KEK PISANG

Monday, May 29, 2017

BADAK BERENDAM...









BADAK BERENDAM
rujukan :    Azie Kitchen...



Bahan Doh :    (anggaran :  20 biji)

2  cawan  tepung pulut
1 1/2  cawan  air perahan daun pandan  (saya guna 3 helai daun pandan)
1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

     Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan.  (Jika suka boleh diwarnakan ikut pilihan)


Bahan Inti :

2  cawan  kelapa parut muda yang putih
1  cawan  gula merah
1  helai  daun pandan -  disimpul
Gula pasir, jika suka


Cara-Cara :

     Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut.  Masukkan kelapa parut dan dikacau di atas api hingga kering.  Ketepikan dan biarkan hingga sejuk sebelum di bulat-bulatkan sebesar biji guli hingga habis.


Bahan Kuah :

2 1/2  cawan  santan
2  sudu besar  tepung beras
1/2  sudu kecil  garam
3  helai  daun pandan -  disimpul
Sedikit gula, jika suka


Cara-Cara :

Campurkan rata semua bahan-bahan kuah, lalu dikacau di atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit.  Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan :

Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan kemudian dileperkan.  Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat.  Buat hingga habis dan letakkan di atas plastik supaya tidak melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan hingga mendidih.  Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak hingga ianya timbul dipermukaan (seperti membuat kuih onde-onde).
Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam kuah...

IKAN SARDIN BERLADA...









IKAN SARDIN BERLADA
rujukan :    RASA Sisipan Oktober 2016...




Bahan-Bahan :

4  ekor  ikan sardin/selayang  -  bersihkan, lumur garam & kunyit
1  biji  bawang besar
7  biji  cili merah
7  biji  cili padi
2  ulas  bawang putih
4  biji  bawang merah
1  biji  tomato
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara Memasak :

1.  Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi.  Ketepikan.
2.  Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3.  Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
4.  Kemudian, angkat dan tuangkan kuah/sambal di atas ikan, sedia dihidangkan...

TUMIS SUHUN PETOLA...








TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan :   RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

250  gm  petola  -  buang kulit ari & hiris bulat  (anggaran 1 batang saiz sederhana)
100  gm  suhun  -  direndam  (anggaran 1 paket kecil)
1  sudu teh  udang kering  (saya guna ikan bilis)
3  biji  bawang merah  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
2  cm  halia muda  -  dihiris
1  sudu teh  serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga berbau wangi.
2.  Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3.  Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4.  Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5.  Selepas dua atau tiga minit, tutup api dan hidangkan panas-panas...

Sunday, May 28, 2017

RESIPI PUTERI AYU...









RESIPI PUTERI AYU
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :   (17 biji)

1  biji  telur gred A  (jika guna B =  2 biji)
80  gm  gula kastor
80  ml  pati santan
1/2  sudu teh  pes pandan
1/2  sudu teh  ovallate
90  gm  tepung gandum *
1/2  sudu besar  tepung ubi *  (* disatukan & diayak)


Gaul rata :

1  cawan  kelapa parut putih
1  sudu besar  tepung jagung
1/4  sudu teh  garam halus


Cara-Cara :

1.  Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 sudu teh parutan kelapa dan tekan sampai padat.  Ketepikan.

2.  Putar gula dan ovallate sehingga rata.  Masukkan telur dan putar sehingga kembang.  Masukkan pes pandan dan gaul rata.  Perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan sehingga habis.  Gaul sehingga sebati dengan spatula.

3.  Sudukan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan kelapa tadi.  (saya masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan yang telah diisikan kelapa).  Kukus di atas air mendidih selama 15 minit menggunakan api sederhana besar.  (Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu).  Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan kuih dari acuan.  Sedia dihidangkan...

RESIPI AYAM BUTTERMILK...









RESIPI AYAM BUTTERMILK




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  potong kecil-kecil
4  sudu besar  mentega
1/2  biji  bawang besar Holland atau bawang besar biasa  -  potong dadu
3  ulas  bawang putih  -  cincang halus
1  sudu besar  cili merah   -  cincang
2  biji  cili padi  -  cincang
2  pelepah  daun kari
2  keping  cheese cheddar
230  ml  susu cair  -  ikut kepekatan disukai
Sedikit serbuk perasa pati ayam Knorr  -  optional
Garam & gula secukupnya
Serbuk lada hitam


Bahan Perap :

1  sudu teh  garam
1/2  sudu besar  gula
2  sudu teh  serbuk kari ayam/daging
1  sudu besar  tepung gandum
1  biji  telur


Cara Memasak :

1.  Perapkan ayam dengan bahan perap selama 1 jam atau lebih.  Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.  Angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan kuali dengan mentega hingga cair dan tumiskan bawang putih, cili merah, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

3.  Masukkan susu cair dan bawang besar dan masak sehingga mendidih.  Masukkan pula cheese cheddar.  Masukkan serbuk perasa pati ayam Knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

4.  Masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya.  Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN...









BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  cawan  kacang hijau
1 1/2  keping  gula melaka
1 1/2  cawan  gula pasir
2  helai  daun pandan  -  disimpul
2  cawan  air
2  cawan  santan
4-5  ulas  durian
Garam secukupnya


Cara-Cara :

1.  Di dalam kuali, goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit.  Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam, bilas dan toskan.

2.  Dalam periuk sederhana, didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api perlahan.  Kacau sehingga semua gula larut dan kemudian tapiskan.

3.  Di dalam periuk lain, rebus kacang hijau yang ditoskan tadi sehingga kembang dan empuk.  Kalau suka, masukkan sagu mata ikan  (anggaran 1/2 cawan atau ikut suka banyak yang disukai). 

4.  Masukkan pula cairan gula yang ditapis tadi dan isi durian.  Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

5.  Masukkan santan dan kacau lagi sehingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya santan tidak pecah minyak.  Rasa kemanisannya dan tutup api.

6.  Sedia dihidangkan...

Friday, May 26, 2017

IKAN PATIN TEMPOYAK...










IKAN PATIN TEMPOYAK
rujukan :    SAJI Mei 2012...




Bahan-Bahan :

4  keping  ikan patin
10  tangkai  cili padi  -  tumbuk
1  inci  kunyit hidup  -  tumbuk
1  ikat  daun kesum
1  batang  bunga kantan  -  dibelah 2 atau 4
5  sudu besar  tempoyak
Air secukupnya untuk kuah  (anggaran  2 cawan atau lebih jika suka berkuah)
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup.  Jangan sampai terlalu hancur.  Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

2.  Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kesum dan bungan kantan.  Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan mendidih.

3.  Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.  Biarkan ia merenih dan mendidih seketika.  Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.

4.  Sedia untuk dihidangkan.


INFO :

1.  Kalau tempoyak kurang masam, boleh ditambah dengan sedikit asam keping.
2.  Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkn bau banyir ikan sungai.
3.  Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan...

BENDI GORENG TUMIS...








BENDI GORENG TUMIS
rujukan :    RASA Disember 2016...




Bahan-Bahan :

10  batang  bendi  -  bersihkan & potong menyerong
2  sudu makan  kicap manis
2  sudu makan  sos tiram
Minyak masak secukupnya


Bahan Kisar :

2  biji  bawang merah
1  ulas  bawang putih
1  sudu makan  udang kering  (saya guna ikan bilis)
1  biji  cili merah


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan bendi, sos tiram dan kicap manis.  Gaul sehingga masak.  Perasakan dengan garam secukup rasa.
3.  Angkat dan sedia dinikmati...


INFO :  Tidak perlu goreng bendi terlalu lama agar ianya masih rangup bila dimakan...

Thursday, May 25, 2017

APAM KELEDEK UNGU...











APAM KELEDEK UNGU
rujukan :    rezwati.blogspot.my
resipi asal :    SecubitGaramNor67...




Bahan-Bahan :    (22 biji)

1/2  cawan  gula pasir
200  ml  air
1  helai  daun pandan  -  disimpul
2  cawan  tepung beras
3/4  cawan  tepung gandum
1  cawan  keledek rebus
1  sudu teh  yeast Mauripan
1  sudu teh  baking powder
250  ml  susu cair  (resipi asal menggunakan santan)
Sedikit garam halus


Cara-Cara :

1.  Keledek rebus diblend/kisar bersama dengan susu cair/santan (biarkan sebentar).

2.  Di dalam periuk kecil, masak gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula hancur.  Ketepikan dan sejukkan sebentar.

3.  Di dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,  yeast Mauripan, baking powder dan garam, sebatikan.

4.  Kemudian satukan kesemuanya ke dalam blender/pengisar dan kisarkan sebati.  (Saya guna hand whisk sahaja).

5.  Perapkan adunan selama 1 jam hingga naik berganda.  Sapukan sedikit minyak pada acuan-acuan kecil.

6.  Sementara itu panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih.  Kukus kuih apam selama 15 minit menggunakan api sederhana.  (Kalau menggunakan loyang besar, kukus kuih apam selama 40 minit sehingga masak sepenuhnya).

7.  Apam ini boleh dimakan bersama kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam halus, jika suka.  Makan macam ni pun sedap juga...


TIPS :  Cara K.Nor, selepas adunan diperap selama 1 jam, masukkan ke dalam acuan-acuan kecil yang sudah disapu minyak.  Isikan 3/4 penuh acuan, biarkan lagi lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi) barulah dikukus sehingga masak...

Wednesday, May 24, 2017

MUFFIN PISANG...









MUFFIN PISANG
rujukan :    Surianti Ramli...




Bahan-Bahan :   (10 biji)

5  biji  pisang emas  -  dilecek
1 1/2  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonat *
1/2  cawan  gula perang
1  sudu teh  esen pisang
1/3  cawan  minyak jagung
1/3  cawan  susu segar
1  biji  telur gred A/B
1/2  cawan  chocolate chip atau chocolate rice (pilih ikut suka)
Badam cincang untuk hiasan di atas muffin , jika suka


Cara-Cara :

1.  Satukan dan ayak bahan-bahan bertanda (*).  Ketepikan.

2.  Di dalam mangkuk besar, satukan gula perang, minyak jagung, susu segar, telur, esen pisang dan pisang lecek.  Kacau rata menggunakan senduk/spatula ataupun whisk tangan sekejap sahaja.

3.  Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan ayak tadi dan masukkan chocolate chip atau chocolate rice dan gaul sehingga rata.  Jangan terlebih gaul nanti muffin menjadi keras setelah siap dibakar.

4.  Sediakan loyang muffin, letakkan cawan kertas.  Sudukan adunan sehingga memenuhi 3/4 cawan kertas.

5.  Taburkan badam cincang.  Bakar selama 23 minit pada suhu 180'C atau sehingga masak sepenuhnya, (panaskan oven terlebih dulu sebelum memasukkan muffin di dalam oven)...

PURPLE SWEET POTATO CHIFFON CAKE...










PURPLE SWEET POTATO CHIFFON CAKE
adapted from :    anncoojournal.com




Ingredients :

70  gm  plain flour *
2  tbsp  corn flour *  ( * sift together )
3  egg  yolks  (about 55 gm)  (I use grade A egg)
40  gm  caster sugar
60  ml  fresh milk
1/2  tsp  lemon juice
100  gm  purple sweet potato -  mashed
60  gm  purple sweet potato -  cubes
50  gm  canola oil  (I use corn oil)


Meringue :

4  egg  whites  (about 165 gm)
1/2  tsp  cream of tartar
45  gm  caster sugar


Directions :

1.  Wash and peel the sweet potatoes, cut into small chunks.  Steam sweet potatoes for about 15 minutes or until soft.  Blend 100 gm with 60 ml fresh milk to smooth paste.  Dice remaining sweet potato to small cubes, set aside for later use.

2.  Preheat oven at 165'C.  Sift flour and corn flour together into a bowl and set aside.

3.  Combine egg yolks and sugar in another bowl, mix well.  Add sweet potato paste and lemon juice, mix well followed by oil and blend well.  Sift in flour mixture the second time into egg yolk mixture, mix well.

4.  Make meringue :  Combine sugar and cream of tartar.  Beat egg whites until foamy.  Then add sugar mixture in 3 separate rounds and beat until egg whites are glossy, with stiff peaks form.

5.  Fold 1/3 of egg whites into the yolk mixture.  Then pour in the rest of the egg whites and fold gently until combined with a rubber spatula.

6.  Pour 1/2 batter into the prepared ungreased 20cm tube pan and sprinkle sweet potato cubes over it and cover with remaining batter.  Gently tap the pan on the table top to release air bubbles.  Bake at 2nd lower rack in the oven for about 50 minutes or until cooked through.

7.  When the cake is done, remove from oven and invert the pan over.  Leave cake to cool in pan completely before unmoulding from the pan.  Once cooled, slice and serves...