Saturday, September 27, 2014
APAM NASI
APAM NASI
sumber dari : dunia masakan Jalilah JJ/FB ; thanks....
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 peket yis Mauripan
Cara Penyediaan :
Blender nasi, gula dan air sehingga betul-betul hancur dan halus. Masukkan ke dalam bekas yang besar. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis Mauripan. Gaulkan sebati dan perapkan selama 1 jam. Bila adunan sudah naik, kacau dahulu adunan tepung dan buih-buih yang tidak sekata. Warnakan ikut suka.
Acuan disapu dengan sedikit minyak sahaja (jangan banyak). Kukus apam selama 10-15 minit. Bila sudah masak, tunggu hingga suam barulah dikeluarkan dari acuan. Terbalikkan biar kering di bahagian bawah baru disusun di dalam bekas kedap udara. Enak dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment