KEK PISANG

Sunday, September 29, 2013

KEK PANDAN MARMAR









KEK PANDAN MARMAR



Sumber  :   tiffinbiru - CMG
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahannya :

125  gm      mentega -  cair & sejukkan
125  gm      gula kastor
125  gm      tepung gandum  -  diayak
    4  biji      telur  gred A
 1/2  tbsp    ovallate
    2  tbsp    susu pekat manis
 1/2  tbsp    esen vanilla
 1/2  tbsp    coklat emulco
    1  tbsp    serbuk koko
 1/2  tbsp    pes pandan
Badam cincang/hiris untuk hiasan (optional)


Loyang :   7 inci, digris & dialas dengan kertas minyak


Cara Membuatnya :

     Panaskan oven pada suhu 170'C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.  Ketepikan.
     Dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata hingga semua sebati.  Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 7-8 minit).  Kemudian tuangkan mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
     Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan pes, kacau rata.  Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.  Sudukan secara berselang-seli antara adunan pandan dan coklat.  Mulakan di bahagian tengah tin hingga siap.
     Taburkan dengan badam cincang/hiris dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.  Keluarkan kek dan terbalikkan di atas redai, buang kertas alas dan biar kek sejuk.

KEK KURMA









KEK KURMA  (8 inci)



Sumber  :  dapurkakpah
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

1 1/2   cawan   kurma  (dibuang biji & dihiris)
   3/4   cawan   gula kastor
      4   biji        telur -  gred B
      1   cawan   minyak jagung
      2   cawan   tepung gandum *
      1   tsp.       soda bikarbonat *
      2   tsp.       baking powder *  (bertanda * diayak bersama)
      1   tsp.       esen vanilla
      2   tbsp.     susu segar

Loyang :  8 inci


Cara-cara :

1.   Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih gebu.
2.   Masukkan kurma dan esen vanilla, pukul lagi.
3.   Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak.  Kacau sebati.
4.   Kemudian masukkan susu segar diikuti dengan minyak jagung.  Kaup balik hingga sebati.
5.   Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak.
6.   Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau hingga masak sempurna.

Merasmikan kuali pemanggang ajaib.









IKAN CENCARU SUMBAT



Rujukan  :  morisaid.blogspot.com
dicuba    :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   4  ekor   ikan cencaru  (dibersih & dibelah belakangnya)


Bahan Sumbat :

   2  genggam   cili kering  (direndam & toskan)
   1  tbsp.         udang kering  (direndam & toskan)
   5  ulas           bawang putih
   1  biji            bawang besar
1/4  inci            belacan
Secubit garam
Sedikit air asam jawa


Cara Memasak :

     Tumbukkan kesemua bahan sumbat kecuali air asam jawa hingga lumat.  Masukkan sedikit air asam jawa dan digaul rata.  Sementara itu, gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit hingga rata.  Sudukan bahan tumbuk ke dalam belahan ikan.
     Ikan sedia untuk dibakar.  Alas dengan daun pisang atau foil ketika membakar ikan (jika mengguna kuali biasa).


SAMBAL KICAP


Bahan-bahan :

   6  biji        cili merah
   7  biji        cili api
   2  biji        bawang besar
1/2  cawan   kicap
   6  biji        limau kasturi
Garam secukupnya


Cara Penyediaan :

1.   Hiriskan cili merah dan cili api halus-halus.
2.   Potong bawang besar dalam bentuk dadu kecil.
3.   Kesemua bahan tadi dimasukkan ke dala mangkuk.
4.   Perahkah limau kasturi.  Tuangkan kicap dan gaul rata.
5.   Sedia untuk dihidangkan.

Tempahan Apam Bengawan Solo


Tempahan Apam Bengawan Solo sebanyak 100 biji dari Cik Jaja (anak buah Mariam), terima kasih.


NASI MINYAK dari blog CMG



 Sambal Ayam yang simple jer
 Kari Daging






NASI MINYAK



Rujukan dari  :  tiffinbiru - CMG
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

      4   cawan   beras basmathi  (direndam 20 minit & ditoskan)
1 1/2   cawan   susu cair
   1/4   cawan   minyak jagung
      4   tbsp.     minyak sapi
      4   cawan   air
      1   biji        bawang besar  (dihiris halus)
      2   helai      daun pandan  -  disimpul
      3   ulas       bawang putih *
      4   cm        halia *  (* dikisar halus)
      2   tsp.       garam halus
Secubit gula


Bahan Rempah Tumis :

1  batang   kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji         buah pelaga
Sedikit pewarna kuning atau hijau


Cara Memasak :

1.   Panskan minyak jagung dan minyak sapi di dalam kuali.  Tumiskan bahan rempah rumis dan bawang besar hingga berbau harum dan bawang sedikit layu.  Masukkan bahan kisar dan daun pandan.  Tuangkan air dan biarkan mendidih.

2.   Masukkan susu cair, garam dan secubit gula.  Bila mendidih, tutupkan api dan tuangkan ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanak seperti biasa.

3.   Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna, taburkan kismis dan daun ketumbar jika suka.  Biarkan nasi betul-betul masak.

4.   Gemburkan nasi dengan garpu/chopstick dengan perlahan, sekadar bergaul mesra.  Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka).

Wednesday, September 25, 2013

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI - enak & rangup



 sebelum dibakar


 selepas dibakar










BISKUT LIDAH KUCING PELANGI



Oleh    :   Citarasawan & Fatmah Bahalwan -  tq pada kedua-duanya
dicuba :   zaralovebaking.blogspot.com




Bahan-bahan :

250  gm   mentega
175  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
200  gm   tepung gandum
  50  gm   tepung jagung
 1/4  tsp   emplex
Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah


Cara-cara :

1.   Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan.

2.   Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.   Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula hingga rata dan sebati.

4.   Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.

5.   Masukkan setiap adunan berlainan warna ke dalam piping bag dan potong bahagian muncungnya.

6.   Picitkan lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

7.   Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit.  (Jangan dibiarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan corak pelangi).

8.   Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan didalam bekas kedap udara.

Tuesday, September 24, 2013

PUDING ROTI PELANGI


 bahagian bawah
 bahagian atas

 bila dah dipotong dapat pelbagai warna yang menarik
 dari adunan yang sama - bahagian yang ini untuk dibawa oleh En. hubby ke surau malam ni





PUDING ROTI PELANGI  (7x7 inci)



Sumber  :  Majalah SAJI September 2013
dicuba    :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   3  keping   roti putih
   2  biji         telur
1/2  cawan   susu pekat
   1  cawan   susu cair
 10  gm        serbuk agar-agar
1/2  cawan   gula kastor  (lain kali kena kurangkan sikit sebab agak manis)
   2  tbsp.     mentega
   3  cawan   air
   1  tsp        esen vanilla
Sedikit pewarna biru, ungu, merah, oren, kuning & hijau


Cara Menyediakan :

1.   Didihkan 3 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula di dalam periuk.  Kacau hingga larut.

2.   Kisar roti, telur, susu cair, susu pekat hingga halus.  Masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi.  Masukkan juga mentega dan esen vanilla.  Kacau sehingga agak pekat.

3.   Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan.  Sediakan loyang (basahkan loyang terlebih dulu bagi memudahkan puding keluar dari loyang), tuangkan yang pertama dengan warna biru, diikuti dengan warna ungu, merah, kuning dan hijau.  Sejukkan kemudian potong dan hidangkan.  (SELAMAT MENCUBA).

Monday, September 23, 2013

BISKUT LIDAH KUCING COKLAT












BISKUT LIDAH KUCING COKLAT




Sumber  :   Citarasawan
Dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com




Bahan-bahan :

250  gm   mentega
170  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
170  gm   tepung gandum *
  50  gm   tepung jagung *
  30  gm   serbuk koko *
 1/4  tsp   emplex *  (yang bertanda * diayak & ketepikan dulu)
    1  tsp   chocolate emulco
    1  tsp   coffee emulco  (optional)


Hiasan :  croquent secukupnya atau ikut pilihan

Loyang lidah kucing digris dengan sedikit mentega


Cara-cara :

     Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.  Tambahkan chocolate emulco dan coffee emulco (jika suka) dan gaulkan hingga rata dan sebati.  Masukkan campuran tepung dan gaulkan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag, guntingkan sedikit bahagian muncungnya dan picitkan memanjang ke dalam loyang.
     Taburkan dengan croquent atau hiasan pilihan jika suka.  Bakarkan selama 10-15 minit pada suhu 150'C.

PUDING ROTI BERSOS KASTAD













PUDING ROTI BERSOS KASTAD




Sumber  :   Majalah SAJI September 2013, Hanamemories & Mamawandiha
Dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

    8   keping   roti putih/gardenia
500   ml         susu segar  *
    4   tbsp.     gula kastor  *
    2   tbsp.     mentega  *  -  dicairkan
    2   biji        telur *  (A/B)
    1   tsp.       esen vanilla
    1   tbsp.     tepung jagung *
    1   tsp.       serbuk kayu manis *
    2   tbsp.     kismis
    8   biji        kurma  -  dihiris halus (saya tambah)


Bahan Sos Kastad :

   1   tin       susu cair
1/4   tin       air  (sukatan ikut tin susu cair)
   2   tbsp.   tepung kastad
   2   tbsp.   gula pasir


Acuan aluminium foil 7" x 7"


Cara-cara :

1.   Koyakkan/dadukan roti dan susunkan didalam loyang yang telah digris dengan sedikit mentega.
2.   Gaul rata kesemua bahan bertanda * didalam mangkuk dan tuangkan ke atas roti tadi.
3.   Biarkan seketika anggaran 20-30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
4.   Taburkan kismis dan hirisan kurma (jika suka) di atasnya.
5.   Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit hingga permukaan atasnya sedikit keperangan.

Untuk Sos Kastad  :

     Campurkan kesemua bahan untuk sos kastad ke dalam periuk dan kacaukan di atas api sederhana dan kacau hingga agak pekat.  Sejukkan sebentar dan hidangkan puding roti bersama sosnya.  (sangat sedap).