Friday, April 20, 2018
STEW AYAM...
RESEPI STEW AYAM
rujukan : Teratak Mutiara Kasih@linaPg...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil-kecil
2 biji kentang ~ dipotong kiub
1/2 batang lobak merah ~ dipotong baji
2 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu atau cincang
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun bay
1 sudu besar tepung jagung/tepung ubi atau tepung gandum
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
4 tangkai cili kering ~ jika suka pedas letak lebih
1 kiub pati ayam
Minyak masak
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Masukkan ayam, goreng sekejap sehingga pucat. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama (jika kurang tambah sedikit lagi). Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, halia, cili kering,bawang putih, bawang besar dan daun bay. Tumis sehingga terbit bau dan sedikit garing. (Jangan lama sangat nanti pahit).
3. Kemudian masukkan tepung jagung, kacau laju-laju dan buat browning proses juga sehingga tepung agaj masak menggunakan api perlahan. Kemudian bolehlah masukkan bahan-bahan lain (lobak merah, kentang, kicap pekat manis dan sos tiram.
4. Masukkan ayam (yang telah dibuat browning tadi), kacau sebati. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam. Kacau lagi.
5. Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula jika perlu. Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat.
6. Setelah siap, tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Stew ini sedap dimakan bersama roti, nasi putih atau nasi berperisa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment