KEK PISANG
▼
Sunday, April 28, 2013
CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING
CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING
sumber : Chef Kamrul, Deanna & K.Nor@SecubitGaram
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Creme Puff :
250 ml air
100 gm mentega
1 tsp gula kastor
125 gm tepung gandum
3 biji telur (B)
1/2 tsp garam
Cara-cara :
Campurkan gula, air dan mentega ke dalam periuk. Masakkan hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati dan menjadi doh. Tutupkan api dan sejukkan sebentar. Masukkan telur satu demi satu dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar selama 15 minit pada suhu 180'C.
Bahan Custard Filling :
500 ml susu segar
1 biji telur
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan dan gaul sebati telur, gula, tepung kastad, tepung jagung dan esen vanilla. Kemudian tuangkan susu segar yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga likat. Sejukkan. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam creme puff. Taburkan dengan gula icing atasnya jika suka.
BROWNIE
BROWNIE
source from : Oriental Cuisine Magazine (Dec. 2009)
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Ingredients :
125 gm SCS Butter
125 gm dark cooking chocolate
130 gm castor sugar
2 eggs (grade "A")
1 tsp vanilla essence
125 gm plain flour *
1/4 tsp baking powder * (* sifted together)
100 gm chopped walnuts (pre-toasted)
Topping Ingredients :
200 gm dark cooking chocolate
45 gm butter
extra walnuts for decoration (optional)
8" square cake pan
Method :
Line the bottom of 8" square pan with greaseproof paper and pre-heat oven to 170'C.
To prepare brownie :
1. In a saucepan over low heat, melt butter and chocolate stirring continuously until melted.
2. Remove from heat, stir in sugar until melted.
3. Once mixture is slightly cool, add in eggs and vanilla essence.
4. Slowly mix in sifted flour, baking powder and walnuts.
5. Pour into prepared pan and bake for 30-35 minutes or until skewer inserted comes out clean.
To prepare topping :
1. Combine chocolate and butter in a saucepan and cook until melted. Pour on the cakes.
2. Let set completely and cut into squares. You may top with some walnuts for decoration.
CHOCOLATE CHIP COOKIES
CHOCOLATE CHIP COOKIES
source : JoyofBaking
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
1 cup unsalted butter (226 gm)
3/4 cup white sugar (150 gm)
3/4 cup firmly packed brown sugar (160 gm)
2 large eggs
1 1/2 tsp vanilla essence
2 1/4 cup all-purpose flour (295 gm)
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1 1/2 cup semi-sweet chocolate chips (270 gm)
1 cup chopped walnuts or pecans (toasted - optional)
Method :
Beat butter until smooth and creamy. Add white and brown sugar and beat until fluffy. Beat in eggs, one at a time. Add vanilla.
In a separate bowl, combine flour, baking soda and salt. Add the dry ingredients to the egg mixture and beat until incorparated, adding the chocolate chips and nuts (if using). If the dough is too soft, cover and refrigerate until firm (about 30 minutes to two hours).
Drop about 2 tablespoonful onto prepared baking sheets. Bake about 10-14 minutes or until golden brown at 375'F (190'C).
NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
NASI LEMAK KUNING (TUMIS) 5-6 orang makan
sumber dari : yatiememories, tqvm untuk resipi ini
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 cawan beras biasa
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 tbsp halba
1 helai daun pandan
1 cm halia - dihiris halus
1 batang serai - titikkan
2 biji bawang merah - dihiris
1 tbsp minyak masak + 1 tbsp minyak sapi
garam & gula secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dan halia hingga garing.
2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
4. Masak/tanak nasi seperti biasa.
TIPS : untuk nasi lemak kuning, tambahkan 1 tbsp serbuk kunyit semasa memasukkan santan dan air.
SAMBAL AYAM BUNGA KANTAN
SAMBAL AYAM BUNGA KANTAN
sumber dari : yatiememories, tqvm for this recipe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong 12, cuci bersih & toskan) *
sedikit serbuk kunyit *
garam secukup rasa *
sedikit serbuk lada hitam * ( kesemua bertanda * disatukan & perapkan selama 20 minit)
garam & gula secukup rasa
Hirisan bunga kantan untuk hiasan
4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar Halus :
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 tbsp. udang kering - rendam & toskan
secubit belacan
Cara-cara :
Ayam tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga garing dengan api sederhana. Kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan jus limau, kacau dan masak sekejap.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Thursday, April 25, 2013
MUFFIN PISANG
MUFFIN PISANG
oleh : CTdelima & RosJintanManis - tqvm
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 1/3 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur (A)
1/3 cawan susu segar
1 tsp soda bikarbonat
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis (saya tambah)
beberapa titik esen pisang
badam cincang & sedikit hirisan pisang untuk hiasan
Cara membuat :
Hancurkan pisang dan letakkan 1/2 sudu kecil garam. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat kemudian pukulkan telur hingga berbuih (anggaran 1 minit) barulah dimasukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang.
Selepas itu masukkan pisang lecek dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum sedikit demi sedikit, beberapa titik esen pisang dan serbuk kayu manis. Akhir sekali masukkan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula.
Tuangkan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh, hias dengan badam cincang, hirisan pisang atau apa saja ikut pilihan. Bakar selama 18-25 minit pada suhu 170'C. (menghasilkan : 29 pieces)
Monday, April 22, 2013
KEK PISANG yang sangat sedap & gebu.
KEK PISANG CMG
KEK PISANG
rujukan dari : tiffinbiru - tqvm pada CMG
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tsp baking powder * ( * disatukan & ayak bersama)
150 gm pisang (dilecek)
150 gm gula perang (jika gula kastor : 170 gm)
3 biji telur (A)
120 gm minyak jagung
1 tbsp ovallet
beberapa titik esen pisang (optional)
secubit garam (optional)
beberapa hirisan pisang (optional)
sedikit badam cincang untuk taburan atas kek
Loyang : 8 inci persegi, digris & alas dengan kertas minyak
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sediakan acuan.
2. Lecek pisang, gula perang, garam dan ovallet hingga kesemuanya bergaul rata dan sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan tepung, minyak dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati.
5. Tuang ke dalam acuan, hiaskan dengan hirisan pisang dan tabur badam cincang.
6. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Tempahan Apam Polka Dot & Oreo Cupcakes
Tempahan Apam Polka Dot (50 pcs) & Oreo Cupcakes (1 set = 25 pcs)
saiz 2.5 oz dari Cik Echa, terima kasih sudi menempah.
Sunday, April 21, 2013
PUFF PASTRY APPLE PIE
PUFF PASTRY APPLE PIE
rujukan : tiffinbiru - tqvm to CMG
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Inti Apple Pie :
3 biji apple hijau (kupas kulit, potong dadu & rendam dalam air)
1 genggam kismis atau cranberry kering
1/4 tsp. serbuk kayu manis
2 tbsp. gula perang
1/2 tsp. tepung jagung *
2 tbsp. air * ( * disatukan & dikacau rata)
2 tbsp. mentega
1/2 tsp. jus lemon (optional)
Bahan-bahan lain :
8-10 keping puff pastry jenama KAWAN saiz 4" x 4"
1 biji kuning telur (untuk glis)
Cara membuat inti :
Kupas kulit apple kemudian potong dadu dan di rendam dalam air. Panaskan mentega di dalam periuk, toskan apple tadi dan masukkan ke dalam periuk. Gorengkan apple dengan mentega hingga layu. Masukkan kismis, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga apple lembut. Tambahkan jus lemon (jika guna) dan gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air tadi, kacau rata dan biarkan pekat. Tutupkan api dan sejukkan inti.
Cara penyediaan untuk puff pastry apple pie ikut pilihan. Bakar puff pastry selama 25 minit hingga keperangan pada suhu : 190'C.
Saturday, April 20, 2013
CHOCOLATE OREO CAKE
CHOCOLATE OREO CAKE
Birthday boy (my 3rd son) sedang memotong kek harijadinya
yang ke .....
CHOCOLATE OREO CAKE
source from : Cake Journal.com
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Ingredients :
2 cup all-purpose flour
2 1/4 cup granulated white sugar
1/2 cup powdered oreo cookies (separate the oreos and blend until powdered form)
1/2 cup cocoa powder
1/2 cup light olive oil (I use corn oil)
2 large eggs
1 cup full fat milk
1 cup hot water
2 tbsp vanilla essence
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
A pinch of cinnamon powder
Method :
1. In a bowl, add flour, cocoa powder, powdered oreo cookies, sugar, oil, vanilla, eggs, milk, cinnamon powder, baking powder, baking soda and mix everything until just combined.
2. Add in hot water.
3. Mix everything until the batter is well-blended.
4. Pour into a greased/floured 8 inch pan.
5. Bake at 350'F for about 45 minutes.
Chocolate Oreo Buttercream Icing :
3 1/2 cup icing sugar - sifted
1 cup softened unsalted butter
1/2 cup cocoa powder
1/2 cup powdered oreo cookies
1/4 tsp salt
1 tbsp vanilla essence
1 tsp almond extract
1/4 cup heavy cream + few additional tablespoons to reach the consistency you required
Method :
1. In a bowl, add butter and salt. Cream butter for a few minutes until it's no longer lumpy.
2. Add icing sugar, cocoa powder, powdered oreo cookies, vanilla, almond extract and mix at lowest speed.
3. Add 1/4 cup heavy cream and mix. Add more and keep mixing until you are satisfied with the consistency.
TIP : if your icing gets very runny, add more icing sugar to thicken it again.
Thursday, April 18, 2013
MANGGO PANNA COTTA
MANGGO PANNA COTTA
sumber : majalah SAJI Januari 2013
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
480 ml susu segar (2 cawan)
120 ml krim putar (1/2 cawan - whipping cream)
200 gm gula (1/4 cawan)
1 tsp esen vanilla
2 tsp serbuk gelatin + 3 tbsp. air panas
Bahan untuk puri mangga :
1 biji mangga masak
2 tsp gula
1 tsp jus lemon
Cara menyediakan :
1. Masukkan gelatin ke dalam air panas dan kacau rata. Biarkan ia kembang.
2. Masakkan susu, krim putar dan gula dengan api sederhana hingga kelihatan buih-buih di tepi periuk.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanilla. Kacau rata hingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam gelas tahan panas atau gelas yang sesuai.
5. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 hingga 6 jam. Sementara itu, sediakan puri mangga.
6. Kisar buah mangga hingga halus. Masukkan gula dan jus lemon. Sejukkan sebelum dihidangkan.
6. Kemudian tuangkan puri mangga ke atas panna cotta tadi. Hias ikut kreativiti anda.
TIPS : Biar panna cotta betul-betul set/mengeras. Kalau dituang puri mangga sebelum panna cotta betul-betul set, nanti puri mangga akan tenggelam ke dalam panna cotta itu.