KEK PISANG

Sunday, September 28, 2014

POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG








POTATO FRITTERS AKA CUCUR KENTANG
sumber dari  :  Noraida Durani/FB ; thanks.... (sedap & rangup)




Bahan-bahan :

3   biji   kentang  (kupas kulit, disagat halus atau kasar)
4   sudu besar  tepung jagung
3   sudu besar  tepung gandum
1   biji   telur
Daun bawang/daun sup
1   tangkai  cili merah  (dihiris)
Serbuk lada sulah atau lada hitam kasar
Garam & sedikit gula
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara Penyediaan :

1.   Satukan kentang sagat dengan tepung jagung, tepung gandum. daun bawang/daun sup, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula ; gaulkan sebati.

2.   Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikkan, tunggu sampai masak, angkat, siap.

3.   Sedap dimakan bersama sos pilihan.

1 comment:

  1. nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

    ReplyDelete