KEK PISANG

Saturday, June 30, 2018

KEK KURMA & CERI...










KEK KURMA DAN CERI
rujukan :    Fiza's Cooking




Bahan-Bahan :

200  gm  mentega
100  gm  gula perang
50  gm  gula kastor
1  sudu teh  esen vanilla
4  biji  telur gred A  ~  asingkan putih & kuning telur
150  gm  kurma  ~  asingkan dari biji & gunting isi kurma
50  gm  campuran ceri merah & hijau  ~  dipotong/dihiris kecil
50  gm  kacang walnut atau kekacang pilihan
200  gm  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *  (* diayak)


Cara-Cara :

1.  Pukul telur putih sehingga kembang dan bertanduk iaitu apabila diterbalikkan mangkuk adunan, telur tersebut tidak meleleh.  Ketepikan seketika.

2.  Di dalam mangkuk adunan lain, pukul mentega dengan gula perang, gula kastor sehingga kembang.  Masukkan esen vanilla dan telur kuning satu persatu sambil dipukul lagi.

3.  Masukkan pula putih telur sedikit demi sedikit sambil dikaupbalik.  Jika menggunakan whisk, putar dengan kelajuan perlahan sehingga semuanya bercampur.

4.  Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan diputar sehingga habis.

5.  Akhir sekali masukkan kurma, ceri dan kacang walnut.  Tinggalkan sedikit untuk hiasan.  Kacau sehingga sebati, tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat, dialas dengan kertas minyak dan taburkan bakinya (bahan hiasan) di atas permukaan kek sebelum dibakar pada suhu 170'C selama 1 jam sehingga masak.  (bergantung pada oven masing-masing)...

KARI IKAN TENGGIRI...










KARI IKAN TENGGIRI, RINGKAS &
MUDAH
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan tenggiri saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih & toskan
10  batang  bendi muda  ~  cuci & toskan  (tak letak tiada stok)
2  biji  tomato  ~  belah 3 setiap biji
1  cawan  santan
1/2  cawan  jus asam jawa
3 1/2  sudu besar  serbuk rempah kari ikan
1 sudu besar penuh  cili kisar
4  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *  ( * kisar halus )
1  kiub  ikan bilis 'Maggi'  ~  optional
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan Tumis :

3  biji  bawang merah  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  tangkai  daun kari  ~  dilurutkan ambil daunnya
1  sudu kecil  halba campur


Cara Memasak :

1.  Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan bawang putih kisar, kacau rata sehingga menjadi pes dan ketepikan.  Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis sehingga harum.  Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.  Masukkan rempah kari, tumis sehingga terbit minyak, menggunakan api kecil dan kacau selalu.

2.  Tuangkan air secukupnya, kacau dan biarkan mendidih.  Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.  Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Masak sehingga bendi lembut.

3.  Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap.  Tutup api, angkat sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi hangat...

POPIAH CARBONARA CHEESE...










POPIAH CARBONARA CHEESE
sumber :    buatoranglapo.com via you tube...
menghasilkan :   29 keping...




Bahan-Bahan :

1/2  biji  bawang Holland  ~  didadu
3  ulas bawang putih  ~  dicincang
200  gm  ayam cincang
3  batang  sosej  ~  dihiris
4  biji  cendawan butang  ~  dihiris  (saya tambah)
300  gm  sos carbonara  (saya guna brand Prego  ~  1  tin)
2  keping  keju Cheddar
1/2  sudu kecil  serbuk lada hitam
Kulit popiah secukupnya
Lobak merah  (anggaran 1 batang saiz kecil)  ~  diparut memanjang
Telur (anggaran 1 biji sebagai pelekat) (saya guna sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sebagai pelekat)
Keju Cheddar secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Tumiskan bawang Holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
2.  Masukkan ayam cincang.  Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak.
3.  Kemudian masukkan sosej dan cendawan butang (jika guna).  Kacau lagi.
4.  Masukkan 1 tin sos carbonara.  Kacau-kacau sebentar.
5.  Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju.
6.  Kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.
7.  Sediakan kulit popiah.  Letakkan inti secukupnya, sedikit lobak merah dan keju cheddar.
8.  Gulungkan popiah dengan kemas.  Sapukan sedikit telur/bancuhan tepung dihujung kulit popiah.  
9.  Buat sehingga kesemuanya siap.  Goreng sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
10.  Sedia dihidangkan bersama sos pilihan...

Friday, June 29, 2018

NASI LEMAK PANDAN HIJAU...


 Sambal Bilis








RESEPI NASI LEMAK PANDAN HIJAU
rujukan :    dapurkakyah.blogspot.my




Bahan Nasi :

3  cawan  beras
2 1/2  cawan  santan 
4  helai  daun pandan  ~  kisar dengan 1/2  cawan air & ditapis  (lebihkan sedikit bergantung pada jenis beras yang digunakan)
2  ulas  bawang merah  ~  dimayang
2  inci  halia  ~  hiris nipis
Garam & gula secukupnya
Setitik pewarna hijau


Cara Memasak :

Masak santan bersama bawang merah dan halia.  Masukkan juga garam dan gula secukup rasa serta pewarna hijau.  Masak sehingga sekali mendidih (bila mendidih terus matikan api).  Sejukkan.
Basuh beras dan toskan, masukkan santan yang telah dimasak tadi dan air kisaran pandan.  Masaklah dengan cara biasa atau di dalam periuk elektrik sehingga masak.


Bahan Sambal Bilis :

Secawan  ikan bilis  ~  cuci bersih & toskan
6  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
Sedikit halia
Sedikit belacan
1  keping  gula Melaka
5  sudu besar  cili kisar
Sedikit santan
Garam & gula secukupnya
3  sudu besar  air asam jawa
Minyak masak


Cara Memasak :

Blender/kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender/kisar dengan minyak masak kemudian masukkan cili kisar dan belacan.
Kacau sehingga naik wangi.  Masukkan air asam jawa, gula Melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis.  Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis naik minyak barulah ditutup apinya.  Sedia dihidangkan...


Bahan Sambal Tumis Kerang :

300  gm  isi kerang  ~  yang sudah direbus & dikupas
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
Sedikit halia
4  sudu besar  cili kisar
Sedikit belacan
2  sudu kecil  pes asam jawa  ~  dibancuh dengan sedikit air
1/2  keping  gula Melaka
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

Isi kerang dibersihkan dan ditoskan.
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender/kisar dan masukkan cili kisar.
Tumis biar betul-betul naik minyak kemudian masukkan belacan.
Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula Melaka dan air asam jawa.
Masukkan isi kerang.  Kacau sehingga masak dan berminyak.
Masukkan gula dan garam secukupnya.  Bila nampak sedikit berkilat, bolehlah diangkat.
Nasi Lemak sedia dihidangkan bersama telur rebus, timun dan ikan bilis goreng garing...

Thursday, June 28, 2018

KEK COKLAT LAVA...











KEK COKLAT LAVA VOLCANO MELETUS
sumber :    FB@ Mariana Zainal via MAHN...




Bahan-Bahan Kek Coklat
Bahan A :

1  cawan  gula kastor
1  cawan  minyak jagung atau minyak masak
3/4  cawan  serbuk koko
3/4  cawan  susu pekat manis
1  cawan  susu cair

***   Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan masak sekejap sahaja, agak-agak periuk tu panas dah ok...kacau-kacau sampai gula larut.


Bahan B :

2  biji  telur gred A/B *
1  sudu teh  esen vanilla *  ( * kacau sebati dalam 2-3 minit saja )


Bahan C :   (Diayak)

1 1/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  baking powder


Cara-Cara :

1.  Panaskan kukusan sehingga air mendidih, api sederhana perlahan.

2.  Gris nipis loyang bersaiz 7 inci/8 inci guna mentega dan tabur sedikit tepung (supaya kek yang dah masak tidak melekat pada loyang bila diterbalikkan nanti).  (Saya guna acuan plastik saiz 9 inci, sapu mentega/minyak dan tabur sedikit tepung).

3.  Satukan bahan A dan bahan B, kacau sebati.  Kemudian masukkan pula bahan C dan kacau sebati.

4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan yang disediakan.  Kukus selama 1 jam sehingga masak.
(Kalau guna loyang saiz 6 inci, masa kukus 35-40 minit)...

INFO :  Adunan ini dapat 2 biji kek jika menggunakan acuan saiz 6 inci...


Bahan Ganache/Topping :
sumber :    FB@ Resepi Mama..
Kredit kepada :    Noy Yullan



Bahan-Bahan :

2  sudu besar  serbuk koko
4  sudu besar  gula kastor
3  sudu besar  susu pekat manis
5  sudu besar  susu cair
1  sudu teh  esen vanilla
3  sudu besar  marjerin
1  sudu teh  garam
1 1/2  cawan  air panas
3  sudu besar  tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan  air


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ganache/topping ke dalam periuk dan didihkan, kecuali 1/2 cawan air bancuhan tepung jagung.

2.  Bila mendidih, barulah  dimasukkan air bancuhan tepung jagung, kacau sehingga likat, angkat dan siramkan di atas kek yang sudah masak tadi.  Hias ikut kreativiti masing-masing.  (Saya taburkan dengan sedikit serbuk Milo di atasnya).

3.  Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan...

COOKBOOK...






26/6/2018 (Selasa)  Buku masakan terbaru ku, beli di POPULAR Bookstore,
Mantin...


AYAM MASAK HALIA...










RESEPI AYAM MASAK HALIA
PALING SEDAP
rujukan :    iresepi.com@Che'Nom...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam  ~  dipotong kecil
4  ulas  bawang putih  ~  hiris nipis
2  cm  halia  ~  hiris halus memanjang
1  sudu besar  kicap cair
1  sudu besar  sos tiram
1  biji  bawang besar  ~  hiris nipis membulat
1  biji  cili merah  ~  hiris nipis menyerong
1  tangkai  daun bawang  ~  hiris panjang anggaran 2 cm  (tak letak)
1 1/2  sudu kecil  tepung jagung  ~  dibancuh dengan sedikit air
Minyak masak secukupnya  ~  untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.  Angkat dan ketepikan.

2.  Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.  Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3.  Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan serbuk lada sulah/lada hitam.  Kacau-kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4.  Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.  Tambahkan sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5.  Taburkan dengan hirisan cili merah dan bawang besar.  Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.  Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukupnya.

6.  Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang.  Hidangkan bersama nasi panas...


INFO :  Hati-hati semasa memasukkan garam kerana kicap cair sudah masin.  Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan dengan garam semasa menggoreng...

BROKOLI GORENG...










BROKOLI GORENG




Bahan-Bahan :

400  gm  brokoli
100  gm  lobak merah
4-5  biji  cendawan butang  ~  dihiris
300  gm  daging kisar Ramly
3  sudu besar  air
2  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Menumis :   (Dihiris)

3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
2  tangkai  cili merah


Cara Memasak :

1.  Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih.  Kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan daging kisar dan masak sehingga ia berubah warna.
4.  Masukkan lobak merah, garam secukupnya dan air kemudian kacau rata.
5.  Masak sehingga lobak merah sedikit lembut.
6.  Kemudian masukkan brokoli dan cendawan butang.  Kacau rata dan tutup kuali.
7.  Apabila sayur mendidih, bolehlah dihidangkan...

Tuesday, June 26, 2018

IKAN GORENG BERLADO HIJAU...










RESEPI IKAN GORENG BERLADO
HIJAU YANG MUDAH & SEDAP




Bahan-Bahan :

5  ulas  bawang merah  ~  hiris
3  ulas  bawang putih  ~  hiris
5  ekor  ikan kembung saiz kecil  ~  lumur garam kunyit & goreng
Garam secukup rasa
1  biji  tomato  ~  belah 4 atau 6


Bahan Kisar Halus :

3-4  tangkai  cili hijau
4  tangkai  cili padi


Cara Memasak :

1.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan pula bahan kisar halus.  Kacau rata sehingga ianya pecah minyak.

2.  Masukkan garam secukup rasa, buah tomato dan ikan yang telah digoreng tadi.

3.  Kacau rata dan sebati.  Sesuaikan rasanya, sedia diangkat dan dihidangkan...

Saturday, June 23, 2018

IKAN BAWAL ASAM MANIS...










IKAN BAWAL ASAM MANIS
sumber :    buku masakan Norhayani Mohd Nor
Hidangan :   untuk  2 orang...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan bawal
Tepung serbaguna secukupnya
2  ulas  bawang putih  ~  dicincang halus
1  biji  bawang besar merah  ~  dicincang halus
1  sudu besar  sos ikan
1  sudu besar  pes asam jawa
1  sudu besar  serbuk pati ayam
1/2  cawan  air
3-4  biji  cili padi  ~  diketuk
1  sudu besar  gula


Cara Memasak :

1.  Bersihkan ikan dan toskan.  Lumurkan ikan dengan tepung serbaguna secukupnya.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Goreng ikan dalam minyak penuh sehingga garing.  Ketepikan.
3.  Kelurkan minyak dari kuali.  Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.
4.  Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi sehingga wangi.
5.  Masukkan air asam jawa yang dibancuh dengan 1/2 cawan air.
6.  Kemudian masukkan serbuk pati ayam, sos ikan dan gula.  Masak sehingga pekat.
7.  Tuangkan sos ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan bolehlah dihidangkan...