KEK PISANG

Wednesday, July 31, 2013

Ramadan 22

 Roti Jala & Serawa Durian




 Asam Pedas Ikan Tenggiri

BADAM CHOCOLATE CRUNCHY

 sebelum disalut breadcrumbs

 selepas disalut breadcrumbs





BADAM CHOCOLATE CRUNCHY



sumber :  Chef Fauziah di BAGUS 2007
oleh     :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

250  gm   mentega
120  gm   gula kastor
    1  tsp   chocolate emulco
 1/2  tsp   baking powder (paras) *
100  gm   serbuk badam
  50  gm   tepung jagung *
300  gm   tepung pau/Hong Kong/Red Rose * (* diayak bersama)


Hiasan :

Breadcrumbs oren/putih secukupnya
Dark cooking chocolate  (dicairkan)


Cara-cara :

1.   Putarkan mentega dan gula sekadar sebati saja (anggaran 3 minit).
2.   Masukkan bahan kering dan gaulkan sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3.   Canaikan dan terap dengan acuan pilihan.
4.   Bakar pada suhu 160'C selama 25 minit atau hingga masak menggunakan api atas bawah berkipas).
5.   Sejukkan dan  celupkan dalam chocolate cair, golek dalam breadcrumbs.

AYAM MASAK KICAP BERLADA HITAM








AYAM KICAP BERLADA HITAM



Oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :

   1   ekor     ayam  (dipotong kecil & digoreng hingga garing )
   3   tbsp      kicap pekat
   3   tbsp      sos tomato
   1   tbsp      lada hitam kasar
1/2   cawan   air
   3   tbsp      minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Bahan B (dikisar) :

4   biji   bawang merah
2   ulas  bawang putih
1   sm    halia


Bahan Hiasan  :  Cili merah  -  dihiris
                             Bawang besar  (dihiris bulat - 1 biji)


Cara Membuat :

1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.
2.   Masukkan air, kicap, sos tomato dan lada hitam kisar.  Biarkan hingga mendidih.
3.   Apabila mendidih, masukkan ayam serta bahan hiasan.
4.   Gaulkan dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan.

Monday, July 29, 2013

MOCHA CASABLANCA










MOCHA CASABLANCA



sumber  :  Siri Blogger Masakan Biskut Raya (Nor Azlita Masam Manis) &
                  Marhaini Mohd Ashari - SAJI Ogos 2012
dicuba   :  zaralovebaking



Bahan A :

210  gm   mentega
  80  gm   gula aising
    2  tsp   pes kapucino
 1/8  tsp   garam halus


Bahan B :

220  gm     tepung Red Rose *
  50  gm     tepung jagung *
  20  gm     tepung kentang *
    2  tbsp   susu tepung *
 1/8  tsp     serbuk penaik * (kesemua yang bertanda * hendaklah diayak)
  50  gm     coklat urai


Bahan Hiasan :   Cip coklat


Cara-cara :

1.   Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati.  (saya guna senduk kayu jer).
2.   Masukkan bahan B.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.   Masukkan doh ke dalam acuan bunga dahlia dan paipkan di dalam dulang pembakar.
4.   Hiaskan dengan cip coklat.
5.   Bakar pada suhu 150'C selama 25 minit.

CORNFLAKES GLACEE









CORNFLAKES GLACEE


sumber :  citarasawan
dicuba  :  zaralovebaking



Bahan A :

  60  ml      madu
  60  gm     mentega/marjerin
    1  tbsp   gula kastor
    1  tsp     esen vanilla


Bahan B :

200  gm   cornflakes  (ramas sikit)
  50  gm   bijan  (disangai dahulu)
  50  gm   ceri merah   )
  50  gm   ceri hijau     )  (dicincang/dihiris halus)
  50  gm   hirisan badam (jika suka - dibakar dahulu)


Cara-cara :

1.   Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga hampir pekat.  Tutup api dan masukkan bahan B dan gaul hingga rata dan sebati.

2.   Sudukan ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 160'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.

3.   Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sunday, July 28, 2013

BISKUT COKLAT CHIP










BISKUT COKLAT CHIP



sumber  :  MIDI Julai 2007
dicuba   :  zaralicious



Bahan-bahan :

   250  gm        mentega
 1 1/2  cawan   gula kastor
       1  biji        telur
       1  tsp        esen vanilla
       1  cawan   coklat chip
       1  cawan   kelapa kering  (kisar sikit jika perlu)
       3  tbsp      serbuk koko
 1 1/2  cawan   tepung naik sendiri
       1  cawan   tepung gandum
    1/2  cawan   walnut  (sangat & dicincang) atau kekacang lain


Cara-cara :

1.   Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2.   Masukkan telur dan kacau hingga rata.  Masukkan esen vanilla.  Gaulkan sebati.
3.   Ayakkan serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum bersama dan kemudian masukkan ke dalam adunan mentega tadi.  Kacau hingga rata dan sebati.
4.   Masukkan coklat chip, kelapa kering dan walnut cincang.  Gaul rata.
5.   Sudukan ke atas dulang pembakar yang telah digris.
6.   Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga masak.

 

Saturday, July 27, 2013

Juadah berbuka - Ramadan 18


 Roti Jala Berinti Kari Daging & Kentang



 Puding Longan DangDut - lembut seperti Taufufah

 Rendang Ayam

 Nasi Hujan Panas CMG

Friday, July 26, 2013

Ramadan 17

 Puff Pastry Inti Kari Daging & Kentang

 Fruit Tart with fresh cream & strawberry

Thursday, July 25, 2013

DOUBLE CHOCOLATE TART WITH CUSTARD FILLING








DOUBLE CHOCOLATE TART with CUSTARD FILLING



Oleh  :  citarasawan



Chocolate Tart Shell :

170  gm   marjerin
  50  gm   gula icing
    1  biji   telur (C)
250  gm   tepung superfine/gandum
  40  gm   serbuk koko
    1  tsp   esen vanilla
 1/4  tsp   emplex (optional)


Cara-cara :

1.   Ayakkan tepung, serbuk koko dan emplex.  Ketepikan.
2.   Pukul marjerin dan gula menggunakan senduk kayu hingga sebati.
3.   Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi hingga sebati.
4.   Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.  Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.   Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.  Trimkan bahagian atasnya.  Cucuk bahagian dasarnya dengan garpu sebelum dibakar.
6.   Bakar pada suhu 170'C hingga masak.  Sejukkan dahulu sebelum diisikan dengan filling kesukaan.  (saya guna custard filling).



Bahan-bahan Custard Filling :

400  ml     susu segar
100  gm    gula kastor
  60  gm    tepung kastad
    1  biji    kuning telur (B)
 1/2  tsp    esen vanilla
 1/2  tbsp  mentega

Hiasan :  buah strawberry/blueberry/kiwi/mandarin oren dsbnya.


Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan filling kastad kecuali mentega.  Masak di atas api sederhana hingga kental.  Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.

2.   Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan cling wrap untuk mengelak bahagian atas kastad mengeras dan simpan ke dalam peti sejuk.

3.   Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kulit tart, hiaskan dengan hirisan buah-buahan pilihan.

PULUT SERIKAYA









PULUT SERIKAYA



Oleh  :  yatiememories



Bahan Lapisan Bawah :

      2   cawan   beras pulut  (rendam selama 30 minit jika menggunakan pulut susu)
1 1/2   cawan   santan cair
   1/2   tsp.       garam halus
      1   tbsp.     minyak masak


Bahan Lapisan Atas :

      1   cawan   tepung gandum
      1   tbsp.     tepung jagung
      1   tbsp.     tepung beras
   3/4   cawan   gula melaka *  (hiris kecil)
   1/2   cawan   gula pasir *
      1   helai      daun pandan *
      1   cawan   air *  (yang bertanda * hendaklah dimasak hingga gula larut & ditapis)
      2   biji         telur
      2   cawan   santan pekat
   1/2   tsp.       garam
sedikit coklat emulco (untuk warna gelap sedikit)


Loyang :  10 x 10 x 2 inci, disapu sedikit minyak & dialas plastik


Cara-cara :

     Untuk Lapisan Bawah :  Cucikan beras pulut kemudian rendam 30 minit dan toskan.  Sementara itu panaskan kukusan, alaskan loyang dengan plastik yang disapu sedikit minyak pada permukaan plastik.  Masukkan pulut dan ratakan.  Satukan garam dan santan, kacau rata dan tuangkan ke atas pulut.  Masukkan minyak, kacau sedikit biar rata dan letakkan 1 helai daun pandan.
     Kukus selama 25 minit/hingga masak.

     Untuk Lapisan Atas :  Satukan kesemua bahan, kacau rata atau blender hingga sebati.  Tapiskan ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau hingga sedikit pekat (masak naik wap anggaran 5 minit).  Tutup api.

     Untuk pulut serikaya :  Pulut tadi ditekan hingga padat, ratakan.  Kemudian tuangkan lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus lagi selama 20-25 minit dengan api sederhana.