KEK PISANG

Tuesday, May 23, 2017

PISANG LAGI!!!!









LEMPENG PISANG OAT
rujukan :    tiffinbiru@CMG...



Bahan-Bahan :

250  gm  pisang  -  dilecek halus
200  ml  susu segar  (atau :  100 ml susu segar + 100 ml air)
1  cawan  quaker oats
3/4  sudu teh  baking powder
Sedikit gula jika perlu
Garam secukup rasa
Madu untuk hiasan
Mentega untuk hiasan
Sedikit hirisan pisang untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Satukan  kesemua bahan-bahan di atas kecuali madu, mentega, hirisan pisang dan garam.  Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.  Rehatkan bancuhan tadi selama 5 minit, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.  (Saya masukkan sedikit tepung gandum anggaran 2 sudu makan).

2.  Lenserkan kuali non-stick dengan sedikit minyak (atau gunakan paper towel bersih, celupkan sedikit ke dalam minyak dan sapukan di atas kuali), panaskan dengan api sederhana.

3.  Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper-leperkan sedikit.  Tutup permukaannya dengan penutup, selepas 1-2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang-lubang, bolehlah diterbalikkan lempeng.  Masak sekejap lagi.  Angkat dan buatkan kaedah yang sama untuk baki adunan.

4.  Hidangkan bersama hirisan pisang, mentega dan madu...

No comments:

Post a Comment