Pages

Wednesday, July 3, 2013

APAM HITAM MANIS






APAM HITAM MANIS


sumber :  buku resipi 'Minuman Petang'
dicuba  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

410   ml         susu cair
250   gm        mentega
    3   cawan   tepung gandum
    1   cawan   gula pasir
    1   cawan   air
    1   cawan   gula halus
    3   biji        telur
    2   tbsp      serbuk penaik
 1/2   biji        kelapa parut putih


Cara Membuat :

1.   Masak gula pasir dengan api kecil hingga cair dan berwarna coklat.
2.   Masukkan mentega, air dan dikacau hingga pekat dan sebati.  Sejukkan.
3.   Pukul telur dengan gula halus hingga hancur.  Masukkan serbuk penaik, susu cair, tepung gandum dan air gula yang di masak tadi.  Kacau hingga sebati.  (Tapis jika bergentel atau blender saja).
4.   Tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan yang dilenser dengan sedikit minyak dan kukus selama 15-20 minit.  Hidangkan dengan kelapa parut. (menghasilkan :  56 biji).

No comments:

Post a Comment