KEK PISANG

Sunday, September 7, 2014

KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT





 



 KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
  sumber  :  cida de'nuanza, mas @Duniaku, k.nor@secubit garam ; thanks...



Bahan Gula Hangus :  (buat ini dulu sebelum bancuh adunan)

2  cawan  gula pasir
2  cawan  air panas mendidih
5  sudu besar  mentega


Cara-cara :

     Masak gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula bertukar warna kepada kecoklatan.  Masukkan air panas mendidih.  Bila gula dah cair sepenuhnya masukkan mentega, biarkan mentega larut....tutup api dan sejukkan.


Bahan lain :

   7  biji  telur gred A/B (I use gred B)
   2  cawan  tepung gandum
1/2  tin  susu pekat manis atau 2/3 cawan
   3  sudu teh  soda bikarbonat
   1  sudu teh  baking powder
   1  sudu teh  esen vanilla


Cara-cara :

1.   Pukul telur sampai kembang (atau guna blender), selepas itu masukkan susu pekat manis, blend lagi sampai sebati.  Masukkan pula esen vanilla.

2.   Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder....masukkan ke dalam adunan telur....teruskan blend.  Akhir sekali masukkan air gula hangus yang sudah sejuk tadi dan blend lagi.

3.   Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak.  Perapkan adunan ini selama 2 jam sebelum dibakar.

4.   Bakar selama 1 - 1 1/4 jam menggunakan api bawah pada suhu 160'-180'C, dan 5-10 minit terakhir guna api atas dan bawah.


INFO  :  untuk mendapatkan potongan yang cantik dan berlubang/bersarang, belah kek ditengah kemudian tengok arah urat kek....potong kek secara melintang garisan tersebut.


No comments:

Post a Comment