KEK PISANG

Thursday, August 25, 2011

BISKUT KEPINGAN COKLAT URAI
sumber : buku 'Keistimewaan Biskut' - Rozita Abdul Kader

Bahan A : 100 gm mentega
160 gm lemak sayuran (shortening)
140 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla

Bahan B : 230 gm tepung gandum
90 gm tepung beras
30 gm serbuk koko
1/4 tsp garam
60 gm gajus (bakar & kisar)
80 gm kelapa kering (bakar & kisar)

Hiasan : coklat masakan hitam atau putih
coklat urai atau coklat urai warna-warni

Cara membuat :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.
2. Sebatikan bahan A hingga rata.
3. Masukkan bahan B dan gaul menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap dengan penerap biskut yang disukai.
5. Bakar selama 30 minit.
6. Dah sejuk, celup sebahagian biskut dengan coklat masakan dan taburkan dengan coklat urai.
BISKUT TAT GULUNG
sumber : buku Biskut Popular - Noraini Hj. Zakaria

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
20 gm susu tepung (bukan susu tepung bayi)
30 gm gula aising
1 biji kuning telur (gred B - 25 gm)
1/2 tsp esen vanilla - (saya guna strawberi emulco)
1 tsp serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas
Pewarna merah (saya tambah)

Untuk glis :

1 biji kuning telur
1 tsp air
sedikit pewarna kuning telur
Gula hiasan (saya tambah)

Cara membuatnya :

1. Mentega, gula dan garam dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla/strawberi emulco dan pukul sebati.
2. Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik dan susu tepung.
3. Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik).
4. Sediakan acuan semperit. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tekan di atas sehelai plastik. Pastikan corak yang berjalur terletak di bahagian bawah.
5. Potong sepanjang 2 inci - 3 inci. Bulatkan jem nenas dan letakkan di bahagian pangkal. Gulung adunan tersebut. Susun atas dulang pembakar. Buatlah cara yang sama sehingga adunan habis.
6. Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur dan campurkan dengan 1 tsp air dan pewarna kuning telur.
7. Dengan menggunakan berus pastri, sapukan pada permukaan biskut. Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas. Hias dengan gula hiasan.
8. Bakar dengan suhu : 150'C selama 25 minit. Sejukkan sebelum disimpan.
BEBOLA KELAPA PISTACHIO
sumber : buku 'Keistimewaan Biskut' - Rozita Abdul Kader


Bahan A : 155 gm mentega
30 gm lemak sayuran
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/2 tsp garam

Bahan B : 240 gm tepung gandum
60 gm tepung Hon Kwee
1 tsp serbuk penaik
2 tbsp susu tepung

Hiasan : Kelapa kering

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.
2. Sebatikan bahan A hingga rata.
3. Masukkan bahan B hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan warnakan seperti di bawah :
Campurkan :
a) hijau - 2 tbsp serbuk pistachio
b) kosong - 1 tsp esen ros
c) merah jambu - 1/2 tsp pes strawberi dan 2 tbsp kelapa kering kisar
d) coklat - 1/4 tsp coklat emulco
5. Sukat setiap jenis 1/4 tsp dan cantumkan semua warna dan di bulat-bulatkan.
6. Golekkan di dalam kelapa kering.
7. Bakar selama 30 minit.

Wednesday, August 24, 2011

BISKUT CORNFLAKE SUSU
sumber : Citarasa Biskut Popular - Noraini Hj. Zakaria


250 gm mentega
160 gm gula kastor
1 biji telur (gred B)
2 tbsp. susu krimer manis
300 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm susu tepung
1 tsp. baking powder
80 gm cornflakes - diramas kasar
50 gm badam cincang - dibakar
50 gm cip coklat putih - untuk hiasan (saya guna cip coklat hitam)


Cara membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur dan susu krimer manis lalu dipukul sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu tepung dan baking powder ke dalam sebuah
mangkuk besar. Masukkan cornflake dan gaul rata.
4. Gaulkan adunan mentega bersama adunan tepung hingga sebati. Adunan doh ini lembik.
5. Griskan dulang pembakar dengan sedikit marjerin atau shortening.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan atas dulang pembakar. Hiaskan atasnya dengan cip
coklat putih. (saya sudukan adunan ini ke dalam papercup dan hias dengan coklat cip
hitam memandangkan adunan ini lembik dan coklat cip putih tiada dalam simpanan).
7. Bakar selama 25 minit hingga masak. Sejukkan. Suhu : 150'C
BISKUT CORNFLAKE MADU CHOCOLATE CHIP
sumber : buku 'Kek & Biskut' Chef Hanieliza


Bahan A : 100 gm mentega
50 gm gula kastor
8 tbsp. madu

Bahan B : 200 gm cornflakes (dikisar) - saya ramas jer
100 gm chocolate chip
100 gm almond flake (dipanggang) - saya ramas kasar setelah dipaggang

Bahan B : (Hiasan)

100 hingga 150 keping acuan kertas kecil iaitu papercup kecil
100 gm chocolate rice

Cara membuat :

1. Masakkan bahan A sehingga mentega cair. Tutup api.
2. Masukkan bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan ke dalam acuan kertas kecil.
4. Hiaskan dengan chocolate.
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 8 hingga 10 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT SEMPERIT SUSU
sumber : bukuJamuan Biskut Chef Zubaidah
BISKUT SEMPERIT SUSU
BISKUT SEMPERIT SUSU


Bahan-bahan A :

250 gm mentega
60 gm gula aising

Bahan-bahan B :

200 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
30 gm tepung susu


1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Masukkan doh ke dalam paip bermuncung (mulut paip 865) dan paipkan memanjang.
4. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu
150'C selama 30 minit. (Hias ikut citarasa).

Tuesday, August 23, 2011

PUDING ROTI BERKARAMEL
PUDING ROTI BERKARAMEL
sumber : blog Dayang Jack - tqvm for sharing this recipe. May Allah bless you.


Bahan Karamel :

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Masak gula pasir hingga bertukar warna perang. Kemudian tuangkan air panas secara perlahan-lahan. (Hati-hati ketika menuang air panas nanti melecur tangan). Tuangkan karamel tadi ke dalam loyang saiz 7 inci dan ketepikan.

Bahan Puding :

3 keping roti sandwich (di siat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat manis
1 tsp. esen vanilla
3 biji telur (kacau perlahan jangan sampai berbuih jika ingin memiliki kulit puding
yang licin & gebu)

Blend semua bahan puding kecuali telur hingga sebati. Kemudian satukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapis. Tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Bakar secara double-boil dengan suhu : 160'C selama 50 minit atau hingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum diterbalikkan.
Nota : double-boil ialah loyang berisi adunan diletakkan dlm. loyang lain yang besar sedikit
dengan diisikan air panas kemudian masukkan dalam oven dan bakar.
KUIH LAPIS NYONYA (tray : 7 inci)
sumber : blog Dayang Jack. Tqvm for this wonderful recipe.


120 gm tepung beras + 30 gm tepung gandum
30 gm tepung hoen kwee putih
400 ml. santan pekat
160 ml. air

Bahan Sirap :

180 gm gula halus
150 ml. air
1/4 tsp. garam
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau, pink & merah cili

1. Satukan bahan sirap dalam periuk. Jerangkan hingga gula larut dan pekat.
Tapis dan biarkan suam.
2. Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung hoen kwee dalam mangkuk adunan.
Tuangkan sirap gula dan santan. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan ini pada dua. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dibubuh
pewarna merah.
4. Letakkan acuan berukuran 7 inci yang dilengser minyak di dalam periuk pengukus dan
panaskan. Bubuh satu senduk adunan biasa ke dalam loyang dan kukuskan selama 5 minit.
5. Kemudian tuangkan satu senduk adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit.
6. Ulang proses mengukus seperti di atas hingga habis dan akhir sekali tambah pewarna
merah cili untuk bahagian atasnya.
7. Sejukkan kuih ini sebelum dipotong.
TALAM PEANUT BUTTER
sumber : buku 'Kuih Tradisional Rasa Baru Kak Ita


Lapisan Bawah A :

50 gm tepung ubi
50 gm tepung hoen kwe (putih)
100 gm tepung beras
600 ml air
200 ml santan pekat
1 tsp. garam

Lapisan Bawah B :

200 gm mentega kacang halus
1 tsp. pewarna coklat

Lapisan Atas A :

150 gm tepung beras
150 gm tepung ubi
200 ml santan pekat
300 ml air
1 tsp. garam

Lapisan Atas B :

300 gm gula kastor ) masak hingga menjadi syrup dan tuangkan
350 ml. air ) ke dalam adunan tepung semasa masih panas.

Cara Penyediaan :

1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masak sehingga naik wap. Tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang di alas dengan plastik 14 x 14 inci dan kukus selama 15 minit.
2. Lapisan Atas : Satukan semua bahan A. Masak bahan B dan tuangkan ke dalam adunan A. Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian dan campurkan satu dengan pewarna kuning dan lagi satu bahagian dengan pewarna hijau. Tuangkan adunan kuning itu ke atas lapisan bawah dan kukus 10 minit. Tuangkan adunan hijau dan kukus selama 30 minit.

Sunday, August 21, 2011

KEK KUKUS 3 RASA
KEK KUKUS 3 RASA
sumber : blog : Dayang Jack



250 gm tepung naik sendiri (ayak)
220 gm gula halus
3 tbsp. susu pekat
125 gm marjerin (dicairkan)
125 ml susu segar
4 biji telur (gred A)
1/2 tbsp. ovalet
1 tsp. pes pandan
1 tsp. pes strawberi
1 tsp. pes coklat emulco


Satukan kesemua bahan di atas kecuali marjerin cair dan pewarna dan pukul hingga sebati. Jangan sampai terlebih pukul (overbeat). Kemudian masukkan marjerin cair dan kaup balik perlahan-lahan dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan campurkan pewarna kepada tiap-tiap bahagian. Satu bahagian dibiarkan kepada warna asal.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci bulat yang telah dialas dengan kertas minyak secara berselang-seli hingga habis dan kukus selama 1 jam.
(Kek ini gebu & sedap. Tqvm kepada empunya resepi ini kerana sudi berkongsi.)
SELAMAT MENCUBA.
KUIH CARA MANIS
ROTI JALA
Kedua-dua jenis kuih ini dibuat untuk makan-makan ketika waktu berbuka dibulan Ramadhan.


PUDING TRIFLE
sumber : dari Internet


1 bungkus swiss-roll/sebarang kek butter
1 kotak agar-agar kristal (sebarang perisa) saya guna brand 'NONA'
1 tin fruit cocktail
2 tbsp. tepung kastad
3 tbsp. gula pasir
3 cawan susu segar/susu cair


1. Campurkan tepung kastad, gula pasir dan susu segar. Gaulkan sebati dan masak hingga
mendidih dan pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
2. Potong kek dan susun dalam bekas kaserol hingga penuh.
3. Ambil sedikit jus buah koktel dan tuangkan atas kek tadi untuk melembapkan kek.
4. Tuangkan kastad di atas keseluruhan kek hingga rata.
5. Taburkan fruit cocktail tanpa jusnya atas kastad.
6. Bancuh dan masakkan agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuangkan atas
fruit cocktail tadi.
7. Masukkan dalam peti sejuk. (Enak dimakan ketika sejuk atau dimakan dgn. aiskrim vanilla).

SELAMAT MENCUBA




Friday, August 19, 2011

TART NENAS BUAH-BUAHAN
sumber : blog Citarasawan


Bahan A : 250 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
1 tsp. esen vanilla

Bahan B : 400 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung

Hiasan : kuning telur untuk sapuan & pewarna merah jambu & hijau
Jem nenas secukupnya - digentel bulat

1. Krimkan bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. Ketepikan 150 gm doh dan warnakan dengan warna hijau untuk daun.
2. Doh yang selebihnya warnakan mengikut buah. Ambil doh sebesar ibu jari dan masukkan jem nenas sebagai inti ditengahnya. Bentukkan dengan bentuk buah yang disukai.
3. Sapukan dengan kuning telur yang telah diwarnakan mengikut warna buah dan lekatkan dengan daun yang diterap.
4. Bakar pada suhu : 150'C selama 20 minit hingga masak.
BISKUT SUJI CRYSTAL
sumber : blog Masam-Masam Manis & Chef Asma


Bahan A : 250 gm tepung gandum )
1 tsp. baking powder ) diayak bersama
1 tsp. soda bicarbonate )

Bahan B : 125 gm gula icing
1/8 tsp. garam
100 gm serbuk badam (dibakar/disangai sebentar)
1/2 tsp. esen vanilla
200 gm minyak sapi - cairkan & sejukkan
pewarna hijau, merah jambu & kuning


Satukan bahan A dan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna secukupnya. Bulatkan setiap doh 1/4 tsp. setiap satu kemudian satukan ketiga-tiga adunan/warna tadi dan bulatkan menjadi bentuk guli.
Susun doh dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu : 150'C selama 15-20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dengan gula kastor. (Untuk kelihatan lebih cantik, letak dalam papercup).
Biskut ini sedap. SELAMAT MENCUBA.
COCONUT OAT
sumber : kelas biskut Azimah


Bahan A : 200 gm mentega
50 gm shortening
140 gm brown sugar
1 biji kuning telur (gred C)
1 tsp. esen vanilla
1/2 tsp. garam

Bahan B : 175 gm tepung gandum/red rose (ayak)
100 gm oat segera (yg. halus)
50 gm nestum
25 gm bijan hitam
25 gm kelapa kering
1/2 tsp. soda bicarbonate


1. Putar bahan A sampai sebati.
2. Masuk bahan B dan uli rata dan sebati.
3. Ambil adunan 1 tsp., bulatkan dan atur dalam dulang dan hias ceri merah. Bakar.
4. Setelah biskut sejuk, hias dengan royal aising.
Suhu : 150'C selama 20 minit. (Adunan ini lembik jadi rehatkan doh sebentar)

Royal Icing : 250 gm gula icing (ayak)
1 biji putih telur
1 tbsp. tepung jagung

Kesemua bahan untuk royak icing diputar hingga kental. Warnakan ikut suka. Sedia untuk diguna.
SELAMAT MENCUBA
BISKUT AISKRIM
sumber : Citarasa Biskut Popular


200 gm mentega
50 gm shortening
180 gm gula aising
400 gm tepung gandum ) disatukan dan ayak
2 tbsp. susu tepung )
1 tsp. orange emulco
1 biji kuning telur (gred B)


Bahan Hiasan : 500 gm coklat masaka
Gula manik warna-warni


1. Panaskan ketuhar kepada 150'C selama 15 minit.
2. Putar mentega, shortening dan gula aising hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan orange emulco dan kuning telur. utar sebati.
4. Masukkan tepung dan susu tepung. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
6. Susun dalam dulang dan bakar selama 20 minit hingga masak. Sejukkan.
7. Cairkan coklat secara double-boiler. Celup biskut dalam coklat dan taburkan gula manik warna-warni.
BISKUT GREEN PEA
sumber : Citarasa Biskut Popular - Noraini Hj. Zakaria


50 gm mentega
160 gm gula kastor
330 gm tepung gandum
130 gm tepung kacang pea/hijau (brand BABAS - roasted)
1 biji kuning telur (gred B)

Hiasan : kuning telur (sapuan)
ceri merah - hiris kecil-kecil


1. Panaskan ketuhar kepada 150'C selama 15 minit.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
3. Masukkan telur dan putar lagi sebati.
4. Tepung gandum dan tepung kacang pea digaul bersama dan masukkan ke dalam adunan mentega. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap mengikut bentuk yang disukai. Susun dalam dulang pembakar. Sapu atas biskut dengan kuning telur dan hias dengan ceri.
6. Bakar selama 20 minit hingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan biar betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT TAT BUNGA
sumber : Citarasa Biskut Popular - Noraini Zakaria



150 gm mentega
100 gm marjerin
100 gm gula kastor
1 biji telur (gred B - 50 gm tanpa kulit)
25 gm susu tepung
450 gm tepung gandum
1/2 tsp. serbuk vanillin atau esen vanilla
500 gm jem nenas


1. Mentega, marjerin, gula dan serbuk vanillin dipukul hingga kembang dan putih selama 7 minit.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tepung gandum dan susu tepung diayak dan gaulkan bersama adunan mentega sehingga menjadi doh yang cukup basah. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Canai doh dan terap dengan acuan bunga kelopak enam. Masukkan dalam acuan peti tin yang kecil.
5. Bulatkan jem nenas dan masukkan dalam kelopak bunga itu. Bakar hingga masak selama 20 minit. Suhu : 150'C

Wednesday, August 17, 2011


TALAM KELADI
sumber : Chef Azimah/Chef Asma


Bahagian Bawah : 150 gm tepung beras
5 tbsp. gula pasir
1 tsp. garam
700 ml santan (200 ml santan pekat + 500 ml air)
250 gm keladi (selepas dikupas)
1 tbsp. tepung ubi

1. Keladi potong dadu, direbus dan toskan airnya.
2. Tepung beras, tepung ubi, gula pasir, garam dan santan dibancuh rata.
3. Kacau atas api hingga agak pekat, tutup api dan masukkan keladi kiub tadi.
4. Tuang dan kukus dalam loyang (10 x 10)" dialas kertas plastik (14 x 14)" selama 20 minit.


Bahagian Atas : 700 ml santan (perahan pertama) (300 ml santan pekat + 400 ml air)
2 biji telur
150 gm tepung gandum
2 helai daun pandan
200 gm gula pasir
1/2 tsp. garam
1/2 tbsp.perasa keladi
2 helai daun pandan
sedikit pewarna ungu

1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam dan daun pandan. Keluarkan daun pandan.
2. Sebahagian santan lagi, kisar bersama bahan-bahan lain, masukkan (1).
3. Kacau hingga naik wap atas api sederhana dan tuang di atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA
PUDING STRAWBERI
sumber : Senang Memasak Chef Hanieliza


1 liter susu kotak strawberi
4 cawan air
1 cawan gula halus
10 gm serbuk agar-agar
Buah strawberi (sebagai hiasan) saya guna fruit cocktail


1. Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
2. Apabila mendidih, tutupkan api.
3. Kemudian masukkan susu kotak strawberi dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam gelas ataupun bekas kecil.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Hiaskan dengan buah strawberi/fruit cocktail dan hidangkan.
CARROT CAKE
sumber : Joy of Baking.com


1 cup walnuts/pecan (chopped)
340 gm carrot finely grated)
2 cups all-purpose flour
1 tsp. baking soda
1 1/2 tsp. baking powder
1/2 tsp. salt
1 1/2 tsp. ground cinnamon
4 large eggs (A)
1 1/2 cups caster sugar
1 cup vegetable oil
2 tsp. vanilla essence

Cream Cheese : 1/4 cup unsalted butter
Frosting 227 gm cream cheese
2 cups icing sugar - sifted
1 tsp. vanilla essence
1 tsp. lemon zest

Garnish : 1 cup toasted and finely chopped walnuts
(optional) Marzipan carrots


Preheat oven to 180'C. Tray : 9 x 2 inch pans. In a separate bowl, combine/whisk together flour, baking soda, baking powder, salt and ground cinnamon. Set aside.
Beat eggs until frothy (about 1 minute). Add sugar and beat until thick and light coloured (3-4 minutes). Add in oil and vanilla essence.
Add flour mixture and beat until just incorporated. Fold in grated carrot and chopped nuts. Pour into pan and bake for 30 minutes - 1 hour.

Frosting : Beat cheese and butter until blended with no lumps. Add icing sugar and beat until fluffy and smooth. Beat in vanilla and lemon zest. Spread onto cake. (untuk frosting ini gula icing elok dikurangkan sedikit sebab terlalu manis).
SELAMAT MENCUBA.
APAM MARMAR/PELANGI
APAM MARMAR/PELANGI
sumber ; dari Internet


250 gm tepung self-raising (diayak)
200 ml santan
200 gm gula halus
2 biji telur (gred A)
1 tsp. esen vanilla
1 tbsp. ovalet (mumbung)
1/8 tsp. garam
Pewarna ikut citarasa


Satukan semua bahan di atas kecuali pewarna dan pukul dengan speed perlahan hingga bergaul mesra. Kemudian lajukan speed hingga adunan kembang dan pekat. Guna whisk.
Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Satu bahagian dibiarkan kosong. Tuang dalam loyang 9 inci secara berselang-seli diikuti dengan warna kosong pada bahagian atasnya. Guna spatula buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali (corak marble) dan kukus selama 45 minit hingga masak.

Nota : Apam ini sedap dan gebu sekali. (kurangkan gula sedikit sebab agak manis)
TALAM SUJI
sumber : Pn. Rohmah, Kerteh/ Citra Klasik & Chef Asma


Lapisan Bawah : 200 gm tepung suji
200 gm gula pasir
250 ml santan
550 ml air
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning

Kacau sebati semua bahan di atas dan masak naik wap. Tuang dalam loyang 10 x 10 inci yang di alas dengan plastik dan kukus selama 25 minit.


Lapisan Atas : 300 gm gula merah
50 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
4 biji telur
250 ml santan
500 ml air

Tepung gandum, gula merah, gula pasir, telur, santan dan air digaul sebati dan ditapis jika perlu. Masak naik wap dan tuang di atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit hingga masak. Sejukkan selama 4 jam barulah dipotong.
PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE
sumber : sudut Hawa UITM Shah Alam - 20/11/1991
(Pn. Fauziah Hanim)


2 cawan gula pasir
1 tin nanas gelang - toskan airnya
1 buku butter
1 1/2 cawan gula kastor
3 cawan tepung self-raising atau 3 cawan tepung gandum + 2 tsp. baking powder
6 biji telur (gred A)
1 tsp. esen vanilla
Ceri merah secukupnya


1. 2 cawan gula pasir dan 1/3 air nanas dijadikan gula hangus. Mula-mula masak gula hingga berwarna perang lalu masukkan jus nanas tadi.
2. Susun nanas bulat dan letak ceri ditengah nanas dalam acuan dan tuangkan gula hangus. Sejukkan.
3. Pukul 1 1/2 cawan gula dan butter hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan telur berselang-seli hingga habis. Mulakan tepung dan diakhiri dengan tepung. Masukkan 2 tbsp. susu cair jika suka.
5. Masukkan esen vanilla dan tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang berisi nanas dan gula hangus tadi.
6. Bakar dalam oven selama 1 jam hingga masak dengan suhu : 180'C api bawah.

Tray : 8/9 inci
MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber : dari temanku Zilah



1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum )
1 cawan serbuk koko ) diayak
1 tbsp. baking powder ) bersama
1/2 tsp. soda bikarbonat )
1/2 tsp. garam halus )
1 cawan air panas didih
3 biji telur (A)

Pukul telur dan gula hingga kembang dan sebati. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan gaul sebati. Masukkan susu pekat,minyak dan akhir sekali air panas didih. Gaul sebati dan tuang dalam loyang 9 inci, alas kertas minyak dan kukus selama 1 jam hingga masak. (Kek ini sedap dan lembab).
SELAMAT MENCUBA (Tqvm kepada temanku Zilah semoga dirahmati).

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT BADAM SALJU (SNOW ALMOND)
sumber : Kek & Biskut Chef Hanieliza


Bahan A : 250 gm mentega
30 gm lemak sayuran (shortening)
100 gm gula kastor
1 tsp. esen kopi/chocolate emulco
1 biji kuning telur

Bahan B : 220 gm tepung gandum
50 gm Nestum (dikisar)
60 gm susu tepung
70 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam

Bahan C : 100 gm serbuk roti
250 gm coklat masakan - cairkan

1. Pukul mentega, gula kastor dan lemak sayuran hingga sebati.
2. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
3. Gaulkan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit dan ratakan.
4. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
5. Bakar pada suhu 150'C selama 25 minit hingga masak.
6. Selepas sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian golekkan ke dalam serbuk roti. Susunkan di dalam dulang dan biarkan keras.
7. Simpan dalam balang kedap udara.
SEKAMAT MENCUBA
BISKUT SUJI
sumber : Jamuan Biskut Chef Zubaidah


Bahan A : 90 gm mentega
90 gm minyak sapi
80 gm gula kastor

Bahan B : 50 gm serbuk badam
80 gm tepung suji
320 gm tepung gandum
1/4 tsp. serbuk penaik

Hiasan : kuning telur (dipukul)
badam cincang


Sebatikan bahan-bahan A. Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Canai dan terap doh dengan acuan. Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan tabur badam cincang di atas biskut. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
SELAMAT MENCUBA
BISKUT ALMOND LONDON
sumber : Citarasa Biskut Popular - Hajjah Noraini Hj. Zakaria


Bahan A : 250 gm butter
130 gm gula halus
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 tsp. serbuk penaik
1 tsp. emplex
1 biji telur - gred B (50 gm tanpa kulit)
1/2 tsp. esen vanilla
150 biji badam - dibakar
100 gm badam cincang - dibakar sebentar
150 keping cawan kertas berwarna hitam


Bahan B : hiasan coklat

500 gm coklat masakan
1 tsp. mentega koko (coco butter)


Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk yang lebih besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang cukup basah. Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.
Ambil sedikit doh bulatkan dan masukkan badam. Buatkan bentuk bujur. Susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit hingga masak.
Untuk membuat coklatnya pula, cincang coklat menjadi ketulan kecil. Masak coklat secara 'double boiler' iaitu mencairkan coklat di atas air panas. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega koko dan kacau lagi hinnga ia sebati. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpan.
SELAMAT MENCUBA