KEK PISANG

Tuesday, September 30, 2014

My latest collection of cookbooks....2014


 Bought for my elderst daughter...


My latest collection...

 Ramekin berbentuk 'Love'


AVOCADO SHAKE/JUS ALPUKAT







JUS ALPUKAT/AVOCADO SHAKE
adapted from :   Jojokaya.hubpages.com ; thanks (yummy & delicious)




Ingredients :

2   ripe   avocados
3   tbsp  sweetened condensed milk
3   tbsp  chocolate syrup
1   cup   fresh milk
Ice cubes as needed
Chocolate sprinkle
Chocolate/cocoa powder


Method :

     Using a knife, cut avocado lengthwise around the seed.  Open and remove the seed.  Next, use a spoon to scoop out the flesh.
     Blend all ingredients, except chocolate syrup, sprinkle and chocolate powder until it turns into smoothie consistency.  Transfer the avocado shake into a glass, add chocolate syrup, sprinkle with chocolate sprinkle and cocoa powder before serving.
     Add coffee or chocolate ice cream and you will have avocado float.

KARIPAP








KARIPAP
sumber  :   spicesjourney ; thanks .... (sedap & rangup)




Bahan Kulit :

    1  kilo   tepung gandum
 1/2  cawan   marjerin
    1  cawan   minyak masak
450  ml   air  (anggaran lebih kurang)
    2  sudu kecil  garam


Cara Penyediaan :

     Masak minyak masak bersama marjerin sehingga betul-betul panas dan tuangkan ke dalam tepung.  Gaul rata.  Bila agak suam, masukkan air yang dicampur dengan garam sedikit demi sedikit.  Uli sehingga rata dan sebati.  Rehatkan doh sekejap lebih kurang 20 minit sebelum digelek.  Kalau tidak nanti adunan doh agak liat dan susah sukit untuk dibentuk.


Bahan Inti :

    1  kilo   ubi kentang  (dipotong dadu)
250  gm   daging kisar
  30  gm   serbuk rempah kari
    1  biji   bawang besar  (dihiris)
    3  ulas  bawang putih  (dihiris)
    1  sudu besar   lada hitam  (ditumbuk kasar)
Daun sup & daun bawang (dihiris)
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

     Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kuning keemasan.  Masukkan daging.  Bila daging separuh masak masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Gorengkan sehingga naik bau dan garing.  Masukkan kentang yang dipotong dadu.  Masukkan air agak-agak hampir tenggelam.  Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.  Masak sehingga kentang empuk dan kering.  Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum.
     Sejukkan inti dahulu sebelum digunakan.

CUCUR JAWA (yang kurang menarik)


 Cucur Jawa yang kurang menarik kejadiannya...tetapi tetap sedap dan rangup,
bahagian dalamnya kelihatan seperti bingka ambon, bersarang sedikit...





CUCUR JAWA
sumber  :  Group  dunia masakan Jalillah JJ/FB ; thanks....




Bahan-bahan :

   2  cawan   tepung gandum
   1  cawan   tepung beras
3/4  cawan   gula merah
1/2  cawan   gula pasir
   2  cawan   air


Cara-cara :

     Di dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir dan air kemudian masak sehingga gula larut.  Sejukkan dan ditapis.  Campurkan tepung gandum, tepung beras ke dalam bekas.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan air gula yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung.  Gaul sebati dan perapkan selama 4 jam atau lebih (sebaiknya semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik seakan bentuk topi).
     Panaskan minyak di dalam kuali dengan api perlahan.  Tuangkan adunan tadi dibahagian tengah minyak.  (Ia akan masak dari luar ke dalam untuk bahagian bawahnya).  Setelah kesemuanya bahagian bawahnya masak, terbalikkan cucur tersebut dan ketuk sedikit bahagian atas (untuk bentuk lengkungan bunga).
     Siap sedia untuk dihidangkan.

Sunday, September 28, 2014

POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG








POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG
sumber dari  :  Noraida Durani/FB ; thanks.... (sedap & rangup)




Bahan-bahan :

3   biji   kentang  (kupas kulit, disagat halus atau kasar)
4   sudu besar  tepung jagung
3   sudu besar  tepung gandum
1   biji   telur
Daun bawang/daun sup
1   tangkai  cili merah  (dihiris)
Serbuk lada sulah atau lada hitam kasar
Garam & sedikit gula
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara Penyediaan :

1.   Satukan kentang sagat dengan tepung jagung, tepung gandum. daun bawang/daun sup, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula ; gaulkan sebati.

2.   Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikkan, tunggu sampai masak, angkat, siap.

3.   Sedap dimakan bersama sos pilihan.

MACARONI SOUP







MACARONI SOUP
sumber dari   :   citarasawan ; thanks ....



Bahan-bahan :

   2  cawan   makaroni  (dicelur & ditos)
   2  keping   dada ayam  (direbus sehingga empuk, toskan & hiris)
   5  cawan   air rebusan ayam
   1  labu   bawang besar  (dicincang halus)
   3  ulas   bawang putih  (dicincang halus)
   1  inci   halia  (dicincang halus)
1/2  sudu kecil  serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
   2  batang  daun ketumbar  (dicincang)
   3  batang  sawi cina
1/2  biji   capsicum  (dipotong dadu)
1/2  batang  lobak merah  (dipotong dadu)
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak untuk menumis


Cara Membuat :

1.   Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bawang besar sehingga layu.  Masukkan bawang putih dan halia.  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah.

2.   Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit empuk, masukkan capsicum dan sawi cina.  Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

3.   Biarkan sebentar di atas api barulah diangkat.

4.   Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang dihiris.  Tuangkan sup dan hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

PENGAT PISANG








PENGAT PISANG
cookbook  :   101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza




Bahan-bahan :

5   biji   pisang atau  2  biji  pisang tanduk  (dikupas & dihiris)
1   cawan   santan pekat
2   sudu makan  gula merah
3   sudu makan  gula pasir
2   helai   daun pandan  (disimpul)
1   cawan  air
2   sudu makan  sagu mata ikan  (dibasuh & ditoskan)
Sedikit garam


Cara Membuat :

1.   Masukkan pisang, air, daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam ke dalam pemanggang ajaib.  Tutup dan masak selama 7 minit.
2.   Masukkan santan dan sagu mata ikan.  Tutup dan masak lagi selama 3 minit.
3.   Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. 
4.   Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, September 27, 2014

APAM NASI










APAM NASI
sumber dari   :   dunia masakan Jalilah JJ/FB ; thanks....




Bahan-bahan :

      2   cawan   nasi sejuk
      2   cawan   tepung gandum
      2   cawan   tepung beras
2 1/2   cawan   air
1 1/2   cawan   gula
      1   peket    yis Mauripan


Cara Penyediaan :

     Blender nasi, gula dan air sehingga betul-betul hancur dan halus.  Masukkan ke dalam bekas yang besar.  Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis Mauripan.  Gaulkan sebati dan perapkan selama 1 jam.  Bila adunan sudah naik, kacau dahulu adunan tepung dan buih-buih yang tidak sekata.  Warnakan ikut suka.
     Acuan disapu dengan sedikit minyak sahaja (jangan banyak).  Kukus apam selama 10-15 minit.  Bila sudah masak, tunggu hingga suam barulah dikeluarkan dari acuan.  Terbalikkan biar kering di bahagian bawah baru disusun di dalam bekas kedap udara.  Enak dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

ACAR TELUR







ACAR TELUR
Majalah SAJI Ogos 2014....




Bahan-bahan :

  7   biji   telur ayam  (direbus & dikupas kulit)
15   tangkai   cili kering *
  5   ulas   bawang merah *
  3   ulas   bawang putih *  ( * dikisar )
  1   sudu besar   serbuk rempah kari daging/ayam
10   keping   asam keping
  3   biji   limau nipis  (diambil jus)
Garam & gula secukupnya
Rempah 4 sekawan  (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
Bawang goreng


Cara Menyediakan :

1.   Rebus telur bersama asam keping dan garam.
2.   Tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. 
3.   Kemudian masukkan rempah kari, gula dan garam.  Tumis sehingga naik minyak.
4.   Masukkan perahan limau nipis dan sedikit air.  Kemudian masukkan telur yang telah dikupas kulit.
5.   Gaulkan sebati.  Angkat dan taburkan dengan bawang goreng.

SUP PUCUK SUHUN TAUHU







SUP PUCUK SUHUN TAUHU
Majalah SAJI Ogos 2014...




Bahan-bahan :

1   paket   pucuk suhun  (direndam hingga kembang & toskan)
1   biji   kentang  (dipotong dadu)
5   biji   bebola ikan
2   ulas   bawang putih  (dihiris)
2   ulas   bawang merah  (dihiris)
1   keping   tauhu lembut  (dipotong 4)
Daun sup & Cili merah  (dihiris)
Garam secukupnya
1   mangkuk   air
Minyak masak


Cara Menyediakan :

1.   Tumiskan bawang hiris dan masukkan air.

2.   Masukkan kentang dan bila kentang dan empuk baru masukkan tauhu, pucuk suhun, bebola ikan, garam dan serbuk perasa.

3.   Taburkan daun sup dan cili merah.

LEMAK CILI API SARDIN & BELIMBING BULUH







LEMAK CILI API SARDIN & BELIMBING BULUH
Majalah SAJI Ogos 2014...




Bahan-bahan :

  1   tin   ikan sardin  (yang besar)
20   tangkai   cili api  (tumbuk)
  3   cm   kunyit hidup  (tumbuk)
  1   biji   kelapa  (diambil santannya)
12   biji   belimbing buluh  (dibelah 2 setiap satu)
  1   labu   bawang besar  (dihiris)
Sedikit garam & serbuk perasa


Cara Menyediakan :

1.   Satukan bahan tumbuk, bawang besar dan santan ke dalam periuk.
2.   Masakkan di atas api yang sederhana besar.
3.   Setelah mendidih, masukkan ikan sardin dan belimbing.  Rasa garamnya dan tutup api.

Friday, September 26, 2014

BUBUR PULUT HITAM








BUBUR PULUT HITAM
sumber dari   :   Majalah SEDAP..bil 23/2010...



Bahan-bahan :

  100  gm   beras pulut hitam  (rendam selama 2 jam atau semalaman)
2000  ml    air
   1/2  sudu teh  garam
      2  helai  daun pandan  (disimpul)
  150  gm  gula pasir


Bahan kuah santan :

350  ml   santan daripada sebiji kelapa
    1  helai  daun pandan  (disimpul)
 1/4  sudu teh  garam


Cara membuatnya :

1.   Rebus beras pulut hitam, air, garam dan daun pandan sehingga pulut hitam setengah masak dan pekat.
2.   Masukkan gula pasir.  Kacau perlahan sehingga pekat dan masak.  Ketepikan.
3.   Kuah santan :  rebus santan, daun pandan dan garam sambil dikacau-kacau sehingga mendidih.
4.   Hidangkan bubur pulut hitam dengan disira kuah santan.

INFO :  Pulut akan lebih cepat empuk kalau direndam semalaman...

RESIPI RENDANG AYAM CARA N.S.


 sepatutnya rendang ni warnanya hitam mungkin kekurangan santan...
tapi rasanya tetap sedap, anak-anak suka....







RESIPI RENDANG AYAM cara Rembau, N.S.
sumber  :   Norshila Amin..



Bahan-bahan :

   1  ekor   ayam  (potong 16, cuci bersih & toskan)
1/2  kilo   pati santan
   2  sudu besar   minyak masak
Garam secukupnya


Bahan * :

5  ulas   bawang kecil  -  hiris
5  ulas   bawang putih  -  hiris
1  inci    halia  -  hiris atau titik
2  batang  serai  -  titik
2  sudu besar   rempah Rembau N.S.
2  sudu besar   rempah kari daging
1  sudu besar   serbuk kunyit
2  sudu besar   cili kisar
2  sudu besar   serbuk cili
Sedikit kerisik jika suka


Cara Memasak :

     Satukan kesemua bahan * dan ayam ke dalam kuali.  Campurkan sedikit air untuk mengecutkan ayam dan gaul sekata.  Masak sehingga ayam kecut sedikit kemudian masukkan pati santan.  Biarkan sehingga mendidih.  Campurkan minyak masak, kerisik (jika suka) dan garam dan masaklah sehingga kering kehitaman.

Thursday, September 25, 2014

CHOCOLATE CHIP CUPCAKES









CHOCOLATE CHIP CUPCAKES
cookbook   :   'Delicious Cakes'  by :  Amy Heng ...super moist & delicious



Ingredients :

  250  gm   butter
  350  gm   brown sugar
1 1/2  tsp   vanilla essence
   1/2  tbsp   instant coffee powder (dissolved in 1/2 thsp  hot water)
      4  whole   eggs, A/B
  320  ml    water
  280  gm   cake flour *
    70  gm   cocoa powder *
1 1/2  tsp   baking powder *
   3/4  tsp   baking soda *
   1/2  tsp   salt *  ( * sieved thrice )
  200  gm   chocolate chips
  100  gm   macadamia nuts (toasted & chopped ; or nuts of your choice)


Utensils needed :   20 paper cups


Method :

1.   Preheat oven at 180'C.
2.   Beat butter, sugar, vanilla essence and coffee until light and creamy.  Add in eggs.
3.   Add in dry ingredients alternating with water.  Lastly, add in nuts and chocolate chips.
4.   Evenly, scoop the batter into the paper cups and arrange on baking trays.  Bake for 25-30 minutes.