KEK PISANG

Sunday, May 24, 2015

KUIH BADAK BERENDAM








KUIH BADAK BERENDAM
buku resipi  :  Jom...Kuih Muih - Norzailina Nordin



Bahan Inti :

150  gm  kelapa parut putih
  50  gm  gula Melaka/merah
100  ml  air
  40  gm  gula pasir
    1  helai  daun pandan  -  disimpul


Bahan Doh :

260  gm  tepung pulut
  40  gm  tepung pulut hitam
260-280  ml  air
Garam secukup rasa


Bahan Kuah :

400  ml  santan
125  ml  air
    2  sudu besar  tepung beras
    2  helai  daun pandan  -  disimpul
  80  gm  gula pasir
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  INTI  :  Kacau kesemua bahan inti sehingga agak kering.  Angkat dan biarkan sejuk.
2.  KUAH  :  Campurkan santan, air, tepung beras, daun pandan, gula dan garam.  Masak sehingga mendidih.  Ketepikan.
3.  DOH  :  Gaulkan tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam.  Masukkan air dan uli menjadi doh.
4.  Bentukkan sedikit adunan menjadi bulat, isikan dengan inti kelapa.
5.  Bulatkan semula dan buat sehingga habis.
6.  Didihkan air dan masukkan bebola berinti tadi.  Bila timbul, angkat.  Letakkan ke dalam kuahnya.

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI








KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

4  ekor  ketam bunga sederhana besar  -  kerat dua
2  batang  serai  -  di titik
1  cawan  santan cair
1  cawan  santan pekat
1  keping  asam gelugur
2  biji  tomato  -  dipotong 4
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Bahan Kisar :

14  biji  cili padi
  4  ulas  bawang merah
  2  ulas  bawang putih
  1  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2.  Masukkan santan cair dan asam gelugur dan biarkan mendidih seketika.
3.  Masukkan ketam.  Kacau sesekali biarkan mesra dengan kuahnya.
4.  Masukkan santan pekat dan garam.  Kacau dan biarkan mendidih seketika.
5.  Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan biarkan mendidih seketika.
6.  Tutup api, kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak pecah minyak.  Bolehlah dihidangkan!!!




GORENG KACANG PANJANG BERTEMPE







GORENG KACANG PANJANG BERTEMPE
Oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com




Bahan-bahan :

   1  keping  tempe dalam paket  -  dihiris halus dan digoreng
   1  ikat  kacang panjang  -  dihiris serong
1/2  batang  lobak merah  -  dihiris ikut citarasa
   2  sudu makan  udang kering  -  direndam seketika
   3  biji  bawang merah  -  dihiris
   2  ulas  bawang putih  -  dihiris
   1  sudu makan  sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau harum.  Kemudian masukkan lobak merah, biarkan seketika sehingga sedikit lembut.  Masukkan sedikit air jika perlu.  Tambahkan kacang panjang diikuti dengan sos tiram, gaul sebati.  Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng tadi, kacau sebati.  Perasakan dengan garam secukup rasa.  Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Thursday, May 21, 2015

EPAL BAKAR BERBUNGKUS








EPAL BAKAR BERBUNGKUS
rujukan :  Majalah Sedap Mei 2013 ; (yummy)




Bahan Kulit :

100  gm  tepung gandum
 1/2  sudu makan  gula aising
    1  biji  telur gred A/B
 1/4  sudu teh  garam
200  ml  susu cair
    1  sudu makan  marjerin  -  cairkan


Bahan Inti :

150  ml  susu cair
  25  gm  gula pasir
  15  gm  tepung jagung
    1  biji  kuning telur
    1  sudu makan  mentega tawar
150  gm  epal hijau , potong dadu  (anggaran 3 biji saiz kecil)


Cara Membuat :

1.  Kacau rata bahan kulit hingga sebati.  Buat dadar di kuali rata kecil.  Ketepikan.

2.  Inti  :  rebus/masak susu cair, gula pasir dan tepung jagung sambil dikacau sehingga memekat dengan api kecil.  Matikan api.

3.  Masukkan kuning telur.  Kacau rata.  Nyalakan api semula.  Kacau sehingga meletup-letup.

4.  Masukkan mentega tawar dan epal.  Kacau rata sehingga epal sedikit lembut.

5.  Ambil sekeping kulit dadar tadi.  Masukkan inti.  Bentukkan empat segi.  Buat sehingga habis kulit dadar.

6.  Sapukan marjerin di kuali rata.  Letakkan epal yang sudah dibungkus tadi.  Balik-balikkan sehingga kecoklatan.

PUDING BANDUNG CINCAU










PUDING BANDUNG CINCAU
sumber  :   fizalgk ; thanks...




Bahan-bahan :

    10  gm  serbuk agar-agar
1 1/2  cawan  gula
      6  cawan  air
      1  tin  susu cair
  300  gm  cincau  -  dipotong halus atau disagat
Pewarna makanan merah jambu
Sedikit esen ros -  jika suka


Cara-cara :

1.  Campurkan kesemua bahan di atas kecuali cincau dan pewarna makanan ke dalam periuk.  Masak sehingga mendidih.

2.  Masukkan pewarna makan dan esen ros (jika suka).  Tutup api.

3.  Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu (untuk memudahkan puding keluar dari acuan) dan masukkan perlahan-lahan cincau yang telah dipotong halus tadi.

4.  Setelah puding agak suam, masukkan ke dalam peti sejuk. 

5.  Sejukkan.

Wednesday, May 20, 2015

PUDING KARAMEL PERASA KOPI






PUDING KARAMEL PERASA KOPI




Bahan-bahan :

   5  biji  telur gred A/B
   1  tin  susu cair
   1  tin  air  (sukat menggunakan tin susu cair)
1/2  cawan  susu pekat manis 
   1  tsp.  esen vanilla
   1  cawan  gula pasir  (buat gula hangus)
   1  tbsp  tepung kastad
   1  sachet  Nescafe 3 in 1

Loyang :  8 inci, bulat


Cara-cara :

1.  Buat gula hangus dahulu :  Masak gula pasir di atas api perlahan sehingga menjadi perang.  Kemudian tuangkan sedikit air panas dan masak sehingga gula larut.  Ketepikan.

2.  Ambil loyang, sapukan dasar dan kelilingnya dengan sedikit mentega.  Tuangkan air gula hangus tadi.  Ketepikan.

3.  Campurkan kesemua bahan puding dan pukul sehingga sebati.  Tapiskan jika perlu.

4.  Panaskan kukusan kemudian tuangkan adunan puding ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi.

5.  Kukus selama 30 minit.  Sejukkan di dalam peti sejuk.  (Sekiranya suka bolehlah dihidangkan dengan buah-buahan koktel atau ais krim vanilla).

NASI KABSAH AYAM










NASI KABSAH AYAM
Set beras dan rempah
Serves  4-5


Bahan-bahan :

Beras basmathi *
Rempah tumis kabsah *
Rempah serbuk kabsah *  (* ada dalam set)
  1  ekor  ayam  (sederhana)
  2  biji  bawang besar
10  biji  bawang putih
  2  tangkai  cili hijau
minyak masak
tomato puri
garam  (halalgel)

Perhatian!!

1 1/2  sudu besar  rempah serbuk kabsah untuk ayam panggang
      1  sudu besar  rempah serbuk kabsah untuk nasi


Ayam Panggang :

1.  Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabsah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak.  (Gaul sebati dan perapkan anggaran selama 30 minit atau lebih).

2.  Panggang/bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180'C.  Balik-balikkan ayam selepas 1/2 jam.

3.  Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.

Nasi :

1.  Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.

2.  Tumis 2 biji bawang besar (hiris), 5 ulas bawang putih (hiris), rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih, dan lumi), 1 sudu besar rempah serbuk kabsah dan 5 sudu besar tomato puree.

3.  Masukkan 600 ml air ke dalam tumisan.  Biarkan mendidih.

4.  Campurkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan rempah dan bawang tadi ke dalam rice cooker.

5.  Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam dan 2 tangkai cili hijau (jangan dihiris).

6.  Tanak nasi sehingga 80% masak kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi.  Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah.  Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.

Cara buat Sos Harrah :

2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, sedikit daun ketumbar, sedikit cili padi dan sedikit garam dikisar tanpa air.  Hidangkan.

Cara buat Salad Arab :

2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Tuesday, May 19, 2015

SERABAI dan KUAH DURIAN









SERABAI dan KUAH DURIAN
sumber  :  Chef Hanieliza ; thanks...



Bahan A :

2  cawan  tepung beras
1  cawan  nasi sejuk *
1  cawan  air *  (*  dikisar halus)
2  cawan  santan  (dari 1/2 biji kelapa)
1  sudu teh yis kering Mauripan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna pilihan (jika suka - resipi asal warna putih)


Bahan B :   (Kuah Durian)

1/2  cawan  gula perang *
1/2  cawan  gula *
1/2  cawan  air *  (*  dimasak sehingga pekat dan ditapiskan)
   2  cawan  santan  (dari  1/2 biji kelapa)
Isi durian secukupnya
Garam secukup rasa
   2  helai  daun pandan  (dikoyak dan disimpul)


Cara Membuat :

1.  Panaskan santan sekadar suam sahaja.

2.  Larutkan yis kering Mauripan di dalam santan suam.  Kemudian kacau rata.

3.  Campurkan kesemua bahan A sehingga sebati dan perapkan selama lebih kurang 2 jam.

4.  Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan sedikit dan masakkan sehingga adunan kelihatan berlubang.  Gunakan api yang kecil.

5.  Terbalikkan adunan dan masak lagi sehingga kelihatan kuning keemasan.  Angkat dan letakkan di dalam pinggan.

6.  Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga habis adunan.

7.  Masukkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.

8.  Sedia dihidangkan.

KEK CHIFON NUTRIFRES








KEK CHIFON NUTRIFRES
by  :   zaralovebaking...



Bahan A :

    5  biji  kuning telur gred 'B'
150  ml  pati jus Nutrifres
150  gm  tepung berserbuk penaik
  75  gm  gula kastor
    5  sudu teh  minyak jagung
sedikit chocolate chip  (optional)


Bahan B :

   5  biji  putih telur
1/2  sudu teh krim tartar
 75  gm  gula kastor


Cara membuat :

1.  Masukkan kesemua bahan A (kecuali chocolate chips) ke dalam mangkuk adunan.  Gunakan whisk tangan dan gaulkan dalam satu arah sehingga halus dan tercampur rata.

2.  Masukkan putih telur dan krim tartar ke dalam mangkuk adunan yang bersih, pukul dengan cepat sehingga berbentuk buih.

3.  Masukkan gula perlahan-lahan.  Teruskan pukul sehingga putih telur menjadi kaku berbentuk puncak kecil (stiff peaks).

4.  Tuangkan adunan A.  Kaupbalik satu arah sehingga tercampur rata.  Masukkan sedikit chocolate chips (jika guna) dan kaupbalik secara perlahan sehingga tercampur rata.

5.  Tuangkan ke dalam acuan chifon bersaiz 8 inci yang tidak berminyak.

6.  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama kira-kira 30 minit sehingga berwarna keperangan.  Tukar kepada suhu 180'C dan terus membakar sehingga masak dan berwarna kekuningan.

7.  Keluarkan dari ketuhar, terbalikkan dan biarkan sejuk.  Setelah sejuk keluarkan kek dari acuan.

PUDING MANGGA SEGAR









PUDING MANGGA SEGAR
sumber  :  Azie Kitchen ; thanks...



Bahan-bahan :

  10  gm  serbuk agar-agar
    4  cawan  air
 3/4  cawan  gula pasir
    1  tin  susu cair
    1  biji  mangga  -  isinya dikisar kasar dengan 1/2 cawan air


Cara-cara :

     Masak serbuk agar-agar bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih.  Rasakan kemanisan ikut kesesuaian.  Jika kurang manis, boleh ditambah gula.
     Satukan susu cair bersama mangga yang dikisar tadi.  Masukkan ke dalam periuk agar-agar dan perlahankan api.  Kacau sehingga ianya kelihatan hampir mendidih, terus tutupkan api.  Jika suka, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.  Tuangkan adunan puding ke dalam loyang/acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dulu.  Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

MANGO PANNA COTTA







MANGO PANNA COTTA
buku 'Idea Hidangan Parti' Chef Fazalina



Bahan-bahan :

 10  gm  gelatin halal
   3  sudu makan air
   2  cawan  susu penuh krim
1/4  cawan  gula
   1  sudu teh esen vanilla
   2  biji  mangga masak ranum


Cara-cara :

1.  Kupas kulit mangga kemudian potong dadu.  Satukan gelatin dan 3 sudu makan air di dalam gelas/bekas kecil.  Biarkan gelatin kembang.

2.  Masukkan susu dan gula ke dalam periuk kecil.  Panaskan sehingga kelihatan buih-buih pada bahagian tepi periuk.

3.  Tutup api dan alihkan periuk.  Masukkan esen vanilla dan gelatin ke dalam periuk.  Kacau sebati sehingga gelatin larut.

4.  Masukkan mangga yang dipotong dadu ke dalam campuran susu dan gelatin tadi.

5.  Kemudian tuangkan ke dalam acuan atau gelas-gelas kecil.  Simpankan di dalam peti sejuk supaya ia sejuk dan membeku.