KEK PISANG

Sunday, December 1, 2019

ASAM PEDAS AYAM ...









RESIPI ASAM PEDAS AYAM
sumber :    Insta@resepisedap ...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam   ~  cuci bersih & dipotong kecil
1  batang  serai   ~  dititik
Daun kesum secukupnya   (me :  guna 1 ikat)
Sekuntum bunga kantan   ~  dibelah 4/5
Air asam jawa   (50 gm asam jawa biji + secawan air, diramas & tapis ambil jusnya)
3  cawan  air
Sedikit lada hitam   ~  tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

35  tangkai  cili kering   ~  gunting, rendam hingga lembut & toskan
7  ulas  bawang merah
5  ulas  bawang putih
1  inci  kunyit hidup
1  inci  halia
Sebesar saiz ibu jari  belacan


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak di dalam periuk/kuali.  Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing dan pecah minyak.

2.  Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum.  Gaul sebati dan tutup periuk/kuali sehingga ayam mengecut.

3.  Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.  Masukkan pula garam dan lada hitam secukupnya.  Gaul sebati.  Tambahkan air secukupnya.

4.  Akhir sekali, tutup periuk/kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang disukai.

5.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Saturday, November 30, 2019

IKAN KERISI TUMIS ASAM ...









IKAN KERISI TUMIS ASAM
sumber :    yatiememories ...




Bahan-Bahan :

5  ekor  ikan kerisi atau ikan apa-apa pun boleh
1  batang  serai   ~  dititik
2  sudu besar  asam jawa   ~  bancuh bersama 1/2 cawan air
Garam & sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
Minyak masak secukupnya
1  cawan  air atau secukupnya


Bahan-Bahan Hiris :

2  tangkai  cili hijau/merah
6  tangkai  cili padi
1  labu  bawang besar
2  ulas  bawang putih
2  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Siangkan ikan, cuci bersih dan toskan.  Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit.  Goreng sehingga separuh masak.  Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan dulu.

2.  Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi, masukkan juga serai yang dititik tadi.

3.  Setelah wangi, masukkan air asam jawa.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.  (ikut selera masing-masing yang nak kuah banyak atau sedikit).

4.  Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebentar.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

SAYUR PARK CHOY ...









RESIPI SAYUR PARK CHOY
sumber :    www.rasa.my@Februari 2018 ...




Bahan-Bahan :

300  gm  sayur park choy   (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
1  batang  lobak merah saiz kecil   ~  dihiris membulat
3  biji  bawang putih   ~  ditumbuk kasar
2  sm  halia   ~  dicincang halus
4  sudu makan  sos tiram
1  sudu teh  minyak bijan (atau minyak biasa)
Garam & gula secukupnya
Sedikit serbuk perasa
1/2  sudu makan  tepung jagung   ~  dibancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
2.  Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit garam.  Angkat dan toskan.
3.  Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil, jika mahu.  Ketepikan seketika.
4.  Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.  Masukkan lobak merah, biarkan lembut.
5.  Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya.  Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
6.  Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
7.  Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
8.  Tutupkan api.  Akhir sekali curahkan sos/kuah di atas sayur park choy tadi.
9.  Sebagai hiasan, taburkan bawang goreng, hirisan cili merah dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, November 29, 2019

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN ...









MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
RESIPI ASLI TEMERLOH
sumber :    Azie Kitchen.com




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan patin saiz sederhana
2  senduk gulai  tempoyak
4  cawan  air   ~agak-agak pekat kuah yang disukai
1  biji  cili merah   (optional  ~  untuk bagi kuah merah)
Segenggam cili padi merah   ~  ikut kepedasan yang disukai
1  inci  kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam


Cara Memasak :

1.  Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup.  Jangan sampai terlalu hancur.  Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

2.  Masukkan ikan dan kesemua bahan-bahan kecuali daun kesum ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan mendidih.

3.  Setelah mendidih, masukkan daun kesum.  Masak dalam 2-3 minit sahaja.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Sedia dihidangkan.


NOTA :

1.  Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah ditambahkan sedikit asam keping/gelugor.
2.  Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
3.  Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan sepertimana yang dibuat oleh kedai-kedai makan di Temerloh.

SALAD TELUR ...









RESIPI SALAD TELUR
sumber :    hanamemories.blogspot.com




Bahan-Bahan :

Telur rebus   ~   dibelah dua
Salad
Timun & tomato   ~  dihiris nipis
Sos cili
Sos tomato
Mayonis


Cara Penyediaan :

1.  Susunkan salad, timun, tomato dan telur rebus di dalam pinggan.
2.  Tuangkan sos cili, sos tomato dan mayonis.
3.  Sedia dihidangkan.

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM ...









SAYUR CAMPUR SOS TIRAM
sumber :    sajiandapurbonda.blogspot.com




Bahan-Bahan :

2  biji  bawang merah   ~  dihiris halus
4  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
Sedikit ikan bilis
1  sudu besar  sos ikan/sos sotong
5  sudu besar  sos tiram   ~  dibancuh dengan sedikit air
1  sudu teh  serbuk lada hitam
1  sudu teh  serbuk pasti sedap Knorr
1  biji  cili merah   ~  dihiris
Air secukupnya   ~  untuk kuah
1  sudu teh  tepung jagung   ~  dibancuh dengan sedikit air  (jika suka) untuk memekatkan kuah
Garam & gula secukup rasa
1  sudu besar  minyak masak untuk menumis


Bahan Sayuran :

Bunga kobis ***
Lobak merah ***
Putik/baby jagung ***
Tomato ***
Kacang sepat ***

***   Cara pemotongan & kuantiti sayur ikut citarasa.


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.

2.  Selepas itu masukkan sos tiram bersama air.  (Air yang digunakan ikut citarasa kepada banyaknya kuah yang disukai).

3.  Perasakan dengan sos ikan, serbuk lada hitam, serbuk pasti sedap Knorr, garam dan gula secukupnya.  Kacau dan masak sehingga mendidih.

4.  Masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali tomato.  Biarkan mendidih seketika.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.  Kacau sehingga sayur-sayuran mesra dan sebati.  Akhir sekali masukkan tomato dan cili, kacau sekejap.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

Thursday, November 28, 2019

MAYONIS COKLAT MUFFIN ...








RESIPI MAYONIS COKLAT MUFFIN
sumber :    FB@Aznie Khasri




Bahan A :    (cairkan)

250  gm  dark cooking chocolate
250  gm  butter


Bahan B :    (sebatikan)

4  biji  telur gred A
225  gm  gula kastor
160  gm  mayonis
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan C :    (diayak)

170  gm  tepung gandum
50  gm  serbuk koko
1/2  sudu teh  soda bikarbonate


Bahan D :

350  gm  coklat chip


Cara-Cara :

~   panaskan oven pada suhu 200'C.
~   cairkan butter bersama dark cooking chocolate dengan cara double boil hingga larut.
~   sebatikan bahan B di dalam mangkuk bersesuaian.
~   masukkan bahan A yang telah dicairkan, gaul sehingga sebati.
~   masukkan bahan C sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati, tak perlu gaul lama-lama, gaul cukup sehingga sebati saja.
~   masukkan coklat chip, gaul sehingga rata dan sebati.
~   sudukan ke dalam muffin liner 3/4 penuh, taburkan sedikit coklat chip (jika suka) di atasnya.
~   turunkan suhu kepada 175'C dan bakar selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing).
~   Siap !!!





KAILAN IKAN MASIN ...









RESIPI KAILAN IKAN MASIN
sumber :    Surianti Ramli




Bahan-Bahan :

2  ikat  sayur kailan   ~  dicuci bersih & dipotong
5  ulas  bawang putih   ~  diketuk
1  labu  bawang besar   ~  dipotong baji
2  biji  cili merah   ~  dihiris
2  keping  ikan tenggiri jeruk   ~  dibersihkan & dipotong kecil
1  biji  limau kasturi   ~  diperah ambil jusnya
2  sudu besar  sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.  Goreng ikan tenggiri jeruk sehingga sedikit garing.  Masukkan bawang putih, kacau rata sehingga harum baunya.

2.  Masukkan sedikit air dan sos  tiram.  Biarkan mendidih sekejap.

3.  Masukkan sayur kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau kasturi.  Kacau rata sebentar.

4.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

IKAN KEMBUNG GORENG CILI ...









IKAN KEMBUNG GORENG CILI
sumber :    Insta@majalahrasa ...




Bahan-Bahan :

6  ekor  ikan kembung   ~  dilumur garam kunyit & digoreng  (me : guna ikan sardin)
4  sudu makan  kicap manis
2  sudu makan  kicap pekat
4  sudu makan  sos cili
5  biji  cili padi   ~  dikisar
4  biji  bawang merah   ~  dikisar
2  ulas  bawang putih   ~  dihiris
1  biji  bawang besar Holland   ~  dihiris
1  cm  halia   ~  dihiris halus
1  biji  tomato   ~  dibelah 6   (me :  tambah)
Sedikit serbuk lada hitam
8  biji  cili padi   ~  dibuang tangkai
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.  Tumis bahan yang dikisar sehingga garing berbau wangi.

2.  Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi.  Kacau sehingga naik bau.

3.  Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili.  Kacau rata.  Tambahkan sedikit air.  Biarkan mendidih.

4.  Masukkan ikan yang digoreng dan tomato.  Perasakan dengan garam secukupnya, jika perlu.  Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.

5.  Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 27, 2019

DAGING MASAK HITAM ...









RESIPI DAGING MASAK HITAM
sumber :    www.rasa.my
kredit to :   delimazamrud.my




Bahan-Bahan :

1  kg.  daging   (me :  guna daging batang pinang)
1/2  botol kecil  kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka secukupnya
Garam secukup rasa
1  sudu kecil  air asam jawa
1  biji  bawang besar   ~  dimayang, untuk hiasan
Minyak masak


Bahan Dikisar :

10  batang  serai
10  tangkai  cili kering   ~   rendam hingga lembut & toskan, boleh tambah jika suka pedas
4-5  inci  halia
3  biji  bawang besar kuning
6  biji  buah keras
1  labu  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, masukkan daging dan dikacau rata.
2.  Kemudian masukkan bahan kisar.  Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
3.  Akhir sekali masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
4.  Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan.  Sesuaikan rasa, tutup api, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, November 25, 2019

KURMA TELUR TANPA SANTAN ...









RESIPI KURMA TELUR
TANPA SANTAN
sumber :    resepisedap-nennie.blogspot.com




Bahan-Bahan :

8  biji  telur   ~  direbus & dikupas kulit
4  biji  ubi kentang   ~  dikupas kulit & potong ikut suka
5  biji  buah keras   ~  ditumbuk lumat
1  peket  serbuk rempah kurma
2  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  keping  asam gelugor   (saya tambah)
1  batang  kulit kayu manis
3  biji  bunga cengkih
2  kuntum  bunga lawang
Sedikit air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Kupas bawang merah, bawang putih, halia dan dimayang halus kemudian tumis semua bawang, halia bersama kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga terbit bau wangi.

2.  Campurkan rempah kurma dengan sedikit air.  Bila bawang sudah layu, masukkan rempah kurma dan terus mengacau sehingga rempah kurma masak dan terbit minyak.

3.  Kemudian masukkan semua buah keras yang ditumbuk lumat, kacau sekejap dan terus masukkan air secukupnya.  Masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.  Masukkan semua telur yang sudah di kelar-kelar dan kacau supaya semua bahan mesra.

4.  Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan kacau kuah sekali-sekala dan bila kentang dah empuk/lembut, bolehlah ditutup api dapur.

5.  Sedia dihidangkan.

NASI GORENG IKAN MASIN ...









NASI GORENG IKAN MASIN
YANG MUDAH & SEDAP
sumber :    Azie Kitchen ...




Bahan-Bahan :

1  mangkuk besar  nasi putih sejuk
1/2  biji  bawang besar Holland   ~   hiris
2  keping  isi ikan masin
5 - 6  tangkai  cili padi   ~  ketuk   (me :  gantikan dengan sedikit cili kisar, tak suka terlalu pedas)
3  biji  telur
Sayur sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya, hiris memanjang   (tambahan)
Sos sotong
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali sehingga kelihatan berasap.  Tumis bawang besar sehingga naik bau.

2.  Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing.  Masukkan cili padi yang diketuk tadi.  Hancurkan ikan masin.

3.  Ketepikan bahan tadi disudut kuali dan pecahkan telur.  Tutup api dan kacau telur sehingga masak.  Buka api semula.

4.  Masukkan daun sawi, hirisan lobak merah dan nasi.  Dikacau rata.

5.  Satukan sos sotong, garam dan serbuk lada sulah.  Tuangkan ke atas nasi.  Kacau rata.

6.  Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, November 23, 2019

SINGKONG THAILAND ...










RESEP SINGKONG THAILAND
sumber :    Insta@resepresepenak
By :    @irmadesmayanti




Bahan :

1  kg.  singkong   ~  kupas & cuci bersih
2  lembar  daun pandan
Sedikit garam & gula pasir
Secukupnya air untuk merebus


Bahan Saus Santan :

700  ml  santan dari 1 butir kelapa
3  sdm  susu bubuk
1  lembar  daun pandan
1  sdt  garam
3  sdm  tepung maizena   ~  larutkan dengan sedikit air
100 - 120  gm  gula pasir   ~  sesuaikan selera


Cara :

Rebus singkong bersama daun pandan bersama sedikit garam dan gula hingga empuk.
Setelah matang tiriskan/toskan.
Dalam periuk, campur santan dengan susu bubuk, daun pandan, garam dan gula pasir, aduk rata dan masak sampai mendidih (sambil terus di aduk ya).
Masukkan larutan maizena, aduk hingga diperoleh saus yang kental.
Sajikan singkong rebus dengan siraman saus santan.

Nota :   Singkong@ubi kayu