Sunday, December 1, 2019
ASAM PEDAS AYAM ...
RESIPI ASAM PEDAS AYAM
sumber : Insta@resepisedap ...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ cuci bersih & dipotong kecil
1 batang serai ~ dititik
Daun kesum secukupnya (me : guna 1 ikat)
Sekuntum bunga kantan ~ dibelah 4/5
Air asam jawa (50 gm asam jawa biji + secawan air, diramas & tapis ambil jusnya)
3 cawan air
Sedikit lada hitam ~ tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
35 tangkai cili kering ~ gunting, rendam hingga lembut & toskan
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup periuk/kuali sehingga ayam mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam secukupnya. Gaul sebati. Tambahkan air secukupnya.
4. Akhir sekali, tutup periuk/kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang disukai.
5. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Labels:
Ayam
Saturday, November 30, 2019
IKAN KERISI TUMIS ASAM ...
IKAN KERISI TUMIS ASAM
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kerisi atau ikan apa-apa pun boleh
1 batang serai ~ dititik
2 sudu besar asam jawa ~ bancuh bersama 1/2 cawan air
Garam & sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
Minyak masak secukupnya
1 cawan air atau secukupnya
Bahan-Bahan Hiris :
2 tangkai cili hijau/merah
6 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasak :
1. Siangkan ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga separuh masak. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan dulu.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi, masukkan juga serai yang dititik tadi.
3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu. (ikut selera masing-masing yang nak kuah banyak atau sedikit).
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebentar. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Ikan
SAYUR PARK CHOY ...
RESIPI SAYUR PARK CHOY
sumber : www.rasa.my@Februari 2018 ...
Bahan-Bahan :
300 gm sayur park choy (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
1 batang lobak merah saiz kecil ~ dihiris membulat
3 biji bawang putih ~ ditumbuk kasar
2 sm halia ~ dicincang halus
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan (atau minyak biasa)
Garam & gula secukupnya
Sedikit serbuk perasa
1/2 sudu makan tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
2. Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit garam. Angkat dan toskan.
3. Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil, jika mahu. Ketepikan seketika.
4. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan lobak merah, biarkan lembut.
5. Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
6. Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
8. Tutupkan api. Akhir sekali curahkan sos/kuah di atas sayur park choy tadi.
9. Sebagai hiasan, taburkan bawang goreng, hirisan cili merah dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sayur
Friday, November 29, 2019
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN ...
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
RESIPI ASLI TEMERLOH
sumber : Azie Kitchen.com
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk gulai tempoyak
4 cawan air ~agak-agak pekat kuah yang disukai
1 biji cili merah (optional ~ untuk bagi kuah merah)
Segenggam cili padi merah ~ ikut kepedasan yang disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara Memasak :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2. Masukkan ikan dan kesemua bahan-bahan kecuali daun kesum ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia dihidangkan.
NOTA :
1. Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah ditambahkan sedikit asam keping/gelugor.
2. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
3. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan sepertimana yang dibuat oleh kedai-kedai makan di Temerloh.
Labels:
Ikan
SALAD TELUR ...
RESIPI SALAD TELUR
sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-Bahan :
Telur rebus ~ dibelah dua
Salad
Timun & tomato ~ dihiris nipis
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Cara Penyediaan :
1. Susunkan salad, timun, tomato dan telur rebus di dalam pinggan.
2. Tuangkan sos cili, sos tomato dan mayonis.
3. Sedia dihidangkan.
Labels:
Salad/Kerabu
Subscribe to:
Posts (Atom)