KEK PISANG

Wednesday, March 29, 2017

GULAI TERUNG KAMPUNG...










GULAI TERUNG KAMPUNG
rujukan :     daridapurkecah...




Bahan-bahan :

5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
Rempah 4 sekawan  (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)
1  paket  serbuk rempah kari BABAS atau Cap lain pun boleh)
1  kotak  santan
4-5  biji  terung bulat; dipotong 2  (saya guna terung kampung bulat)
1/2  cawan  air
2  sudu besar  cili kisar
Sedikit nisan  (tak letak guna gula biasa jer)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Kisarkan bahagian yang bertanda (*).  Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.  Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahagian lagi dicampurkan dalam serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.  Selepas itu masukkan 2 sudu besar cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau/tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.

3.  Kemudian masukkan air dan juga santan.  Apabila telah mendidih, masukkan terung.  Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih).

4.  Masukkan nisan (jika ada) atau gula biasa jer dan juga garam secukup rasa.  Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment