KEK PISANG

Tuesday, December 19, 2017

RESIPI BROWNIE COOKIES...









RESIPI BROWNIE COOKIES
rujukan :    intaidapur.blogspot.my



Bahan-Bahan :

120  gm  dark chocolate Beryl coins
1  biji  telur gred A atau B
100  gm  gula aising  (saya guna 80 gm jer)
50  gm  tepung gandum
40  gm  marjerin/mentega
1  sudu teh  esen vanilla
Kekacang pilihan sangai dulu  (optional)


Cara-Cara :

1.  Di dalam satu mangkuk tahan panas, double boil chocolate dan marjerin sehingga cair, ketepikan.
2.  Ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula aising, pukul dengan whisk sehingga gula larut.
3.  Tuangkan chocolate yang telah dicairkan tadi, kacau rata.
4.  Tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan kekacang, gaul sebati.
5.  Perap/rehatkan adunan selama 5-10 minit.  (saya rehatkan selama 10 minit).
6.  Sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C.
7.  Sudukan satu adunan ke atas loyang yang telah di alas baking paper, susun dan jarak-jarakkan adunan.  (Adunan agak lembik).
8.  Bakar selama 10-20 minit atau mengikut oven masing-masing.
9.  Setelah masak, biarkan sejuk di dalam loyang kerana ketika ini cookies masih lembut.
10.  Simpan cookies di dalam bekas kedap udara...


INFO :  

i)  Untuk cookies jenis chewy, masa bakar selama 12 minit.
ii)  Untuk cookies jenis crunchy, masa bakar selama 15 minit.
iii)  Kalau nak tahu cookies itu sudah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut-kedut macam dalam gambar di atas...

20 comments:

  1. Rehat kan adunan dlm peti ais atau diluar je?

    ReplyDelete
  2. Kalau adunan ni simpan dlm peti ais then bakar esok2 boleh jadi lg tak?

    ReplyDelete
  3. macam mna bole jadi bulat elok? guna acuan ke?

    ReplyDelete
  4. Guna coklat masa yg biasa aje boleh ke?

    ReplyDelete
  5. SATU ADUNANA DPAT DLM BAPE KEPING YE AGAK2?

    ReplyDelete
  6. Nk share resepi tauuu..tq sis😘

    ReplyDelete
  7. Brownies cookies ni selepas dibakar x rangup mcm biskut buasa ye. Liat2 gitu. Bwhnya licin cantik. Mcm bergetah sedikit x kering mcm biskut biasa.. Betul je kejadian biskut brownies sata tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adjust masa & suhu.
      Say adjust suhu oven saya 200c bakar 18min dapat crunchy
      Itu pun kena sabar. Dalam 5 minit lebih baru dia akan betul2 crispy

      Delete
  8. Nak tnya... Guna tpung gmdum brand pe ye... Atau x kisah brand pe2 je.. Tqvm

    ReplyDelete
  9. Biskut saya x terjadi rekahan cantik mcm dlm gambar tu...boleh share tips tak mcm mana cara nak dapatkan rekahan cantik tu...terima kasih

    ReplyDelete
  10. Saya dah buat dan menjadi tetapi mcm mana nak elak supaya kedut tu tidak pecah ye??

    ReplyDelete
  11. Sy dah buat tp kenapa bila bakar, jadi flat sgt

    ReplyDelete