KEK PISANG

Sunday, March 2, 2014

MUFFIN COKLAT CHIP









MUFFIN COKLAT CHIP
sumber resipi :   rohaisha - DamaiQalbu dll...




Bahan-bahan :

1 3/4  cawan   tepung gandum
   1/4  cawan   serbuk koko
      1  cawan   gula perang
      1  tsp.       baking powder
      1  tsp.       baking soda
   1/2  tsp.       garam halus
      1  cawan   susu segar
      1  biji        telur  -  dipukul sedikit
   1/3  cawan   minyak atau mentega cair
      1  tsp.       esen vanilla
Chocolate chip secukupnya


Cara-cara :

1.   Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam.  Ayakkan kemudian masukkan gula perang, gaulkan sebati dan ketepikan dulu.

2.   Di dalam bekas lain, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan minyak.  Kacau rata dan sebati.

3.   Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata dan sebati.  Masukkan sedikit chocolate chips, gaul sekadar sebati saja (jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).

4.   Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan sedikit chocolate chip di atasnya dan bakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 170'C.
(menghasilkan :  24 biji cawan kertas saiz s (2.0 oz).

No comments:

Post a Comment