KEK PISANG

Sunday, June 14, 2015

MINI POUND MARBLE CAKE

 sebelum dibakar
 selepas dibakar





MINI POUND MARBLE CAKE
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

125  gm  mentega  (SCS,Anchor, Emborg)
  60  gm  gula kastor
    2  biji  telur gred A
125  gm  tepung berserbuk penaik @ self- raising flour
 1/4  cawan  susu pekat manis
    1  tsp  esen vanilla
Badam cincang untuk hiasan
Kelapa parut panggang, untuk hiasan (tak letak)
      1  sudu besar penuh  serbuk koko*
   1/2  tsp  perisa mocha * (tak ada jadi ditukar kepada 1 tsp Nescafe Gold)
2 1/2  tbsp  air panas *  (* disatukan & kacau rata)


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C, lenser acuan bulat bersaiz 6.5 atau 7 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.  Jika menggunakan acuan berbentuk loaf, dilenser dengan mentega sahaja dan tidak perlu di alas dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Putar mentega dan gula kastor sehingga pucat.  Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tepung habis, putar sehingga rata.

3.  Masukkan susu pekat manis, esen vanilla, kacau rata.  Cedokkan keluar 1/3 adunan dan masukkan bancuhan koko (*) dan kacau rata.  Sudukan adunan kek tanpa warna ke dalam acuan 1/2 penuh.  Tambahkan adunan koko di atasnya (lebih kurang 2 camca teh penuh) dan lorekkan menjadi corak marble.  Buat sehingga siap.

4.  Taburkan badam cincang dan kelapa parut panggang (jika guna) di atasnya dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak sepenuhnya... (yields :  12 pcs)

TUMIS TAUGE






TUMIS TAUGEH
Oleh  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

500  gm  taugeh
    1  tangkai  cili merah  (dihiris)
    2  ulas  bawang merah  (dihiris)
    1  ulas  bawang putih  (dihiris)
    1  sudu makan  udang kering  (dicuci bersih & direndam seketika)
    1  ikat  daun kucai  (dipotong 1 inci)
    2  sudu besar  minyak masak
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Taugeh dibuang ekornya (jika perlu), dibasuh bersih kemudian ditoskan.
2.  Panaskan minyak.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi.
3.  Masukkan taugeh, cili, sedikit sos tiram dan garam.  Kemudian kacau rata.
4.  Akhir sekali masukkan daun kucai.  Apabila sudah agak layu, tutup api dan hidangkan.

Saturday, June 13, 2015

BUBUR JAGUNG BERSAGU

 Bubur jagung & jagung rebus





BUBUR JAGUNG BERSAGU
oleh  :  zaralovebaking..



Bahan-bahan :

3  batang  jagung yang dihiris  (anggaran 300 gm dan lebih sikit)
3  sudu besar  sagu biji halus atau kasar
4  cawan  air
2  cawan  santan pekat
3  keping  gula melaka atau gula merah secukupnya (kemanisan ikut citarasa)
2  helai  daun pandan, disimpul
secubit garam


Cara-cara :

1.  Masak gula melaka/gula merah dengan 1 cawan air sehingga gula larut kemudian ditapiskan.

2.  Di dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 3 cawan air sehingga separuh empuk.  Cuci biji sagu di dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung tadi.  Masak sehingga biji sagu menjadi separa jernih.

3.  Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, daun pandan dan garam.  Masak sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.  Padamkan api bila nampak sagu biji kelihatan jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan...

Friday, June 12, 2015

PLAIN VANILLA MUFFIN







PLAIN VANILLA MUFFIN
sumber dari  :  DapurTanpaSempadan ; thanks (yields :  11 pcs)



Bahan-bahan :

  250  gm  mentega
      3  biji  telur gred A
1 1/2  cawan  tepung naik sendiri
   3/4  cawan  gula kastor
   1/2  cawan  susu segar atau susu cair
   1/2  tbsp  esen vanilla
kepingan badam *
strawberry jem *  (* optional)


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  Aturkan papercups di dalam tin muffin.

2.  Putar mentega dan gula sehingga putih, masukkan telur satu demi satu sambil terus diputar sehingga kembang.

3.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis.  Masukkan esen vanilla dan kacau rata.  Sudukan 3/4 penuh ke dalam papercup.  Taburkan kepingan badam dan bakar selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.

4.  Untuk strawberry muffin :  sudukan 1/2 camca teh strawberry jem, taburkan badam keping dan bakar sehingga masak.

BLUEBERRY MUFFINS







BLUEBERRY MUFFINS
adapted from :   rasamalaysia.com ; thanks... (yields :  11 pcs)



Ingredients :

1 1/2  cups  all-purpose flour
      1  tsp  baking powder
   1/2  tsp  salt
   1/4  cup  sugar
    60  gm  unsalted butter, melted & cooled  (1/2 stick or 4 thsp)
      1  large egg, lightly beaten
   3/4  cup  plus 2 teaspoon milk
      1  cup  blueberries


Method :

1.  Preheat oven to 400'F/200'C.  Line a muffin pan with 10 paper muffin cups or spray with non-stick cooking spray.  If you have a 12-hole muffin pan, fill the two empty cups halfway with water.  This will keep the muffin moist while baking in the oven.

2.  Sift the flour, baking powder and salt into a large bowl.  Stir in the sugar.  In another bowl, combine together the melted butter, egg and milk.  Pour the wet ingredients over the dry ingredients and whisk until just blended (mixture should be slightly lumpy).

3.  Add the blueberries to the bowl and stir them in just enough to combine.  Do not over mix.

4.  Divide the batter evenly among the prepared muffin cups.  Bake the muffins until golden, for about 18-24 minutes.  Muffins are best served warm.

Wednesday, June 10, 2015

MANGO PANNA COTTA







STRAWBERRY OR MANGO PANNA COTTA
adapted from  :  homecookingadventure.com (makes :  4 servings) ; thanks..
tried by  :  M Amin Hakim my youngest son...



Ingredients :

200  ml  milk  (7 oz)
200  ml  whipping cream  (7 oz)
 1/2  tbsp  gelatin powder  (5 gm)
 1/4  cup  sugar
    1  tsp  vanilla extract


Strawberry Sauce :

450  gm  fresh strawberries  (1 pound)
    2  tbsp  water
 1/3  cup  sugar, or to taste  (70 gm)


Method :

1.  Dissolve gelatin in 2 tbsp cold water and let it swell for about 5 to 10 minutes.

2.  In a medium saucepan bring the cream, milk and sugar to a simmer over medium-low heat (Do not boil).  When sugar has dissolved remove from heat and add vanilla extract.  Let cool for 5 minutes before adding the gelatin.

3.  Add gelatin in the milk mixture and stir until the gelatin has completely dissolved.  Pour it in the serving glasses or ramekins and refrigerate until it sets, for about 4 hours or better overnight.

4.  To prepare the sauce :  wash the strawberries, drain well and remove leaves.  Cut strawberries in quarters.  In a small saucepan put the strawberries, sugar and water.  Bring to a  simmer and remove from heat immediately.

5.  Pour into the bowl of a blender or food processor and blend the mixture to make a smooth sauce.  Pass through a strainer to remove the seeds out of the sauce.  Cover and let it cool to room temperature then refrigerate until ready to serve.

6.  Before serving pour the strawberry sauce over the panna cotta and serve.


Mango Sauce :

450  gm  fresh mangoes  (peeled and cut into cubes)
    2  tbsp  water
 1/3  cup  sugar or to taste


Method :

     In a saucepan put the mangoes, sugar and water.  Bring to a simmer and remove from heat immediately.  Pour into the bowl of a blender and blend the mixture to make a smooth sauce.  Pass through a strainer to remove  any fiber out of the sauce.  Cover and let it cool to room temperature then refrigerate until ready to serve.

SAMBAL TELUR







SAMBAL TELUR
sumber  :  Chef Hanieliza ; thanks...



Bahan-bahan :

10  biji  telur rebus
  1  labu  bawang besar dimayang
  3  sudu besar  sos tomato
  1  sudu kecil  gula
garam, minyak


Bahan kisar :

20  tangkai  cili kering
  2  ulas  bawang putih
10  ulas  bawang merah
belacan  (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2.  Masukkan sos tomato, gula dan garam.  Kacau rata.
3.  Masukkan telur ke dalam sambal dan biarkan sebentar.
4.  Masukkan bawang besar dan kacau sedikit.
5.  Bila nampak bawang layu bolehlah masukkan sambal ke dalam pinggan dan hidangkan.

SAMBAL KICAP AYAM







SAMBAL KICAP AYAM
sumber  :  buku resipi Chef Hanieliza



Bahan-bahan :

500  gm  ayam
    6  biji  cendawan butang  (dihiris)
    5  sudu besar  kicap
    2  sudu besar  sos tomato
    3  sudu besar  minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


Bahan Kisar :

 15  tangkai  cili kering
   5  ulas  bawang merah
   1  labu  bawang besar
   3  ulas  bawang putih
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam, cendawan butang dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan sos tomato dan kicap.
5.  Masak sehingga naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.

TUMIS BAYAM




TUMIS BAYAM



Bahan-bahan :

1  ikat  bayam hijau
2  ulas  bawang merah  (hiris)
1  ulas  bawang putih  (hiris)
1  sudu makan  udang kering
2  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh.  Kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi.
3.  Masukkan bayam dan garam secukup rasa.  Masukkan sedikit air kemudian kacau rata.
4.  Apabila sudah layu dan mendidih, tutup api dan hidangkan.







Tuesday, June 9, 2015

SAMBAL WANGI UDANG








SAMBAL WANGI UDANG
sumber  :  buku resipi Hanieliza ; sedap sebab dimasak oleh anak bujang ku (Amin), hehe..




Bahan-bahan :

500  gm  udang besar (dibuang kulit)
    3  tangkai  daun kari
    1  labu  bawang besar  (dihiris)
    5  biji  limau kasturi  (diambil jusnya)
    3  sudu makan  minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

15  tangkai  cili kering
  5  ulas  bawang merah
  2  ulas  bawang putih
  1  sudu besar  udang kering  (direndam hingga sedikit lembut)


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan daun kari hingga wangi.
2.  Masukkan bahan yang dikisar, kemudian masakkan sehingga wangi dan naik minyak.
3.  Masukkan udang dan bawang besar.  Kemudian kacau rata.
4.  Apabila bawang sudah layu, tutupkan api dan tuangkan jus limau.  Kacau rata sekali lagi.
5.  Sedia dihidangkan.

INFO  :   Udang hanya perlu dimasakkan sebentar bagi mengelakkan isinya menjadi liat.

Saturday, June 6, 2015

NIGELLA CHOCOLATE CHOCOLATE-CHIP MUFFINS



 This Muffin was tried by my son..and it turns out moist and delicious.
It turns out successful.  Well done my son.  A good attempt..





NIGELLA CHOCOLATE CHOCOLATE-CHIP MUFFINS
adapted from  :   Nigella Lawson & rasa malaysia.com ; thanks..
tried by   :   M Amin Hakim with the help of his mother...




Ingredients :

1 3/4  cups  all-purpose flour
      2  tsp   baking powder
   1/2  tsp   baking soda
      2  tbsp  cocoa powder
   3/4  cup   superfine sugar
   3/4  cup   Hershey chocolate chips plus 1/4 cup for sprinkling
      1  cup   fresh milk
   1/3  cup   plus  2 tsp  vegetable oil
      1  egg grade A
      1  tsp  pure vanilla extract


Special equipment :     Mini muffin tin with paper muffin cases


Method :

1.  Preheat the oven to 400'F/200'C.

2.  Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa powder, sugar and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl.  Mix all the dry ingredients evenly, put aside.

3.  In another bowl, put in milk, vegetable oil, egg and vanilla extract.  Whisk all wet ingredients together until well combined.

4.  Slowly pour the wet ingredients into the dry ingredients, mix to combine.  Spoon the batter into the prepared muffin cases.  Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chip on top of each muffin and then bake for about 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy to the touch.

PUDING ROTI MARBLE


 Puding ini dibuat oleh anak bujang ku (yang bongsu) sementara menunggu offer dari universiti
dengan dipantau oleh ibunya sekadar menghabiskan masa. Lagipun boring katanya.
Jadi diminta ibunya mengajar untuk membuat puding dan muffin. Boleh jugalah nanti kedua-dua 
juadah ini dibawa ke rumah adik ipar yang akan mengadakan house warming sempena rumah baru dan menyambut bulan Ramadan nanti.  Cantik tak puding yang dibuat oleh anak bujang saya?  Jom kita intai resipinya....







PUDING ROTI MARBLE
buku resipi  :  Siri Blogger Masakan Siti Delima Yahya
dicuba oleh :  M Amin Hakim dengan kerjasama ibu ;...



Bahan-bahan :

      4  keping  roti tawar (Gardenia)  -  dibuang kerak tepinya
      2  biji  telur gred B
   1/2  cawan  susu pekat manis
  170  ml   susu cair
      8  gm  serbuk agar-agar
   1/2  cawan  gula pasir
      2  sudu besar  mentega  -  dicairkan
3 1/2  cawan  air
Pewarna makanan  -  ikut citarasa/pilihan


Cara Membuatnya :

1.  Masak 3 cawan air bersama serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk sehingga mendidih.

2.  Satukan roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki 1/2 cawan air dan kisar sehingga halus.  Kemudian campurkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.

3.  Masukkan mentega dan kacau rata sehingga mendidih.  Matikan api.

4.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Setiap satu bahagian diletakkan pewarna secara berasingan setiap satu, kacau rata.

5.  Tuangkan adunan berwarna tadi ke dalam loyang/acuan pilihan (yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu untuk memudahkan puding keluar dari loyang/acuan) secara berselang-seli.  Sesenduk adunan kuning, sesenduk lagi adunan hijau dan sesenduk lagi adunan merah.  Ulang proses melapis ini sehingga habis dan buat dengan cepat kerana adunan cepat membeku.

6.  Biarkan sehingga agar-agar sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Enak dihidangkan ketika dingin.

PAI TUNA










PAI TUNA
sumber  :  buku resipi Chef Noraini Zakaria
tested by  :   zaralovebaking ; ....




Bahan Pastri :

450  gm  tepung gandum  -  diayak
250  gm  mentega
    1  biji  telur gred B
    2  sudu besar  air
    2  sudu besar  gula
 1/2  sudu teh  garam halus


Inti Tuna :

    1  tin  kecil kepingan tuna (tuna flake)  -  dilecek
100  gm  keju cheddar
 1/2  batang  lobak merah  -  disagat kasar/halus  (tambahan)
    1  tangkai  cili merah atau cili benggala  -  dicincang
    1  biji  bawang besar  -  dicincang
    5  biji  cendawan butang  -  dihiris
100  ml   susu segar UHT (dalam kotak)
    1  biji  telur gred B
    1  sudu besar  tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Pastri  :  Satukan mentega, gula dan garam.  Putar sehingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi sehingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Putar pada kelajuan perlahan sehingga menjadi doh.

2.  Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  (Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia menggelembung).

3.  Inti  :  Ratakan ikan tuna di atas kulit pastri yang telah dibakar tadi.  Taburkan cili merah/benggala, keju cheddar, lobak merah sagat, cendawan butang dan bawang besar.  Ketepikan seketika.  Sementara itu, satukan susu, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas.  Kacau rata dan tuangkan di atas inti tadi.

4.  Bakar pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi sehingga keperangan atau sehingga masak sepenuhnya.  Enak dihidangkan bersama sos cili, sos tomato dan mayones.

Tempahan lagi!!!


 6/6/2015 (Sabtu)  -  Tempahan Apam Bengawan Solo
dari Pn. Zaharah (jiran) berintikan kelapa sebanyak 100 biji, terima kasih. Kebutulan nama kami sama..hihi


Thursday, June 4, 2015

BUTTERMILK WAFFLES









BUTTERMILK WAFFLES   (serves :  4)
adapted from  :  allrecipes.com/chelee ; thanks..
tried by  :  zaralovebaking.blogspot.com ; (soft & yummy)..




Ingredients :

   1  cup  all-purpose flour
   1  tbsp  white sugar
1/2  tsp  baking soda
1/4  tsp  salt
   1  cup  buttermilk
   1  large  egg
   1  tbsp  vegetable oil


Method :

1.  Preheat a waffle iron according to manufacturer's instructions. 
     Preheat oven to 275'F/135'C.  Set a wire rack on a baking sheet and place in the oven.

2.  Whisk flour, sugar, baking soda and salt together in a bowl.  Whisk buttermilk, egg and oil together in a large bowl.  Stir flour mixture into buttermilk mixture just until batter is combined.  (Don't over-mix.  There should be some lumps).

3.  Pour batter into preheated waffle iron, leaving about 1/2 inch border; close iron and cook according to manufacturer's instructions; 3 to 5 minutes.  Transfer cooked waffles to the rack in the oven.  Continue cooking waffles with remaining batter.

4.  Serves with jam, honey or with any fruits of your choice.

Wednesday, June 3, 2015

MANGO CHEESE CAKE











MANGO CHEESECAKE
sumber  :   mybakingworkshop ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...(sedap & yummy)




Bahan Base :

160  gm  biskut Marie , dihancurkan  (saya guna biskut oreo yang dihancurkan)
  20  gm  gula perang/brown sugar
100  gm  mentega , dicairkan


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan base dan tekankan di dalam loyang springform bersaiz 8 inci bulat yang telah digris dengan sedikit mentega.

2.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 160'C.  Biarkan sejuk.


Bahan Filling :

(A)  :   500  gm  cream cheese
           130  gm  gula kastor
             30  gm  tepung jagung

(B)  :        1  tbsp  jus lemon
                1  biji  parutan kulit lemon
            150  isi  mangga

(C)  :        3  biji  telur  gred 'A'

(D)  :    150  gm  UHT Whipping Cream


Mango topping :

(A)  :   1 1/2  tbsp  serbuk gelatin halal
               60  gm  air suam

(B)  :         1  biji  isi mangga

               50  gm  gula kastor
               80  gm  air


Cara membuat filling :

1.  Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.

2.  Satukan bahan B di dalam blender.  Kisar hingga halus.  Masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi.  Pukul sebati.

3.  Masukkan bahan C satu persatu.  Pukul sebati.

4.  Kemudian, masukkan D dan pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi base tadi.

5.  Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160'C guna api bawah sahaja.

6.  Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru disimpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.


Cara membuat mango topping :

1.  Satukan bahan A, biarkan selama 5 minit.  Kemudian, double boilkan sehingga larut sepenuhnya.  Ketepikan seketika.

2.  Satukan semua bahan B dan kisar hingga halus.  Letakkan di dalam mangkuk.  Masukkan larutan gelatin tadi, gaul rata guna hand whisk.

3.  Keluarkan kek dari peti sejuk.  Tuangkan mango topping di atasnya.  Sejukkan semula sehingga topping mengeras barulah dipotong untuk dihidangkan.