KEK PISANG

Thursday, September 11, 2014

DORAYAKI (Japanese Pancake)!!!








DORAYAKI  (Japanese Pancake)
sumber  :  airtangansuzie ; thanks...



Bahan-bahan :

100  gm    tepung gandum  (1  cawan)
 1/2  tsp    soda bikarbonat
  60  gm    gula halus  (1/2  cawan)
    2  tbsp  madu
    2  biji    telur 'B'
 1/2  tbsp  minyak masak
 1/2  tsp    esen vanilla
    3  tbsp  susu segar/susu cair/air
Inti ikut pilihan :  kacang merah, Nutella atau jem pilihan


Cara Penyediaan :

1.   Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula halus sehingga kembang (boleh juga menggunakan blender untuk part ini).

2.   Masukkan madu, minyak dan esen vanilla.  Kacau sehingga sebati.

3.   Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah di ayak ke dalam capuran telur.  Masukkan juga susu segar.  Kacau adunan secara kaup balik sehingga sebati.  Rehatkan adunan selama 30 minit.

4.   Panaskan kuali non-stick dengan api kecil, masukkan 1 senduk adunan, biarkan sehingga naik gelembung dan agak kuning.  Terbalikkan.

5.   Bila bahagian bawah telah masak, angkat dari kuali.  Buat sehingga kesemua adunan habis.

6.   Sejukkan kuih dorayaki yang telah dimasak dan isikan dengan inti kacang merah, Nutella atau jem pilihan.

No comments:

Post a Comment