KEK PISANG

Monday, April 9, 2018

NUTELLA CHEESE TART...










NUTELLA CHEESE TART
rujukan :     FB@resepi ringkas/Aini bte Madon...




Bahan Crust :

250  gm  butter
120  gm  gula aising
2  biji  telur  (saya guna gred A)
480  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Pukul butter dan gula aising hingga lembut dan sebati.

2.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga rata.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.

4.  Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.

5.  Panaskan oven pada suhu 180'C.

6.  Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan tart.  Buat sampai habis.

7.  Susun dalam loyang dan bakar selama 25 minit hingga keperangan...

INFO  :    saya membuat sedikit daripada resepi di atas dan mendapat 52 keping crust shell berukuran seperti di atas (kecil)...


Bahan Cheese Filling :

250  gm  cream cheese  ~  suhu bilik
50  gm  gula aising
20  gm  butter lembut
1/2  sudu makan  perahan air lemon  (tak letak pun tak apa)
1  biji  telur  (saya guna gred A)
Nutella filling secukupnya  ~  untuk filling & corak


Cara-Cara :

1.  Pukul cream cheese, gula aising dan butter lembut hingga rata dan licin.

2.  Masukkan telur dan perahan air lemon lalu dipukul rata lagi.

3.  Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag.

4.  Ambil sedikit Nutella filling dan masukkan juga ke dalam 2 piping bag, satu digunting besar sedikit dihujungnya (untuk dipicit ke dasar crust), dan satu lagi digunting kecil (untuk dibuat corak pilihan).

5.  Picitkan sedikit Nutella filling ke dalam dasar crust.

6.  Picitkan adunan cream cheese hingga penuh.

7.  Ambil sedikit Nutella dan sedikit adunan cream cheese.  Satukan, gaul rata dan lukiskan corak.

8.  Bakar pada suhu yang sama 180'C selama 8 minit.

9.  Setelah masak, sejukkan dan simpan di dalam Tupperware.

10.  Sebaiknya simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama...

2 comments:

  1. As salam perkenalan..Sedapnyer nutella cheese tart akak..gebu jer..jemput la singgah ke blog saya kalau free https://thelynalina.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. izin sye mtk resepi ni ye
    trm ks

    ReplyDelete