LEMON CHIFFON CAKE
rujukan : zila4ver.blogspot.my
Bahan A :
4 biji telur gred A
45 gm minyak jagung
45 ml air
Bahan B :
75 gm tepung naik sendiri
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
Bahan C :
4 biji putih telur gred A
75 gm gula kastor ~ dibahagikan 2 bahagian
1/2 sudu teh krim tartar
Loyang : 20 cm tube pan (tidak perlu digris)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'C.
2. Satukan bahan A, masukkan bahan B dan adun sehingga sebati menggunakan whisk, biarkan seketika.
3. Di dalam mangkuk lain yang bersih, campurkan putih telur, krim tartar dan satu bahagian gula kastor daripada bahan C dan pukul sehingga berbuih dan lembut.
4. Masukkan satu lagi bahagian gula kastor dan teruskan pukul lagi sehingga kental.
5. Kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek chiffon (tanpa digris/dialas) dan bakar selama 45 minit sehingga masak bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
6. ** Jika suka corak marble, bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian ditambahkan 1 sudu besar coklat paste. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli.
7. Setelah kek dikeluarkan dari oven, terbalikkan kek di atas redai kuih dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang....
No comments:
Post a Comment