KEK PISANG

Thursday, April 30, 2020

KUIH BINGKA PISANG ...








RESEPI KUIH BINGKA PISANG
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

400  gm  pisang yang telah dibuang kulitnya   (saya guna pisang emas)
1  cawan  tepung gandum
1/3  cawan  gula perang@soft brown sugar/gula pasir biasa
1  cawan  santan   (200 ml santan kotak + 50 ml air)
1  cawan  susu sejat@susu cair
2  sudu besar  mentega   ~  dicairkan & biarkan sejuk
1/4  sudu teh  garam
1  biji  telur   (me :  gred A)
1  sudu teh  esen vanilla atau beberapa titik esen pisang
Bijan secukupnya   ~  untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci persegi dengan mentega.  Alas tin dengan aluminium foil dan lenser juga permukaan aluminium foil tadi dengan mentega.  Masukkan pisang dalam mangkuk besar.  Lecek pisang hingga hancur dan ketepikan.

2.  Satukan susu cair, santan, mentega, garam, gula perang dan telur ke dalam mangkuk lain.  Kacau rata dengan whisk hingga gula hancur.  Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata dan tepung tidak berbintil-bintil.  Kemudian ditapis.  (Kalau nak cepat, boleh kisar bahan-bahan tadi dengan blender).

3.  Kemudian masukkan (No. 2) ke dalam mangkuk berisi pisang lecek tadi.  Tambah esen vanilla atau esen pisang, gaul rata dengan spatula.  Tuangkan ke dalam tin yang telah disediakan.  Taburkan atasnya dengan bijan hingga rata.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 1 jam atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) dan permukaannya keperangan (nak kerak boleh tambah waktu membakar, tapi pastikan jangan sampai rentung).

4.  Keluarkan dari oven.  Biarkan Kuih Bingka Pisang suam dan bolehlah dikeluarkan dari loyang.  Biarkan sejuk baru dipotong dan bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
SIAP !





KARI IKAN BAWAL HITAM ...








KARI IKAN BAWAL HITAM
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan bawal hitam   ~  lebih kurang 500 gm
7  ulas  bawang merah   ~  hiris
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  sudu kecil  halba campur
2  tangkai  daun kari
3  tangkai  cili padi   ~  potong kecil
1  paket kecil  rempah kari ikan ADABI
1  sudu kecil  serbuk cili
6  batang  bendi
2  batang  cili hijau   ~  patah 2
1  biji  tomato   ~  belah 4
1  sudu kecil penuh  pes asam jawa ADABI   ~  bancuh dengan sedikit air
1 - 1 1/2  sudu kecil  garam
Santan secukupnya
Serbuk perasa   ~  jika suka
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi potong.  Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari.  Tumis sehingga wangi.

2.  Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas.  Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing dan masak.

3.  Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya.  Masukkan air asam jawa.  Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan.  Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
PETUA :    jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.

4.  Masukkan bendi, tomato dan cili hijau.  Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.  Setelah kuah terbit minyak dan cantik, bolehlah tutup api.  (Nak cantik, bolehlah celur bendi dengan dimasukkan sedikit minyak sehingga lembut).  Tapi saya lebih suka, dimasukkan terus ke dalam kuah.  Rasa bendi lebih sedap.





SOTONG MASAK KICAP RINGKAS ...










SOTONG MASAK KICAP RINGKAS
sumber :    resepicikguani.blogspot.com




Bahan-Bahan :

600  gm  sotong   ~  dibersihkan & dipotong bulat 1 inci & ditoskan airnya
1  biji  bawang besar   ~  dimayang bulat
3  biji  cili merah/hijau   ~  dihiris kasar
2  keping  asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam
Minyak masak


Bahan Tumbuk/Hiris Halus :

3  ulas  bawang putih
1  biji  bawang besar saiz sederhana


Cara Memasak :

1.  Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam kuali.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2.  Masukkan semua bahan-bahan lain.  Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak.  (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat).

3.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, April 29, 2020

IKAN DORI MASAM MANIS ...








IKAN DORI MASAM MANIS
sumber :    Majalah RASA Oktober 2019




Bahan-Bahan :

500  gm  ikan dori   ~  potong dadu lebih kurang 2-5 cm
1  cawan  tepung gandum
1-2  biji  telur
1  sudu teh  serbuk lada sulah
Secubit garam
1  biji  bawang Holland   ~  potong dadu kecil
4  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
3  cm  halia muda   ~  hiris memanjang
Sedikit cili benggala merah & hijau   ~  dadu kecil
3  biji  cili merah   ~  kisar kasar
1  sudu makan  sos cili Thai
1  sudu makan  sos plum
1  sudu makan  sos cili
1/2  sudu makan  sos ikan
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya   ~  untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Gaulkan isi ikan dori bersama sedikit garam dan lada sulah.

2.  Kemudian pecahkan telur di dalamnya, gaul rata dan toskan.

3.  Gaulkan dalam tepung kemudian letakkan di atas tisu dapur.

4.  Panaskan minyak masak, goreng ikan dori hingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.  Letakkan di dalam pinggan yang bersesuaian.

5.  Menggunakan kuali lain, tumiskan bawang putih, bawang Holland dan halia hingga wangi.

6.  Masukkan cili merah kisar, sos cili, sos tomato, sos plum dan sos ikan, gaul rata dan tambahkan sedikit air.

7.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8.  Sebelum tutup api masukkan hirisan cili benggalan merah dan hijau dan gaul rata.

9.  Tutup api, tuangkan sos di atas pinggan berisi ikan dori goreng tadi dan sedia dihidangkan.





BUNCIS GORENG TELUR ...









BUNCIS GORENG TELUR
sumber :    WWW.RASA.MY FEB.2020




Bahan-Bahan :

1/2  kg  sayur buncis   ~  dihiris serong
1  tiub  taufu telur
3  biji  bawang merah   ~  dihiris
2  ulas  bawang putih   ~  dipotong/dicincang
1  biji  telur   ~  dipukul sedikit   (me : tambah)
1/2  batang  lobak merah   ~  dihiris
Sos tiram secukupnya
Gula & garam secukupnya
1  biji  cili merah   ~  hiris  (hiasan)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Potong taufu telur dan gorengkan dahulu.  Masukkan sedikit garam untuk elak dari meletup.

2.  Kurangkan minyak gorengan sedikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

3.  Masukkan lobak merah.  Masak hingga kekuningan.  Ketepikan sayur, masukkan telur, biarkan sedikit mengeras dan kacau.

4.  Masukkan sos tiram dan masukkan sayur buncis.  Masukkan sedikit air, jika perlu.  Akhir sekali masukkan taufu telur yang telah digoreng tadi.

5.  Perasakan dengan gula dan garam.  Cepat-cepat gaul sebati dengan api yang besar dan masukkan cili merah sebagai hiasan.

6.  Sedia dihidangkan.

DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS ...








DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS
sumber :    Majalah RASA Julai 2019
kredit ke :    Pn Rozita Hasan@Che Ta Sintok ...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung serbaguna   (250 gm)
1  cawan  gula kastor/gula perang   (200 gm)
1/2  cawan  serbuk koko   (60 gm)
1 1/4  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate
1/2  sudu teh  garam
1/2  cawan  minyak jagung   (125 ml)
2  biji  telur  (me :  guna gred A)
1/2  cawan  susu segar   (125 ml)
1/2  cawan  sour cream   (130 gm)  (me :  guna yogurt perisa asli)
1  sudu teh  esen vanilla
1  cawan  semi-sweet chocolate chunks or chips, plus more for topping   (175 gm)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C dan lapikkan muffin pan dengan cawan muffin kertas.

2.  Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam.  Sebatikan dan ketepikan.

3.  Dalam mangkuk sederhana, masukkan minyak, gula, telur, susu, sour cream dan esen vanilla.  Kacau menggunakan hand whisk.

4.  Masukkan adunan cecair ke dalam adunan kering dan kacau hingga sebati.  Kacau dengan perlahan dan masukkan chocolate chips.  Jangan terlebih kacau nanti muffin menjadi keras selepas dibakar.

5.  Sudukan adunan ke dalam cawan muffin.  Bakar selama 15-18 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing).




Tuesday, April 28, 2020

RESEPI APAM PISANG GEBU ...








RESEPI APAM PISANG
GEBU & MUDAH
sumber :    daridapur.com




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula kastor
1  cawan  minyak masak
1  cawan  pisang berangan yang dilenyek   (me :  guna pisang emas)
1  sudu besar  susu pekat manis
1  biji  telur ayam   (me :  guna gred A)
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonate


Hirisan pisang nipis untuk letak di atas adunan apam


Cara-Cara :

1.  Masukkan air dalam pengukus dan didihkan air dulu.  Sambil itu sediakan adunan.  Dalam pengisar makanan, masukkan telur, susu pekat manis dan gula.  Kisar tiga bahan ini sehingga kembang dan sebati.  Tuangkan ke dalam bekas besar sedikit.  Lepas itu tambahkan pula minyak masak, pisang berangan yang siap dilenyek dan esen vanilla atau esen pisang untuk singkirkan bau hanyir telur.  Pukul sebati dengan tangan menggunakan spatula lebih kurang 2-3 minit.

2.  Campurkan dan ayak bahan kering iaitu tepung gandum bersama dengan baking powder dan juga soda bikarbonate.  Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang  siap dipukul tadi.

3.  Sapu sedikit minyak pada acuan kesukaan anda untuk mudahkan keluarkan apam pisang nanti selepas masak.  Isikan adunan apam 3/4 acuan sahaja sebab nanti ia akan kembang dan naik.  Letak dan susunkan hirisan pisang diatanya.

4.  Kukus selama 20-30 minit bergantung pada saiz acuan anda (me :  lebih kurang 20 minit).  Guna api sedikit besar ya untuk sentiasa air mendidih.  Bila dah masak, jangan terus angkat tapi buka penutup kukusan sahaja dan sambung kukus untuk 2-3 minit lagi bagi memastikan apam pisang anda sedikit kering.

5.  Sejukkan acuan dan barulah dikeluarkan Apam Pisang.  
SIAP !





AYAM MASAK HALIA ...









RESEPI AYAM MASAK HALIA
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam   ~  potong kecil, cuci bersih & toskan
4  ulas  bawang putih   ~  hiris nipis
2  cm  halia   ~  dihiris halus memanjang
1  sudu besar  kicap cair
1  sudu besar  sos tiram
1  biji  bawang besar   ~  hiris nipis membulat
1  biji  cili merah   ~  hiris nipis
1  tangkai  daun bawang   ~  hiris panjang 2 cm
1 1/2  sudu kecil  tepung jagung   ~  bancuh dengan sedikit air
Minyak masak,  untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.  Angkat dan ketepikan.

2.  Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.  Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3.  Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan serbuk lada sulah@putih.  Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4.  Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.  Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5.  Taburkan dengan hirisan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  (Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin.  Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng).

6.  Angkat dan tabur dengan daun bawang dan sedia dihidangkan.

MY USEFUL HELPER !






26/4/2020 (Ahad) Ramadan ke 3
Alhamdulillah disebabkan waktu ni saya demam yang agak teruk, mujur anakanda ku cuti dari kerja disebabkan PKP jadi dapatlah membantu ibunya dengan menyediakan juadah yang mudah, janji sedap buat berbuka untuk kami berlima...Aamiin

Monday, April 27, 2020

PENGAT PISANG BERSAGU ...








PENGAT PISANG BERSAGU
sumber :    yatiememories ...




Bahan-Bahan :

3  biji  pisang tanduk
1/2  cawan  sagu biji   ~  cuci & rendam dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu biji


Bahan Kuah :

1  cawan  santan pekat
2  cawan  air
3  sudu besar  gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata & tapiskan
1/4  cawan  gula pasir
2  helai  daun pandan   ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Buangkan kulit pisang dan hiris serong.  Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.  Bila dah empuk, angkat dan toskan.  Jangan rebus lama sangat, nanti tak cantik pisangnya.

2.  Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu biji yang telah direndamkan tadi.  Masak sehingga jernih semuanya.  Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip.  Ketepikan dulu.

3.  Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat.  Masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir.  Masak sehingga hampir mendidih.

4.  Masukkan pisang tadi, sagu biji dan daun pandan, biarkan mendidih.  Sekiranya kurang manis bolehlah ditambah gula pasir sedikit lagi.
SIAP !




Sunday, April 26, 2020

RENDANG AYAM SIMPLE ...








RENDANG AYAM SIMPLE
sumber :    cookpad.com@Mariana Zainal
(sangat sedap) ...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  dipotong-potong, cuci bersih & toskan
1  kotak kecil  santan "AYAM BRAND"
2  peket kecil  kerisik
5  helai  daun limau purut   ~  dihiris/dicarik
1 1/2  sudu besar  gula pasir
1/2  sudu besar  garam
1  sudu kecil  serbuk perasa  MAGGI Secukup Rasa
1  keping  asam gelugor
3  helai  daun kunyit   ~  hiris halus
1 1/2  cawan  air


Bahan-Bahan Dikisar Halus :

15-18  tangkai  cili kering   (ikut suka pedas)
2  biji  bawang besar
6-7  ulas  bawang putih
2  sebesar ibu jari  halia
Sebesar ibu jari lengkuas
1  sudu kecil  serbuk kunyit
4  batang  serai   ~  hiris untuk memudahkan ketika dikisar
1  cawan  minyak masak


Cara Memasak :

1.  Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus ke dalam kuali, (jangan letak minyak), kerana dalam bahan kisar tadi dah ada minyak.  Masukkan juga gula, garam, bahan perasa, asam keping@asam gelugor, kerisik dan daun limau purut.  Masak sehingga naik minyak dan garing menggunakan api sederhana besar.

2.  Masukkan santan dan air, bila dah mendidih elok, bolehlah dimasukkan ayam, gaul rata.

3.  Apabila kuah sudah mula pekat, taburkan daun kunyit, kacau rata.

4.  Sesuaikan rasa, tutup api.  Hidangkan.
SIAP !



 KUIH CARA MANIS