KEK PISANG

Wednesday, May 31, 2017

ONDE-ONDE@BUAH MELAKA...









ONDE-ONDE@BUAH MELAKA
rujukan :    CT Delima...



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut *
2  sudu besar  tepung gandum *  (* dicampur & digaul rata)
1 1/4  cawan  air
Sedikit pewarna hijau
1/2  sudu kecil  pandan emulco
Gula melaka  -  dipotong kecil-kecil (untuk inti)
1  biji  kelapa parut putih
Sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus


Cara-Cara :

1.  Didihkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus kuih.

2.  Dalam bekas lain, campurkan air bersama pewarna hijau dan pandan emulco, kacau rata.

3.  Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan pekat dan boleh digentel. 

4.  Ambil sedikit adunan anggaran sebesar guli, leperkan atas tapak tangan dan bubuh potongan gula melaka.  Tutupkan adunan dan bentukkan bulat.

5.  Rebus dalam air mendidih.  Apabila kuih timbul dipermukaan, angkat dan toskan.

6.  Gaul kuih bersama kelapa parut sehingga rata.  Sedia dihidangkan...

TIPS :  Kelapa parut digaul bersama sedikit garam dan dikukus sebentar supaya lebih sedap dan tahan lebih lama.  Untuk membuat 2 warna, adunan dibahagi kepada 2 bahagian sama banyak dan letakkan pewarna pilihan...

IKAN MASAK CUKA...









IKAN MASAK CUKA
rujukan :    Fiza's Cooking...



Bahan-Bahan :

6  ekor  ikan selar kuning  -  disiang, cuci bersih & toskan  (resipi asal guna ikan siakap saiz sederhana)
1/2  sudu kecil  garam
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
1  labu  bawang besar  -  potong baji@wedges
2  ulas  bawang putih  -  hiris
1/2  inci  halia  -  hiris
2  biji  cili merah  -  hiris serong
5-7  biji  cili padi
1/2  sudu kecil  biji sawi
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
400  ml  air
3  sudu besar  cuka makan
1/2  batang  lobak merah  -  hiris seperti batang mancis
1/2  batang  timun  -  hiris seperti batang mancis  (buang bahagian empulor)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Goreng ikan yang telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit sehingga masak dan sedikit garing.  Ketepikan.

2.  Buangkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit bau.

3.  Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit.  Goreng seketika.  Masukkan air dan cuka makan dan biarkan sehingga mendidih.

4.  Masukkan garam dan gula secukupnya, lobak merah dan ikan yang telah digoreng tadi.

5.  Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam-masam kuah meresap pada isi ikan) dan akhir sekali masukkan timun.  Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan...

KACANG GORENG TELUR HANCUR...









KACANG GORENG TELUR HANCUR
rujukan :    buku masakan...



Bahan-Bahan :

1  ikat  kacang panjang  -  potong serong
1  biji  telur
3  ulas  bawang putih  -  hiris
3  ulas  bawang merah  -  hiris
1  biji  cili merah  -  hiris
1  sudu kecil  garam
1/2  biji  bawang besar  -  hiris bulat
Sedikit ikan bilis  -  digoreng garing (untuk hiasan)
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga berbau harum.
2.  Masukkan garam dan kacau rata.
3.  Masukkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
4.  Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah.
5.  Kacau rata dan sesuaikan rasa.
6.  Akhir sekali taburkan dengan ikan bilis yang digoreng.
7.  Sedia dihidangkan...

JUS AVOCADO & MANGO LASSI...






JUS AVOCADO
rujukan :    Amie's Little Kitchen...



Bahan-Bahan :

1  biji  buah avocado  -  anggaran 400 gm
200  ml  susu segar
4  sudu besar  gula pasir
1  sudu besar  jus limau nipis
200  ml  air  -  pilihan  (saya masukkan air sebab jus avocado teralu pekat)


Cara-Cara :

1.  Kisar buah avocado bersama susu segar, gula pasir dan air.
2.  Campurkan jus limau nipis.
3.  Tuangkan ke dalam gelas.
4.  Masukkan ketulan ais kiub jika suka.
5.  Sedia untuk dinikmati...








MANGO LASSI
adapted from :    Pop Sugar.com



Ingredients :

1  mango (about 1 cup), peeled and coarsely chopped
1  cup  plain yogurt
1/3  cup  fresh milk
1  tbsp  honey, or to taste
Scant pinch of salt
Pinch of freshly ground cardamom (optional), for garnish


Directions :

1.  Blend together the mango, yogurt, milk, honey and salt until smooth.  Taste and adjust with extra honey or salt.

2.  If your mango is particularly fibrous, strain the lassi through a fine-mesh strainer; otherwise pour into a glass, and sprinkle with cardamom if using...

 

Tuesday, May 30, 2017

PUDING KARAMEL PANDAN...









PUDING KARAMEL PANDAN
rujukan :    hanamemories...




Bahan-Bahan :

5  biji  telur gred B  (jika gred A guna 4 biji)
1  tin  susu cair  (400 ml)
150  ml  air biasa
4  sudu besar  gula kastor
1  sudu teh  esen vanilla
1  sudu besar  pandan emulco  (tambahan)


Bahan Karamel :

5  sudu besar  gula pasir
2  sudu besar  air


Cara-Cara :

1.  Sediakan karamel@gula hangus :  Masukkan gula dan air ke dalam kuali.  Hanguskan sehingga keperangan kemudian tuangkan terus ke dalam loyang bersaiz 7"/8" bulat.  Sejukkan.  (saya guna 6 acuan bulat bersaiz 4 inci).

2.  Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan puding.  Kacau perlahan jangan sampai berbuih.  Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati saja.  Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.

3.  Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.  Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dengan kaedah 'water-bath'@bain marie (letakkan air panas di dalam loyang).  Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50 minit pada suhu 180'C.

4.  Sejukkan kemudian terbalikkan.  Potong dan hidangkan...


ROTI JALA...









ROTI JALA
rujukan :    Fiza's Cooking...



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  air
1  biji  telur gred A/B
1  sudu teh  garam halus
2  sudu makan  minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga semuanya sebati.  Perapkan selama 1/2 jam.
2.  Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan dengan api sederhana.
3.  Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.  Kirai adunan di atas kuali tersebut.
4.  Biarkan hingga roti jala masak, angkat dan gulung/lipat ikut citarasa...

KARI AYAM MELAKA...









KARI AYAM MELAKA
rujukan :    buku masakan dengan sedikit olahan...



Bahan A :

1/2  ekor  ayam  -  potong kecil, cuci bersih & toskan  (resipi asal guna 6 ketul ayam)
4  sudu makan  serbuk rempah kari daging  -  dibancuh dengan sedikit air
2  sudu makan  cili kering  -  dikisar
1  keping  asam gelugur
2  biji  ubi kentang  -  dibelah 4 setiap sebiji
2  cawan  santan
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan B :  (Dikisar)

1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang putih
1  biji  buah keras
1  batang  serai
1  inci  halia
1  inci  belacan


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak.  Tumis bahan B, cili kering dan rempah kari daging sehingga garing.

2.  Masukkan ubi kentang dan santan.  Kacau selalu agar tidak pecah minyak.  Masak sehingga ubi kentang empuk.  (Boleh juga direbus ubi kentang hingga empuk dulu).

3.  Masukkan ayam dan asam gelugur.  Masak sehingga mendidih dan ayam empuk.

4.  Masukkan garam dan gula secukupnya.  Kacau seketika.

5.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...

KANGKUNG IKAN MASIN...









KANGKUNG IKAN MASIN




Bahan-Bahan :

1  ikat  sayur kangkung  -  cuci & potong
1  hiris  ikan tenggiri masin
3  ulas  bawang merah  -  hiris
2  ulas  bawang putih  -  hiris
1  biji  cili merah  -  hiris
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak.  Goreng ikan tenggiri hingga masak dan ketepikan.
2.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.  Masukkan ikan tenggiri dan lecek hancur.
4.  Masukkan sayur kangkung dan kacau rata.
5.  Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
6.  Sesuaikan rasa.  Masukkan cili merah dan kacau rata.
7.  Sedia dihidangkan...

KUIH CARA MANIS...









KUIH CARA MANIS
rujukan :    Syapex Kitchen...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
3  cawan  santan kelapa  (nak sedap guna yang segar)
2  biji  telur gred A/B
3  helai  daun pandan
Beberapa titis pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa  (bagi rasa lemak-lemak masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan


Cara-Cara :

1.  Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian ditapis.  Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambahkan garam secukup rasa.  Kacau dan tapiskan adunan tadi.  Ketepikan sebentar.

2.  Panaskan acuan kuih cara di atas dapur gas, bila panas kecilkan api.  Lenserkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).

3.  Isikan adunan tadi ke dalam bekas bermuncung (kole/teko) tuangkan ke dalam setiap ruang acuan tadi sehingga hampir penuh.  Letakkan sedikit gula pasir pada setiap ruang kuih (anggaran 1/3 sudu teh).  Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.  Masak sehingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.

4.  Berhati-hati keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.  Oleskan sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
HIDANGKAN...

Monday, May 29, 2017

BADAK BERENDAM...









BADAK BERENDAM
rujukan :    Azie Kitchen...



Bahan Doh :    (anggaran :  20 biji)

2  cawan  tepung pulut
1 1/2  cawan  air perahan daun pandan  (saya guna 3 helai daun pandan)
1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

     Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan.  (Jika suka boleh diwarnakan ikut pilihan)


Bahan Inti :

2  cawan  kelapa parut muda yang putih
1  cawan  gula merah
1  helai  daun pandan -  disimpul
Gula pasir, jika suka


Cara-Cara :

     Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut.  Masukkan kelapa parut dan dikacau di atas api hingga kering.  Ketepikan dan biarkan hingga sejuk sebelum di bulat-bulatkan sebesar biji guli hingga habis.


Bahan Kuah :

2 1/2  cawan  santan
2  sudu besar  tepung beras
1/2  sudu kecil  garam
3  helai  daun pandan -  disimpul
Sedikit gula, jika suka


Cara-Cara :

Campurkan rata semua bahan-bahan kuah, lalu dikacau di atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit.  Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan :

Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan kemudian dileperkan.  Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat.  Buat hingga habis dan letakkan di atas plastik supaya tidak melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan hingga mendidih.  Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak hingga ianya timbul dipermukaan (seperti membuat kuih onde-onde).
Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam kuah...