KEK PISANG

Tuesday, January 31, 2017

APPLE CRUMBLE MUFFINS...











APPLE CRUMBLE MUFFINS
rujukan  :    seleraputeri.blogspot...




Bahan Topping :

70  gm  gula perang
60  gm  tepung gandum
50  gm  butter  -  cairkan
1  sudu teh  serbuk kayu manis


Bahan Muffin :

210  gm  gula perang
140  gm  minyak jagung
1  biji  telur gred A
200  gm  buttermilk  (200 gm susu segar + 1 sudu besar cuka makan = rehatkan 10 minit untuk dapatkan buttermilk, ia kelihatan seakan berketul-ketul)..
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/2  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  garam
1/2  sudu teh  esen vanilla *
1/2  sudu teh  esen epal *  (* atau 1 sudu teh esen vanilla)
300  gm  tepung gandum
230  gm  epal hijau yang telah dibuang kulit, empulur & didadu  (boleh juga epal merah@gala) - anggaran 3 biji saiz kecil


Cara-Cara :

Panaskan oven terlebih dulu pada suhu 200'C selama 30 minit.
Isikan dulang muffin dengan cawan kertas.  Ketepikan.
Ayak tepung gandum dengan baking powder.  Ketepikan.
Campurkan semua bahan-bahan topping dan gaul sehingga menjadi crumble.  Ketepikan.
Sementara itu, satukan gula perang, minyak jagung dan telur di dalam mangkuk adunan.
Dalam bekas berasingan, satukan buttermilk, soda bikarbonate, garam dan esen vanilla.  Kacau sebati.
Masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak berselang-seli dengan campuran buttermilk.  Kacau sehingga sekadar sebati saja.  Masukkan epal yang dipotong dadu.  Gaul sebati.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan bahan topping.
Turunkan suhu pada 170'C dan bakar selama 30 minit sehingga masak...

JUS KEDONDONG ASAM BOI...










JUS KEDONDONG@AMRA ASAM BOI
sumber  :     Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

10  biji  buah kedondong  -  dibelah 4, jika buah yang agak tua, potong & keluarkan empulurnya
1 1/2  cawan  air
1/2  cawan  gula pasir
5  biji  asam boi warna putih
3  biji  asam boi  warna merah  (untuk hiasan)


Cara-Cara :

1.  Masukkan buah kedondong, air, gula dan asam boi putih ke dalam blender/pengisar dan kisar sehingga halus.  (Atau kisar sekali dengan kulit buah kedondong tanpa mengupasnya).

2.  Tapis dan tuangkan ke dalam gelas.  Masukkan ais kiub dan taburkan asam boi merah untuk mendapatkan warna yang cantik dan rasa yang lebih sedap. 

3.  Sedia untuk dihidangkan...

PAPRIK SOTONG...











RESEPI PAPRIK SOTONG
sumber     resipisedap/Ummi...




Bahan-Bahan :

3-4  ekor  sotong  -  bersihkan & potong  (saya guna 10 ekor memandangkan ianya bersaiz kecil)
3  ulas  bawang putih  -  ketuk
3  biji  bawang merah  -  hiris
1  labu  bawang besar  -  hiris kasar
2  batang  serai  -  hiris kasar
2  helai  daun limau purut
5  biji  cili padi  -  diketuk
1  biji  cili merah  -  hiris menyerong
Sedikit kobis, kacang sepat & lobak merah  -  hiris ikut suka
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram & sos ikan  -  sukatan agak-agak ikut citarasa
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang diketuk, kacau sekejap sehingga berbau harum.

2.  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram (anggaran 1 sudu besar), sedikit sos ikan dan sotong.  Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.

3.  Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.  Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan hirisan cili merah.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

SUP TELUR...











SUP TELUR




Bahan-Bahan :

5  biji  telur
4  biji  bawang merah  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
1  biji  ubi kentang  -  dipotong kiub kecil
1  batang  celery  -  dipotong kecil
Sedikit kobis  -  dihiris
Sedikit daun sup  -  hiris kasar
Sedikit bawang goreng  -  untuk tabur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan hiris (bawang merah & bawang putih) sehingga berbau harum.  Apabila sudah naik bau, masukkan air secukupnya (anggaran 1 mangkuk air).  Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika.

2.  Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ubi kentang.  Biarkan sehingga ubi kentang empuk/lembut.

3.  Apabila ubi kentang sudah empuk/lembut, masukkan kobis dan celery, kacau dan biarkan seketika.

4.  Kecilkan api untuk masukkan telur satu demi satu.  Biarkan kira-kira 3 minit.

5.  Masukkan sedikit garam, kacau rata.

6.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Angkat dan sedia dihidangkan.  Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng....

SERABAI & KUAH GULA MELAKA...











SERABAI & KUAH GULA MERAH




Bahan A :

2  cawan  tepung beras
1  cawan  nasi sejuk *
1  cawan  air *  (* dikisar halus)
2  cawan  santan  (dari 1/2 biji kelapa)
1  sudu teh  yis kering Mauripan
Garam secukup rasa


Bahan Kuah Gula Merah :

1/2  cawan  gula merah *
1/2  cawan  gula pasir *
1/2  cawan  air *  (* dimasak sehingga pekat & tapiskan)
2  cawan  santan dari 1/2 biji kelapa
2  helai  daun pandan  -  dikoyak & disimpul
Garam secukup rasa


Cara-Cara :

1.  Panaskan santan sekadar suam sahaja.

2.  Larutkan yis kering dalam santan suam.  Kemudian kacau rata.

3.  Campurkan semua bahan A sehingga sebati dan peram selama lebih kurang 2 jam.

4.  Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan sedikit dan masakkan sehingga adunan kelihatan berlubang.  Gunakan api yang kecil.

5.  Terbalikkan adunan dan masak lagi sehingga kelihatan kuning keemasan.  Angkat dan letakkan dalam pinggan.

6.  Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga habis adunan.

7.  Masukkan semua bahan kuah gula merah ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.

8.  Sedia dihidangkan...

KUIH BOM PANDAN...











KUIH BOM PANDAN
sumber  :    FB/grup MAHN@Nor Fatihah...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut
3  sudu besar  tepung gandum
1/2  sudu teh  garam
1  cawan  air daun pandan  -  guna 2 helai daun pandan, blend dengan air & tapis
2  sudu besar  gula
sedikit pewarna hijau
bijan secukupnya


Inti Kacang Hijau/Merah :

1/2  cawan  kacang hijau atau merah  -  rendam 2 jam
1/2  cawan  gula pasir
secubit garam
1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti :   Rebus kacang hijau atau merah sehingga empuk.  Bila airnya dah kering sedikit, masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sehingga kacang hancur dan kering.  Sejukkan dan bulat-bulatkan kecil.

2.  Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.  Sebatikan.

3.  Kacau gula bersama air daun pandan hingga gula larut kemudian campurkan pewarna hijau dan tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang agak lembut.  Dohnya sama seperti membuat buah melaka/onde-onde.  (saya tak habiskan air daun pandan, guna dalam 3/4 cawan saja).

4.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan letakkan inti.  Tutup dan bulatkan.

5.  Golek-golekkan atas bijan kemudian gentel lagi supaya bijan melekat kuat pada kuih.

6.  Rehatkan dulu selama 1-2 jam di dalam peti sejuk baru boleh digoreng.

7.  Goreng dengan minyak yang banyak dan panas menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.  Hidangkan...

Monday, January 30, 2017

MANGO LASSI...









MANGO LASSI
source  :    Pop Sugar.com...




Ingredients : 


1  mango (about 1 cup), peeled and coarsely chopped
1  cup  plain yogurt
1/3  cup  milk
1  tbsp  honey, or to taste
Scant pinch of salt
Pinch of freshly ground cardamom (optional), for garnish


Method :

1.  Blend together the mango, yogurt, milk, honey and salt until smooth.  Taste and adjust with extra honey or salt.

2.  If your mango is particularly fibrous, strain the lassi through a fine-mesh strainer; otherwise pour into a glass, and sprinkle with ground cardamom if using...

INFO :  Indian Cusine... I double the above recipes to get 5 servings...

JEJARI TEMPE...










JEJARI TEMPE GORENG JINTAN
MANIS DAN SOS KARI YOGURT
sumber  :    Majalah RASA Januari 2016...




Bahan-Bahan :

2  paket  tempe  -  dipotong jejari
1  sudu makan  serbuk kari ayam
1  sudu teh  serbuk pati ayam
1  sudu teh  serbuk jintan manis
1  sudu teh  serbuk ketumbar
1  sudu teh  serbuk lada hitam
1  sudu teh  garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Bahan Sos :  (tak buat)

100  gm  yogurt asli
1  sudu makan  serbuk kari ayam
3  sudu makan  air panas
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Satukan kesemua bahan kering dan taburkan ke dalam satu dulang kecil.
2.  Gaul tempe bersama bahan kering sehingga rata dan perap selama 30-45 minit.
3.  Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing.  Ketepikan seketika.
4.  Bagi menyediakan sos :  bancuh serbuk kari bersama air panas sehingga sebati dan tambahkan yogurt asli.  Perisakan dengan garam secukup rasa.
5.  Sedia dinikmati bersama jejari tempe...

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI...







AYAM MASAK LEMAK CILI PADI




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  potong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
2  biji  kentang  -  kupas & potong kiub setiap satu & rendam  (saya rebus 1/2 empuk)
2  batang  serai  -  titik
1  helai  daun bay
1  keping  asam gelugur
1  peket kecil  santan pekat  (anggaran  250 ml)
Air jika perlu
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan kisar halus :

10  biji  cili padi
1  inci  kunyit hidup
5  biji  bawang merah
2  biji  buah keras


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumiskan bahan kisar halus, serai dan daun bay hingga berbau wangi.  Biarkan seketika hingga cili sedikit masak. 

2.  Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.  Masukkan santan dan kentang (toskan) yang telah direbus separuh empuk (untuk proses mempercepatkan masakan).  Masak hingga kentang dan ayam empuk sepenuhnya.

3.  Masukkan asam gelugur dan jika kuah kurang, boleh tambah sedikit air.  Biarkan mendidih.  Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau dan biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau selalu.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Hidangkan...




 Kobis Goreng Bersama Telur