KEK PISANG

Tuesday, March 7, 2017

AGAR-AGAR SANTAN JAGUNG MANIS...












AGAR-AGAR SANTAN JAGUNG MANIS
rujukan  :    ovenkecil...




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar  (10 gm/11 gm)
1  liter  air  (4 cawan)
200  gm  gula pasir
200-250  ml  santan pekat  (1 cawan)
1  biji  telur gred B  (masukkan dalam santan & kocok sedikit dengan garfu)
Perisa jagung manis & beberapa titis pewarna kuning
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Di dalam periuk, masak 1 litre air bersama gula pasir dan serbuk agar-agar sehingga gula larut.

2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur tadi, garam dan perisa jagung manis serta beberapa titis pewarna kuning.

3.  Kacau dan tunggu sehingga menggelegak di atas api sederhana.  PENTING!!!  Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit  ATAU  boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak kuat sambil di kacau-kacau.  Pastikan kerap dikacau untuk mengelakkan adunan dari membuak dan melimpah dari periuk.  Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil.  Tutup api.

4.  Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air untuk memudahkan agar-agar  keluar dari acuan.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.  Biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment