KEK PISANG

Monday, February 27, 2017

BROWNIES KLASIK...











BROWNIES KLASIK
rujukan  :    Majalah Sedap Mac. 2016; (sangat sedap)...




Bahan-Bahan :

300  gm  coklat masakan hitam  -  potong-potong kecil
150  gm  marjerin
3  biji  telur gred A/B
150  gm  gula kastor
50  gm  tepung gandum
30  gm  serbuk koko
1/2  sudu teh  serbuk penaik
50  gm  cip coklat
50  gm  kacang gajus sangai  -  cincang kasar


Bahan taburan :

25  gm  hirisan badam
sedikit cip coklat  (optional)


Cara Membuat :

1.  Panaskan marjerin (secara double boiler), masukkan coklat potong, kacau hingga coklat larut dan ketepikan.

2.  Pukul telur dan gula selama 3 minit hingga rata, masukkan campuran coklat dan pukul rata.

3.  Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.  Masukkan cip coklat dan kacang gajus, kacau rata.

4.  Tuangkan ke dalam loyang brownies yang telah disapu marjerin dan dilapisi kertas kalis minyak, taburkan badam dan sedikit cip coklat (jika guna).  (Saya menggunakan loyang aluminium foil bersaiz 8x8 inci dan disapu sedikit marjerin).

5.  Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180'C selama 30-40 minit hingga masak...

AYAM MASAK SERAI...









AYAM MASAK SERAI
rujukan  :    Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  -  dipotong kecil
6  batang  serai  -  dititik
2  keping  asam gelugur
Garam & serbuk kunyit secukupnya


Bahan Kisar :

6  ulas  bawang merah
1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
1  cm  halia
20  tangkai  cili kering  -  dibuang biji & direbus


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak.  Angkat dan toskan minyaknya.

2.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga agak garing.  Masukkan serai dan goreng lagi.

3.  Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi bersama asam gelugur dan goreng lagi sehingga serai kering dan kuah kelihatan pecah minyak.

4.  Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi minyak atau nasi putih.

INFO :  Sekiranya serai belum cukup kering dan kuah tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum sedia untuk dinikmati...

MASAK LEMAK PETOLA...









MASAK LEMAK PETOLA
oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1  batang  petola segi  (anggaran 500 gm)
10  ekor  udang segar  -  kupas kulit & cuci bersih
1  cawan  santan pekat
1  cawan  air
1  peket kecil  suun  -  direndam dalam air hingga lembut
2  keping  tauhu  -  dipotong kiub
Garam secukup rasa


Bahan Hiris :

3  ulas  bawang merah
1  ulas  bawang putih
1  tangkai  cili merah  (saya tak letak tiada stok)


Cara Memasak :

1.  Petola dibuang kulit dan dipotong/hiris bulat dan cuci bersih.
2.  Masukkan semua bahan kecuali santan dan suun ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3.  Masukkan santan, suun dan masak hingga mendidih sekali lagi.  Sesuaikan rasa dan tutup api.
4.  Sedia dihidangkan...

Sunday, February 26, 2017

STRAWBERRY FROZEN YOGURT...






 delicious, smooth & creamy...





STRAWBERRY FROZEN YOGURT
IN 5 MINUTES (NO MACHINE)
adapted from :  Bigger Bolders Baking@Gemma Stafford...




Ingredients :

2  cups  frozen chopped strawberries  (280 gm)
2  tbsp  honey or agave nectar
1/4  cup  plain yogurt  (Greek, non-fat or full fat)  (60 gm)
1/2  tbsp  fresh lemon juice


Directions :

1.  Add the frozen strawberries, honey (or agave nectar), yogurt and lemon juice into a food processor (or liquidizer).

2.  Process until creamy, about 2-3 minutes.  Scrape down the side of the bowl to make sure there are no lumps left.

3.  Transfer it to an airtight freezable container and freeze for a minimum 6 hours but preferably overnight.  Store in the freezer for up to 1 month...

MANGO & LIME FROZEN YOGURT...

 Boleh juga dihidang dengan sedikit Mango & Kiwi filling...









MANGO AND LIME FROZEN YOGURT
IN 5 MINUTES (NO MACHINE)...
adapted from :    Bigger Bolders Baking@Gemma Stafford (you tube)...




Ingredients :

2  cups  frozen mango  (280 gm)
2  tbsp  honey or agave nectar
1/4  cup  plain yogurt (greek, non-fat or full fat) (60 gm)
1  tbsp  fresh lime juice
Zest of 1 fresh lime


Method :

1.  Add the frozen mango, honey (or agave nectar), yogurt and lime juice into a food processor (or liquidizer).

2.  Process until creamy, about 2-3 minutes.  Scrape down the side of the bowl to make sure there are no lumps left.

3.  Grate over the zest of 1 lime and stir in with a spatula.

4.  Transfer it to an airtight freezable container and freeze for a minimum 6 hours but preferably overnight.  Store it in the freezer for up to 1 month...


NOTE  :   This dessert is soo smooth, delicious  and yummy...going to make it again as my kids loved it...

IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN...










IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN
rujukan  :    Majalah RASA Okt. 2016...




Bahan-Bahan :

3  keping  ikan tenggiri
Kunyit & garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Bahan-Bahan Tumis :

3  biji  bawang merah  -  hiris
2  ulas  bawang putih  -  hiris
1  biji  cili merah  -  hiris
1  sudu makan  taucu
1/2  mangkuk  air asam jawa


Bahan-Bahan Hiasan :

Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya


Cara Memasak :

1.  Lumur ikan dengan kunyit dan garam.  Goreng ikan tenggiri sehingga garing.  Ketepikan.
2.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
4.  Biarkan kuahnya pekat sedikit.  Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa.  Kacau sekata.
5.  Setelah masak, tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
6.  Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan...

TAUGE GORENG...









TAUGE GORENG
rujukan  :   buku masakan Hanieliza...




Bahan-Bahan :

300  gm  tauge kasar  -  dibuang akar  (saya guna tauge biasa jer)
50  gm  daun kucai  -  dipotong pendek
100  gm  udang segar  -  dibuang kulit
2  keping tauhu  -  dipotong dadu kecil & digoreng seketika
3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan ditumbuk/dihiris :

3  tangkai  cili merah
3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan gorengkan tauhu hingga masak.
2.  Tumiskan bahan yang ditumbuk/dihiris dan udang hingga wangi.
3.  Masukkan tauge, kucai dan garam.  Kemudian kacau rata.  Biarkan tauge masak.
4.  Sedia untuk dihidangkan...

PANCAKES...









PANCAKES A KEEPER 
(the best; moist & fluffy)
adapted from :  old cookbook that I found in my pantry...




Ingredients :  (yields :  10 pcs)

1 1/4  cups  all-purpose flour
2  tbsp  sugar
2  tsp  baking powder
3/4  tsp  salt
1 1/3  cups  milk
1  egg  grade A/B  -  slightly beaten
3  tbsp  salad oil/vegetable oil
Butter or margarine
Maple or maple-flavor syrup/pancake syrup


Directions :

1.  In a large bowl, mix flour, sugar, baking powder and salt.  Add milk, egg and 3 tablespoons salad oil and stir just until flour is moistened.  (For thicker pancakes, use only 1 cup milk).

2.  Heat griddle or skillet over medium heat until drop of water sizzles (or use electric griddle or skillet); brush lighly with salad oil.  Pour batter by scant 1/4 cupfuls onto hot griddle, making a few pancakes at a time; cook until tops are bubbly and bubbles burst; edges will look dry.  With pancake turner/spatula, turn and cook until undersides are golden; place on warm platter; keep warm.

3.  Repeat until all batter is used, brushing griddle with more salad oil, if necessary; (I use non-stick pan).  Serve pancakes with butter or margarine and syrup or other topping as desired.

SPAGETI BOLOGNESE...










SPAGETI BOLOGNESE
rujukan  :    buku masasakan Hanieliza...




Bahan-Bahan :

1  paket  spageti  -  direbus sehingga lembut  (saya guna jenis Angel Hair)
400  gm  daging kisar halus  (Mincemeat, saya guna jenama Ramly)
1  tin  cendawan butang  -  dihiris nipis
1  batang  lobak merah *
1  biji  capsicum hijau *
2  biji  tomato muda *
2  labu  bawang besar *  ( * dipotong dadu )
4  sudu makan  cili kisar  (kurang sikit jika tidak suka pedas)
1  sudu teh  serbuk lada hitam
1  cawan  sos tomato  (saya guna sos spageti Prego)
1/2  cawan  air atau secukupnya
3  sudu makan  minyak masak  (saya guna minyak jagung)
1  sudu makan  serbuk oregano kering
1  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
1  pokok  daun parsli  -  dicincang halus  (tak letak)
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2.  Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak.  Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
3.  Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4.  Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak dan lobak merah sedikit lembut.
5.  Angkat dan tuangkan di atas spageti ketika hendak dihidangkan.
6.  Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli...

INFO :   Gaulkan sedikit minyak pada spageti yang sudah direbus bagi mengelakkan spageti melekat (saya masukkan sedikit minyak di dalam air rebusan ketika merebus spageti)...

Friday, February 24, 2017

PUDING PANDAN KUKUS...










PUDING PANDAN KUKUS
Majalah SAJI Januari 2017...




Bahan-Bahan :

4  biji  telur  (saya guna gred B)
1  sudu besar  pes pandan  (saya guna 1/2 sudu besar)
75  ml  santan
70  gm  gula kastor
60  gm  kismis  (saya guna kranberi kering)


Cara-Cara :

1.  Terlebih dahulu panaskan kukusan.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan.
2.  Masukkan gula dan santan.  Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
3.  Masukkan pes pandan, dan kacau rata.
4.  Sediakan mangkuk kecil (saya guna ramekin kecil), letakkan kismis di dalamnya.
5.  Tuangkan adunan santan ke dalam mangkuk berisi kismis.
6.  Kukus adunan selama 20 minit hingga masak menggunakan api sederhana besar...