KEK PISANG
▼
Monday, August 29, 2016
KEK LEMON SEDAP & GEBU
KEK LEMON SEDAP & GEBU
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
230 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
260 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tbsp parutan kulit lemon dicampurkan dengan tepung gandum
60 ml air perahan lemon
Bahan Lemon Glaze : (kacau rata hingga gula larut)
120 gm gula halus/gula aising
4 tbsp jus lemon
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan pucat.
2. Masukkan esen vanilla diikuti telur satu persatu sambil dipukul hingga bercampur rata.
3. Masukkan campuran tepung gandum dan baking powder berselang-seli dengan air lemon hingga rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang loaf yang sudah digris dan dialas dengan kertas minyak.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit atau hingga masak sepenuhnya.
6. Tunggu sehingga kek sejuk dan barulah disiram dengan lemon glaze...
AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP
cookbook : 500 Juadah Pilihan Keluarga..Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam - potong kecil
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 batang daun ketumbar - hiris halus
1/2 cawan kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak.
2. Gaul ayam dengan garam serta digoreng hingga ayam masak.
3. Dalam kuali lain, panaskan 3 sudu besar lebihan minyak menggoreng ayam tadi.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau dan biarkan layu.
5. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kemudian masukkan kicap, kacau.
6. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata.
7. Masukkan ayam, gaul rata. Taburkan daun ketumbar.
8. Hidangkan bersama nasi putih..
ACAR TELUR
ACAR TELUR
cookbook : 500 Juadah Pilihan Keluarga...Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
2 biji telur
1 mangkuk air
3 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 tangkai daun bawang (saya guna daun sup)
50 gm lobak merah - hiris panjang
1 kelopak kubis - potong
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ikan bilis
Cara Memasak :
1. Telur direbus hingga masak. Kupas kulit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi.
3. Masukkan air, serbuk kunyit, garam dan kiub pati ikan bilis.
4. Masukkan kubis dan lobak merah. Biar hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
KUBIS GORENG
KUBIS GORENG
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
500 gm kubis
1 batang lobak merah saiz kecil
1/2 cawan ikan bilis - cuci bersih & toskan
3 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan lobak merah, sedikit air kemudian kacau rata dan biarkan hingga lobak merah sedikit lembut.
4. Masukkan kubis kemudian kacau rata. Rasakan garam.
5. Hidangkan.
CREPE DURIAN
CREPE DURIAN
sumber : FB/MAHN...
Bahan Kulit :
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar gula pasir/gula kastor
secubit garam
1 cawan susu segar
2 biji telur gred A/B
5 sudu besar air (kena agak-agak, kalau pekat tambah lagi sedikit air)
2 sudu besar minyak masak/minyak jagung
Pewarna kuning
Cara-Cara :
Campurkan kesemua bahan di atas, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus. Setelah siap diblender, tapiskan. Panaskan non-stick pan, sapukan sedikit minyak menggunakan tisu dapur kemudian tuangkan adunan anggaran 1 senduk dan lenggangkan menggunakan api kecil. Biarkan seketika dan angkat, tidak perlu diterbalikkan. Buat sehingga habis kesemua adunan.
Bahan Inti :
Whipping cream jenama Pride Value secukupnya
Isi durian segar secukupnya - dilecek
- Putar whipping cream sampai kental, bertanduk (letakkan di dalam peti ais sekejap), sedia untuk digunakan.
Cara Penyediaan :
Ambil sekeping kulit letakkan whipping cream, atasnya letakkan isi durian dan diikuti dengan whipping cream kemudian lipat bentuk empatsegi. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Sunday, August 28, 2016
20/8/2016 (Sabtu) - HARI PALAPES DI UM...
20/8/2016 - (Sabtu), Istiadat Pentauliahan Di Raja Pegawai Kadet PALAPES,
Universiti Awam ke-35, di Universiti Malaya, K.L
dirasmikan oleh DYM Sultan Nazrin,
Sultan Perak...
(anakanda ku Muhammad Ajwad Zikri Mohd Nor)...
PORTUGUESE EGG TART
PORTUGUESE EGG TART
sumber : Bicara Kak Noor; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
50 gm kuning telur (anggaran 3 biji)
25 gm gula kastor (tambah 1 sudu lagi gula)
60 gm susu segar full cream
100 gm dairy whipping cream
1/4 sudu teh esen vanilla
Puff pastry secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan tapis.
2. Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberapa bahagian.
3. Letakkan potongan puff pastry tadi dan tekankan perlahan-lahan dan kemas ke dalam acuan muffin.
4. Tuangkan adunan telur tadi sehingga hampir penuh.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180'C selama 30 minit api atas bawah.
6. Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan...
FROZEN BLUEBERRY LASSI
RESIPI FROZEN BLUEBERRY LASSI
sumber : MyResipi.com...
Bahan-Bahan :
1 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
4 sudu besar madu
270 gm frozen blueberry (resipi asal strawberry)
secubit garam
Cara Penyediaan :
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sehingga halus.
2. Tuangkan ke dalam gelas yang bersesuaian. Boleh tambah aiskrim atau krim putar (jika suka).
3. Siap dan sedia untuk diminum...
Friday, August 26, 2016
EASY APPLE GALETTE...
Saya guna ni jer..senang, rangup & yang penting sedapppp...
EASY APPLE GALETTE
adapted from : TipHero.com...
Ingredients :
1 circle refrigerated pie crust
2 large apples of your choice (a tart apple like Granny Smith) - peeled and cored - cut into slices
1/4 cup brown sugar
1/4 cup granulated sugar
1 tbsp all-purpose flour
1 tbsp lemon juice
1/8 tsp salt
1/2 tsp ground cinnamon or combination of cinnamon, nutmeg, cloves, allspice (optional)
2 tbsp unsalted butter
1 tbsp cream or half and half
1 tbsp coarse sugar
Method :
1. Preheat oven to 375'F.
2. On a baking sheet lined with parchment paper, carefully unroll the pie crust. Set aside while you prepare the filling.
3. Slice the peeled, cored apples in half, then turn each half so the flat-side is facing down and slice evenly into thin 1/8 inch slices.
4. In a medium-sized bowl, mix the apple slices with the granulated sugar and brown sugars, flour, salt, lemon juice and ground cinnamon (if using) until the apple slices are evenly coated in the sugar mixture.
5. Spoon all the apple filling into the middle of the pie crust, leaving about 2 inches of space around the edge of the circle.
6. Carefully fold the edges of the crust (it will cover 2-3 inches of the apple filling). The most important, make sure to not tear a hole in the crust where the filling could leak out.
7. Brush the outside of the crust with the cream, then sprinkle the apples with the coarse sugar over the crust, and add the butter in small pieces over the top. Sprinkle with ground cinnamon (if using).
8. Bake in the preheated oven for 35-40 minutes, until the crust is golden brown and the apples slices are tender. Best served warm with a scoop of vanilla ice-cream....