat sedikit.

6.  Angkat dan hidangkan...

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG








ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG





Bahan-Bahan :

    3-5  ekor  ikan kembung  -  disiang & cuci bersih, toskan
10-20  tangkai  cili kering  -  kisar
        1  labu  bawang besar  -  kisar
        3  ulas  bawang putih  -  kisar
        1  inci  halia  -  kisar
     1/2  inci  kunyit hidup  -  kisar
Sedikit belacan  (optional)
        2  biji  tomato  -  dikisar
     4-8  biji  bendi
Sedikit daun kesum
Air asam jawa secukupnya/asam keping
Garam, gula & perasa secukupnya


Cara Memasak :

1.  Tumis bahan kisar dan belacan (jika guna) kecuali buah tomato kisar hingga naik minyak.
2.  Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3.  Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan bendi.
4.  Apabila ikan masak, sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan daun kesum.
5.  Kacau seketika dan angkat.
6.  Hidangkan..

KANGKUNG DAN KOBIS GORENG IKAN MASIN










KANGKUNG DAN KOBIS GORENG IKAN MASIN
sumber  :   Ilhamdapur; thanks...




Bahan-Bahan :

   1  ikat  sayur kangkung  -   disiang
   1  ikat  kacang panjang  (saya tambah)  -  dipotong-potong
   1  mangkuk kecil  kobis  -   hiris
   1  keping  ikan tenggiri jeruk  -  cincang  (saya goreng sekejap & cincang)
   1  ulas  bawang putih  -  ketuk
   2  biji  cili padi  -  potong serong
   1  tangkai  lada merah  -  (saya tambah)  -  hiris
   1  biji  tomato saiz kecil  -  hiris
   1  sudu makan  sos tiram
Sedikit bawang besar Holland/bawang besar merah  -  hiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan aji-no-moto (jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih kemudian masukkan ikan tenggiri jeruk.  Biarkan seketika.

2.  Masukkan kobis, kacang panjang, masak sekejap biarkan layu sedikit kemudian masukkan sayur kangkung, cili padi, lada merah, bawang besar, sos tiram, air asam jawa dan sedikit air.

3.  Masak sekadar sayur layu, dan akhir sekali masukkan tomato dan perasa secukup rasa.

4.  Angkat & hidangkan...

Tuesday, January 26, 2016

SAGU LONGAN BERSANTAN/SUSU CAIR








SAGU LONGAN BERSANTAN/SUSU CAIR
SAJI Julai 2015...




Bahan-Bahan :

250  gm  sagu biji  -  cuci & rendam lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan
500  ml   air
150  gm  gula pasir atau gula kastor
    5  helai  daun pandan  -  disimpul
    1  tin  buah longan atau secukupnya
250  ml  santan 
 1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

1.  Cuci sagu, rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan tapis.
2.  Masak gula dengan daun pandan bersama air sehingga mendidih.
3.  Tuang sagu sambil dikacau hingga pekat dan mendidih.  Angkat.
4.  Masukkan sagu yang telah dimasak tadi ke dalam acuan kecil atau loyang.  Sejukkan.
5.  Masak santan dengan sedikit garam sambil dikacau agar santan tidak pecah.  Angkat.
6.  Sajikan sagu biji dengan santan dan buah longan.  Boleh tambah sirap gula Melaka jika suka.  Selain santan boleh juga dihidangkan dengan susu cair.  Juga enak dihidang bersama ice cream pilihan.






Monday, January 25, 2016

KUIH BAKAR KENTANG










KUIH BAKAR KENTANG
sumber  :   yatiememories; thanks...




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum
      1  cawan  kentang rebus  (dalam anggaran 2 biji yang sedang)
      2  cawan  santan  (nak kisar dengan daun pandan pun boleh - anggaran 3-4 helai)
      1  cawan  susu cair
      1  cawan  gula pasir/gula kastor
      2  sudu besar  mentega/minyak sapi
      4  biji  telur  (saya guna gred B)
Sedikit garam
Pewarna hijau dan sedikit pes pandan (jika guna)
Sedikit bijan
Minyak untuk sapu pada loyang anggaran 2 sudu besar


Loyang :  8"x8" persegi/acuan bunga pecah 8  =  4 keping)


Cara-cara :

1.  Kentang direbus sehingga empuk, toskan dan di lecek.

2.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar/blender kecuali bijan dan minyak.  Kisar sebati.

3.  Sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C.  Sapu minyak/mentega disekeliling loyang dan masukkan ke dalam oven sebentar.

4.  Keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan tepung tadi dan taburkan sedikit bijan di atasnya.

5.  Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambahkan 5 minit lagi menggunakan api atas sahaja untuk garingkan bahagian permukaan atas kuih.

6.  Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.

NASI LEMAK PANDAN & SAMBAL SOTONG MUDAH








NASI LEMAK PANDAN
sumber  :   Chef Hanieliza & Fiza's Cooking; thanks...




Bahan-Bahan :

   3  cawan  beras biasa
   4  cawan  santan
1/2  cawan  air   kisarkan dengan 7 helai daun pandan, tapis ambil jusnya menjadi 1/2 cawan
   2  inci  halia  -  dihiris
   3  ulas  bawang merah  -  dimayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika suka)


Bahan Sampingan :

Telur rebus
Timun
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng  (x letak)
Sambal sotong atau ikut citarasa


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.

2.  Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk.  Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi.

3.  Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan dengan sambal sotong dan lauk sampingannya.










SAMBAL SOTONG MUDAH
sumber  :   Azie Kitchen; thanks...




Bahan-Bahan :

1  kilo  sotong  -  cuci bersih & toskan (tidak perlu dipotong)
3  labu  bawang besar  -   hiris
5  ulas  bawang putih  -   hiris
4  sudu besar  cili kering kisar
1  sudu besar  gula pasir
1  sudu kecil  garam
Asam jawa (sebesar telur kuning gred A  -  rendam dengan air) atau 1 keping asam gelugur/keping


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali tanpa minyak, masukkan sotong yang telah ditoskan airnya dan digolek-golek dalam beberapa minit sehingga air sotong keluar.  Angkat dan toskan sekali lagi sehingga benar-benar kering.

2.  Tumiskan pula bawang-bawang yang telah dihiris sehingga layu.  Setelah itu, masukkan pula cili kering kisar, dikacau dan tutup kuali.  Masak cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar garing.

3.  Bila bawang hancur, masukkan air asam jawa atau jika menggunakan asam keping, masukkan secikit air.  Masak sehingga pecah minyak.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Sesuaikan rasa.

4.  Akhir sekali masukkan sotong atau udang, biarkan seketika sahaja agak-agak masak.  Jika terlebih masak, sotong atau udang akan menjadi kecut dan liat.


Tips  :   Cara Siang Sotong :

     Sotong perlu dibasuh terlebih dahulu.  Tarik kepala sotong dengan cermat sehingga dijumpai pundi dakwat sotong.  Dengan cermat keluarkan dan buang pundi dakwat sotong.  Sekiranya pundi dakwat sotong pecah, basuh bersih sotong itu.  Kemudian masukkan kembali kepala sotong ke dalam badan sotong dengan cara menekan masuk.  Jangan tarik keluarkan tulang belakang sotong itu, nanti lembik sotong itu.

Sunday, January 24, 2016

MUFFIN PISANG ALMOND









MUFFIN PISANG ALMOND
sumber  :   Fiza's Cooking; thanks...




Bahan-Bahan :

200  gm  tepung gandum
 1/2  tsp  baking powder
    1  tsp  soda bikarbonate
 1/2  tsp  garam halus
    3  biji  pisang besar  -  dilecek
150  gm  gula kastor
    1  biji  telur gred A/B
  75  gm  mentega  -  cairkan
 1/4  cawan  almond cincang  -  bakar sedikit
Sedikit chocolate chips


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  Atur cawan muffin ke dalam dulang pembakar.
2.  Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonate dan garam.  Ketepikan.
3.  Campurkan pisang lecek, gula, telur dan mentega cair di dalam mangkuk besar.
4.  Tuangkan campuran tepung ke dalam mangkuk adunan basah (pisang lecek) dan kaupbalik sebentar sekadar sebati saja.
5.  Masukkan juga almond cincang dan kaupbalik sebati saja.
6.  Sudukan sama rata ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan sedikit chocolate chips/chocolate rice.
7.  Bakar di dalam oven selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

CUCUR PISANG KEJU








CUCUR PISANG KEJU
SAJI April 2015....




Bahan-Bahan :

   3  biji  pisang masak (pisang berangan)
   1  cawan  tepung gandum
1/2  cawan  air sejuk dari peti ais
1/2  cawan  gula pasir
   1  biji  telur gred B
   1  cawan  keju cheddar parut
Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Pukul telur sehingga separuh kembang dan masukkan gula.  Gaul rata.
2.  Tambahkan tepung dan gaul sehingga agak sebati.
3.  Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4.  Cubit pisang sederhana besar dan masukkan keju lalu digaul sekadar sebati saja.
5.  Goreng dalam minyak banyak dan panas sehingga masak.  Enak dimakan dengan susu pekat manis.