KEK PISANG

Monday, March 31, 2014

PERSIAPAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN FATIN

Assalam teman-teman semua!!  Sudah lama tidak meng-updatekan entri kerana sepanjang bulan sibuk menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinan anak gadis kedua kami.  Mujur sepanjang penyediaan, kawasan kediakan kami ada bekalan air memandangkan kawasan lain air dicatu.  Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, aminn...

Dibawah ni adalah beberapa goodies yang sempat disediakan untuk candy buffet.  Sangat penat tetapi berbaloi dan menyeronookkan.  Diantaranya ialah :

 Rainbow Cookies


 French Macarons - blue

 French Macaron - pink (belum dicantumkan)

 Red Velvet Cheese Tart (shell)

 Red Velvet Cheese Tart (shell yg sudah dibakar)

 Red Velvet Cheese Tart - siap sepenuhnya

 Chocolate Tart

 Mini Chocolate Cupcakes with Vanilla Frosting



 Kek sebelah pihak lelaki
 Tart Nenas - doorgift dari pihak perempuan semasa hari nikah

 Tart Nenas - dari pihak perempuan untuk hari nikah

 Chocolate Oreo with edible image untuk candy buffet



Saturday, March 22, 2014

Tempahan untuk sepanjang minggu ini.

 Selasa (18/3/2014) - Inti kelapa 50 biji
 

 Jumaat (21/3/2014) - Inti kelapa 50 biji & kacang merah 50 biji

Sabtu (22/3/2014) - Inti kelapa 100 biji & kacang merah 100 biji.
Kesemua tempahan tersebut dari Pn. Jaja, terima kasih di atas tempahan ini.

Wednesday, March 19, 2014

CHIFFON TAPAI UBI












CHIFFON TAPAI UBI
Resipi  :   mamawandiha.blogspot.com




Bahan A :

150  gm    tapai ubi kayu
  75  ml     minyak masak
150  ml     susu cair
    6  biji    kuning telur 'A/B'
120  gm    tepung gandum  -  diayak
  25  gm    gula kastor/gula perang  (saya guna gula perang)


Bahan B :

    6  biji    putih telur
 1/2  tsp    cream of tartar
  75  gm    gula kastor/gula perang (saya guna gula perang)
secubit garam


Cara-cara :

1.   Tapai ubi dibuangkan urat tengahnya.  Kisarkan tapai ubi bersama minyak masak, susu cair, kuning telur dan gula hingga halus.  Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai.

2.   Ayakkan tepung dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tapai ubi tadi dan kacau rata menggunakan whisk.  Ketepikan dahulu.

3.   Panaskan oven 170'C.

4.   Pukulkan kesemua bahan B hingga kental dan bertanduk.

5.   Masukkan adunan meringue tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tapai tadi dan kaupbalikkan dengan menggunakan spatula hingga habis dan sebati.

6.   Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon bersaiz 22cm/9 inci (tidak perlu digris acuan) dan bakar selama 45 minit hingga masak sepenuhnya.

7.   Bila chiffon masak, segera terbalikkan dan biarkan begitu sehingga kek sejuk baru dikeluarkan dari acuan.

Tuesday, March 18, 2014

Apam Bengawan Solo

 Inti Kacang Merah (50 pcs)
 Inti Kelapa (100 pcs)

Tempahan Apam Bengawan Solo (150 pcs) dari Pn. Jaja, terima kasih.

PUDING TAUHU








PUDING TAUHU
Oleh  :   yatiememories



Bahan-bahan :

 10   gm        serbuk agar-agar
   2   liter       air  (8 cawan)
3/4   cawan   gula kastor
   1   cawan   susu pekat
   2   cawan   santan  (200 ml  santan kotak + air selebihnya)
   3   cawan   susu cair  (1 tin  susu cair 400 ml + 350 ml  air)

Cara-cara :

1.   Masakkan serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
2.   Masukkan susu pekat, kacau rata.  Masukkan santan dan susu cair, kacau lagi.
3.   Setelah siap, tutupkan api dan biarkan sebentar.
4.   Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil/pilihan.  Sejukkan sebentar.
5.   Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
6.   Boleh juga di tuang ke dalam loyang, tetapi kalau hendak makan kenalah sendukkan ke dalam mangkuk kecil.
7.   Hidangkan bersama buah laici atau bahan-bahan kuah seperti di bawah.


Bahan Kuah :

1   tin         laici  (toskan airnya dan siat-siatkan laici)
1   cawan   susu cair
1   cawan   air masak
1   cawan   air laici tadi
5   tbsp.     gula


Cara-cara :

1.   Bancuhkan air masak bersama gula.  Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaulkan sebati.  Masukkan laici yang di siat-siat tadi.  Bila dah siap, bolehlah dihidangkan bersama puding tauhu lemak manis.

PANDAN CHIFFON CAKE








PANDAN CHIFFON CAKE
Source  :   cookbook - kevin chai




Egg yolk batter :

    6   egg     yolks
    2   tbsp    pandan juice
150   gm      coconut milk
 1/4   tsp      salt
    4   tbsp    cooking oil
 1/4   tsp      pandan essence
  80   gm      caster sugar
140   gm      plain flour
few drops of green colouring
enough oreo cookie crumbs (optional)


Egg white foam :

    6   egg    whites
 1/4   tsp     cream of tartar
100   gm     caster sugar


Method :

1.   To make egg yolk batter :  combine egg yolks, pandan juice, coconut milk, salt, cooking oil, pandan essence, colouring and caster sugar in a mixing bowl.  Fold in flour until forms batter.

2.   To make egg white foam :  beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks.  Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3.   Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.  Sprinkle some oreo cookie crumbs into batter and stir just until combine (if using).

4.   Pour batter into ungreased 9-in(22cm) tube pan.  Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked.

5.   Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled.

Sunday, March 2, 2014

MUFFIN COKLAT CHIP









MUFFIN COKLAT CHIP
sumber resipi :   rohaisha - DamaiQalbu dll...




Bahan-bahan :

1 3/4  cawan   tepung gandum
   1/4  cawan   serbuk koko
      1  cawan   gula perang
      1  tsp.       baking powder
      1  tsp.       baking soda
   1/2  tsp.       garam halus
      1  cawan   susu segar
      1  biji        telur  -  dipukul sedikit
   1/3  cawan   minyak atau mentega cair
      1  tsp.       esen vanilla
Chocolate chip secukupnya


Cara-cara :

1.   Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam.  Ayakkan kemudian masukkan gula perang, gaulkan sebati dan ketepikan dulu.

2.   Di dalam bekas lain, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan minyak.  Kacau rata dan sebati.

3.   Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata dan sebati.  Masukkan sedikit chocolate chips, gaul sekadar sebati saja (jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).

4.   Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan sedikit chocolate chip di atasnya dan bakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 170'C.
(menghasilkan :  24 biji cawan kertas saiz s (2.0 oz).