KEK PISANG

Saturday, August 12, 2017

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP...









MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
rujukan :    buatoranglapo.com;  (15 pcs)




Bahan A :

2  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonate
1 1/2  sudu teh  baking powder


Bahan B :

200  gm  pisang masak ranum  (lebih kurang  3-4 biji)
1/2  sudu teh  garam
2  biji  telur gred A/B
1 1/3  cawan  gula perang
1/2  sudu teh  esen vanilla
1/2  cawan  minyak masak
1/3  cawan  susu segar
1/2  cawan  coklat chip
Badam untuk hiasan  (tak letak)


Cara-Cara :

1.  Campurkan kesemua bahan A dan ayak.  Ketepikan.

2.  Lecek pisang hingga hancur dan letakkan garam.  Gaul rata.  Ketepikan.

3.  Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula dan esen vanilla.  Pukul lagi.

4.  Setelah adunan kembang, masukkan pisang lecek dan kacau sebati.

5.  Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula.

6.  Kemudian masukkan susu segar, kaup balik hingga sebati.

7.  Akhir sekali masukkan coklat chip, gaul rata.  (Jangan terlebih gaul).

8.  Sudukan adunan tadi ke dalam cawan kertas (jangan terlalu penuh).  Taburkan badam sebagai hiasan.

9.  Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.


NOTA :  Jika menggunakan gula putih@gula kastor, kurangkan sukatan gula kepada 3/4@1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih.
Jika ingin menggunakan pisang emas (anggaran 8-9 biji bergantung pada saiz pisang emas)..

IKAN SARDIN BERLADA...









IKAN SARDIN BERLADA




Bahan-Bahan :

8  ekor  ikan sardin  ~  disiang, cuci bersih & toskan
7  biji  limau kasturi  ~  diambil jusnya  (saya guna 1/2 biji lemon)
1  biji  tomato  ~  dibelah 6
1  sudu kecil  gula
1/2  cawan  minyak masak
1  sudu kecil  serbuk kunyit atau secukupnya
Garam secukup rasa


Bahan Kisar :

10  tangkai  cili kering  ~  direndam dalam air panas hingga lembut
5  biji  cili api
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Siangkan ikan sardin, basuh bersih dan toskan.
2.  Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3.  Gorengkan ikan sardin hingga garing.  Angkat dan ketepikan.
4.  Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
5.  Masukkan tomato, jus limau, gula dan garam.  Kemudian kacau rata.
6.  Masukkan ikan dan tutup api.  Sedia dihidangkan...

SUP ISI KETAM...









SUP ISI KETAM
rujukan :    www.rasa.my...




Bahan-Bahan :

1  tin  jagung manis  (tak letak)
1  biji  ubi kentang  ~  kupas kulit & potong dadu  (tambahan)
200  gm  isi ketam  ~  dicarik halus
2  biji  telur
1000  ml  air
1  kiub  pati ayam Knorr
1  sudu besar  tepung jagung  ~  dibancuh dengan sedikit air
1/2  sudu teh  garam
1  sudu teh  gula
Suun secukupnya  ~  direndam sehingga lembut  (tambahan)
Bawang goreng & hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Didihkan air di dalam periuk bersama kiub pati ayam.  Setelah kiub pati ayam larut, masukkan ubi kentang.  Biarkan sehingga ubi kentang empuk.  Kemudian masukkan isi ketam dan jagung manis.  Biarkan sehingga mendidih.  Masukkan garam dan gula secukupnya.

2.  Pecahkan telur di dalam mangkuk yang berlainan.  Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup.  Sentiasa dikacau untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.

3.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Masukkan juga suun (buang air rendamannya), jika guna.  Setelah mendidih matikan api.

4.  Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun bawang, jika suka...

AMERICAN PANCAKE...










AMERICAN PANCAKE
rujukan :    yatiememories; (lembut & gebu)...




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum
1  biji  telur gred A
1  cawan  buttermilk  (1 cawan  susu segar +  1 sudu besar jus lemon) 
1/2  cawan  gula kastor  (saya guna dalam 4 sudu besar jer)
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonate
1/2  cawan  minyak jagung/minyak masa  (saya guna 5 sudu besar jer)


Cara-Cara :

1.  Campurkan kesemua bahan dan kacau rata/sebati.

2.  Rehatkan adunan selama 20 minit.  Panaskan kuali non-stick pan dengan api perlahan.

3.  Tuangkan adunan dan biarkan sebentar (tutup kuali sebentar).  Bila pancake dan mula kelihatan berlubang-lubang dan agak kekuningan dibahagian bawah, terbalikkan dan masak sehingga kuning keemasan.  Angkat.  Hidangkan dengan syrup, butter atau buah-buahan segar...


** Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dengan menggunakan non-stick pan, guna api perlahan dan tidak perlu sapu butter/minyak pada pan.

*** Buttermilk :  Untuk membuat buttermilk, susu segar + jus lemon dicampur, kacau sebati dan rehatkan 10 minit baru digunakan...

Friday, August 11, 2017

JUS ALPUKAT...








JUS ALPUKAT
rujukan :    SAJI Online...




Bahan-Bahan :

1  biji  buah Avocado yang masak ranum
1  cawan  susu segar
2  sudu besar  susu pekat manis atau secukup rasa
Sedikit coklat cair (Hershey's) atau home-made sos coklat
Ais kiub secukupnya


Cara-Cara :

1.  Cedok buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan ke dalam pengisar.  Masukkan susu segar dan susu pekat manis.  Kisarkan sehingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambahkan sedikit air jika mahu jus sedikit cair.

2.  Picitkan coklat cair di sekeliling gelas minuman, tuangkan jus avocado dan hiaskan dengan coklat cair di atas (tambah rasa).  Masukkan ais kiub secukupnya.  Siap untuk dihidangkan....

CUCUR KEMBUNG VIRAL!!!










CUCUR KEMBUNG VIRAL
rujukan :    FB@Resepi Memikat Suami
Pemilik Resipi :    Yati Rahim...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  air panas  (betul-betul panas ~ masak di atas dapur)
3  sudu besar  gula
1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

1.  Campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk bersesuaian, gaul sebati.
2.  Masukkan air panas dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati, biarkan sedikit sejuk.
3.  Bila adunan sudah sejuk sedikit, ambil sedikit adunan dan bulatkan ikut saiz pilihan.  (saya menggunakan ice cream scoop untuk saiz yang sama).

** ok masa ini adunan akan melekat dekat tangan so nak bagi doh tu licin, calit sedikit air dekat hujung jari supaya doh tidak melekat di tangan.  Susun di atas tray/pinggan.

4.  Panaskan minyak, menggunakan kaedah minyak penuh.
5.  Bila minyak sudah panas, perlahankan api sedikit.
6.  Gorengkan bebola cucur tadi sambil di kacau-kacau agar sekata warna cucur sehingga keperangan.

Thursday, August 10, 2017

KEK PISANG GEBU...










KEK PISANG GEBU & LEMBAP
rujukan :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

5  biji  pisang emas  ~  lecek
1  cawan  gula kastor
1  cawan  minyak jagung
4  biji  telur gred A/B


Bahan Ayak :

1 1/2  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  baking powder


Bahan Lain :

1  sudu besar  jus limau nipis  (jika suka)
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Lenser mentega pada acuan loaf pan, alaskan dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga putih.  Masukkan pisang lecek dan kacau rata.

3.  Masukkan pula tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.  Kacau sebati dengan menggunakan spatula.

4.  Masukkan esen vanilla, jus limau nipis (jika guna) dan gaul sebati.  Tuangkan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak sepenuhnya...

AYAM MADU MERAH...









AYAM MADU MERAH
rujukan :    RASA Mac 2017...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  potong sederhana, gaul bersama garam & kunyit
7  sudu makan  pes cili kering
4  sudu makan  sos tomato
3  sudu makan  madu
50  gm  sayur campur  (saya guna 8 tangkai  kacang panjang, dipotong anggaran 1 inci)
4  batang  serai  ~  titik
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis


Bahan Kisar Kasar :

3  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
3cm  halia


Bahan Hiris :

3  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga 3/4 masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Menggunakan kuali yang sama, keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.  Tumiskan bahan kisar, serai dan bahan hiris sehingga wangi.
4.  Kemudian masukkan pes cili kering dan gula, gaul sehingga wangi.
5.  Seterusnya masukkan sos tomato, garam dan serbuk perasa secukupnya.
6.  Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air dan masukkan ayam yang digoreng dan sayur campur.  Kacau sehingga rata.
7.  Sebelum angkat masukkan madu dan kacau seketika dan angkat untuk dihidangkan...

SUP RASAM...









SUP RASAM
rujukan :    rasa.my...




Bahan A :

6  ulas  bawang putih  ~  diketuk
3  sudu besar  jintan manis  ~  ditumbuk kasar


Bahan B :

1  biji  bawang merah  ~  dihiris
4  tangkai  cili kering  ~  dipotong/digunting
1  biji  tomato  ~  dipotong baji
1  tangkai  daun kari


Bahan C :

1  liter  air
3  sudu besar  asam jawa  ~  dibancuh dengan sedikit air ambil jusnya
2  sudu besar  serbuk lada hitam
1/4  sudu teh  serbuk kunyit
2  sudu teh  gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak (anggaran 3 sudu besar), masukkan bahan A dan tumis sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sebati.  Biarkan seketika sehingga naik bau.
3.  Masukkan air, jus asam jawa dan serbuk kunyit.  Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula.
4.  Didihkan sup rasa lebih kurang 5 minit sebelum menutup api.


INFO :  Anda boleh menambah kacang dhal yang sudah direbus empuk ke dalam kuah rasam untuk kelainan dan boleh dinikmati roti atau capati.
     Sedap dimakan bersama sambal ikan/ayam/telur.  Amat sesuai untuk wanita bersalin dan yang menghidapi selsema...

WAFFLES...









CHOCOLATE WAFFLE
rujukan :    Tun Telani & TLC Cooking...




Bahan-Bahan :

2 1/2  cawan  tepung gandum
4  sudu besar  serbuk koko
5  sudu besar  gula kastor
3  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  garam
2  cawan  susu segar
2  biji  telur  (saya guna gred A)
4  sudu besar  minyak
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Sebatikan kesemua bahan-bahan atau boleh juga menggunakan pengisar.
2.  Tuangkan sesenduk adunan ke dalam waffle maker yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
3.  Biarkan masak lebih kurang 4 minit atau sehingga masak secukupnya bergantung pada waffle maker anda...