KEK PISANG

Saturday, September 6, 2014

APAM GULA HANGUS








APAM GULA HANGUS
oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Gula Hangus :

1  cawan   gula pasir *
1  cawan   air panas *  (* dibuatkan gula hangus)

      2  biji    telur 'B'
   1/2  cawan   minyak masak
      2  sudu besar   marjerin/mentega
      2  sudu besar   susu pekat manis
      1  sudu kecil    soda bikarbonat
1 1/2  cawan   tepung gandum


Cara Penyediaan :

1.   Masak gula pasir dengan api kecil sehingga cair berwarna coklat kemudian di tuangkan air panas.  Sejukkan.

2.   Di dalam blender, masukkan telur, susu pekat manis, minyak masak dan marjerin/mentega.  Kisarkan anggaran 3 minit.

3.   Masukkan air gula hangus yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4.   Akhir sekali masukkan tepung gandum dan dikisarkan lagi sehingga sebati.

5.   Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang dilengser dengan sedikit minyak dan kukus selama 15-20 minit.   Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

6.    Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.


INFO  :  sekiranya adunan cair tambahkan sedikit tepung gandum agar apam tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya setelah masak....

No comments:

Post a Comment