KEK PISANG

Thursday, July 31, 2014

PANCAKE SEDAP









PANCAKE SEDAP
sumber  :  Dermakasih ; thanks...



Bahan-bahan :

1  cawan   tepung gandum
1  sudu besar   baking powder
3  sudu besar   gula pasir
1  cawan   susu segar/buttermilk
1  biji   telur gred 'A/B'
1  sudu teh   esen vanilla
2  sudu besar   mentega  -  dicairkan
sedikit garam


Cara-cara :

     Telur dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanilla.  Masukkan sedikit garam, gula dan mentega cair dan gaul dengan sebati.  Kemudian masukkan susu.  Tepung hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati.  Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit dan digaul sehingga tidak ada tepung yang berbintil.  Sekiranya ada, hendaklah ditapis untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.  Rehatkan adunan lebih kurang 15 minit sehingga 30 minit.  Ini adalah supaya mendapatkan hasil Pancake yang lembut  dan gebu. 
     Panaskan non-stick pan dengan api sederhana.  Lenser dengan sedikit minyak.  Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan pancake tadi.  Ratakan.  Tutup pan tadi sekejap.  Bila permukaan pancake kelihatan berbuih-buih dan kelihatan agak kering, perlahan-lahan terbalikkan.  Masak lagi untuk 1 minit.  Alihkan ke dalam bekas/pinggan sesuai dan buat dengan kaedah yang sama untuk baki adunan sehingga habis.  Hidangkan dengan jem, sos coklat Hershey, madu dll.

KUAH LODEH







KUAH LODEH
sumber dari  :  Azie Kitchen ; thanks...



Bahan-bahan :

Kubis
Karot
Kacang panjang
Terung
Tauhu kering/fucuk -  rendam
Tempe  -  potong & goreng
Tauhu  -  potong & goreng sebentar  (jika suka), untuk mengelak hancur
Cili merah  -  hiris
2  batang   serai  -  titik
Udang hidup  -  buang kulit
Santan
Garam secukup rasa


Bahan Kisar :

   5  biji   bawang merah
1/2  inci   kunyit hidup
   2  sudu besar   udang kering


Cara Memasak :

     Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih.  Masukkan udang hidup diikuti dengan sayur yang keras sehingga lembut dan diikuti dengan sayur-sayur yang lain.  Masukkan santan pekat, tauhu kering, cili merah serta garam.  Sesuaikan rasa dan kepekatan.
     Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, July 30, 2014

NUTELLA POPSICLES








NUTELLA POPSICLES
source from  :  Eugenie Kitchen.com, thanks... (delicious & yummy..)



Ingredients :

3/4  cup   milk  (180 ml)
1/4  cup   heavy whipping cream  (60 ml)
1/4  cup   Nutella
   1  tbsp  granulated sugar


Method :

     In a blender, add milk, heavy whipping cream and Nutella.  Be careful not to use too much Nutella, otherwise your popsicle will turn out bitter.  Add in granulated sugar.  And blend for about 20 seconds.  And fill in the popsicle molds and freeze. 

Tuesday, July 29, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP







AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP
sumber dari  :  Azie Kitchen, thanks...



Bahan-bahan :

1/2  ekor   ayam  (dipotong kecil)
   2  tbsp   serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau kisar  (optional)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut  (dihiris halus)
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan Kisar Halus :

2  sudu besar  biji ketumbar
1  sudu kecil   jintan manis
1  sudu kecil   jintan putih


Bahan Kisar Kasar :

6  biji   bawang merah
2  ulas  bawang putih
2  inci   halia
2  inci   lengkuas
2  inci   kunyit hidup atau serbuk kunyit
2  batang  serai


Cara Memasak :

     Basuh bersih ayam, potong kecil dan toskan.  Masukkan ayam dan kesemua bahan kisar halus dan kasar berserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.
     Gaul rata dan rempah ratus menyaluti ayam.  Perapkan dahulu dalam 1 jam sebelum digoreng.  (Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra dan sedap).
     Gorengkan di dalam minyak penuh dengan api sederhana.  Angkat dan toskan.  Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.  Rempah ini sangat sedap.  Kalau tidak diangkat terus nanti rempah-rempah itu hangit dan pahit.

NASI MINYAK MUDAH








NASI MINYAK MUDAH
sumber dari  :  Hanamemories ; thanks



Bahan-bahan :

   3  cawan   beras biasa
   5  cawan   air  (atau mengikut jenis beras, lebihkan jika perlu)
1/2  biji   bawang besar  (dimayang)
   1  batang   kulit kayu manis
   1  biji   buah pelaga
   1  kuntum   bunga lawang
   1  kuntum   bunga cengkih
   2  sudu besar   minyak sapi
   1  ketuk   kiub pati ayam
Daun pandan  (disimpul)
Serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1.   Cuci beras dan toskan.
2.   Panaskan minyak sapi.  Masukkan bawang, rempah 4 beradik dan tumiskan sehingga naik bau.
3.   Masukkan daun pandan, kiub pati ayam dan serbuk kunyit.  Kemudian masukkan beras.  Gaul mesra.
4.   Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
5.   Alihkan ke dalam rice cooker dan tekankan button 'start'.

Menu Raya ke 2, 29/7/2014 (Selasa)


 Menu yang simple :  Ayam Goreng Berempah, Acar & Nasi Minyak





SELAMAT HARI RAYA pada semua teman-teman, Maaf Zahir & Batin...


 Dalam perjalanan balik dari kampung ku Rembau singgah di R&R Seremban untuk solat sambil berehat..
28/7/2014 (Isnin) - Raya Pertama..








Monday, July 28, 2014

BLUEBERRY YOGURT CHIFFON CUPCAKES









BLUEBERRY YOGURT CHIFFON CUPCAKES
source from :  AnncooJournal ; thanks




Ingredients :

    3  egg   yolks  (70 gm  each)
  25  gm    sugar
  40  gm    corn oil
    1  tsp    lemon juice
    1  tsp    vanilla essence
100  gm    natural yogurt
  80  gm    plain flour  (sifted)
Lemon zest from one lemon
    4  egg   whites
  55  gm    sugar
125  gm    fresh blueberries, sprinkle some flour on it


Method :

1.   Preheat oven to 160'C.

2.   In a large bowl, mix egg yolks, sugar and oil together, mix well with a hand whisk.  Add lemon juice, lemon zest and yogurt into it, mix well and until smooth.  Sift in the plain flour and mix well.  Set aside.

3.   In another mixing bowl, whisk egg whites until frothy, gradually add in sugar.  Continue to whisk egg whites till stiff peak but not dry.

4.   Fold 1/3 of egg whites into the yolk mixture.  Then pour in the rest of the egg whites and fold gently until combined with a rubber spatula.

5.   Spoon batter into cupcake liners to half.  Place blueberries over it and spoon remaining batter to 3/4 full and bake for about 25 minutes.

6.   Bang the baking tray together with the small cakes on the counter top 2-3 times once they are straight out from the oven, as this will prevent the cakes from shrinking.  Leave the cakes to cool before consuming.
(yields  :   9  pcs)

CREME PUFF




 Creme Puff with Iced Lemon Tea





CREME PUFF
sumber dari :  citarasawan ; thanks



Bahan-bahan :

110  gm   mentega
250  ml    air
    1  tsp   gula kastor
 1/4  tsp   garam
150  gm   tepung gandum
    4  biji   telur gred 'B'


Cara-cara :

1.   Didihkan air, mentega, gula dan garam.  Tutup api, masukkan tepung...kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan menjadi doh.

2.   Buka api dan kacau selama 2-3 minit dengan api sederhana sehingga kelihatan lapisan tipis putih di dasar periuk.

3.   Angkat dan kacau doh sehingga suam.  Masukkan sebiji telur, kacau sehingga telur sebati.  Tambah telur berikutnya, kacau satu persatu sehingga sebati dengan doh baru dimasukkan telur berikutnya.  Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.

4.   Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit.  Kemudian turunkan suhu pada suhu 160'C dan bakar lagi selama 15 minit.


Bahan Krim Kastad :

250  ml   susu segar
    2  tbsp  gula
    2  tbsp  tepung kastad/jagung
    1  biji    kuning telur  (dipukul sedikit)
 1/2  tbsp  marjerin


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan di atas kecuali marjerin.  Masak sehingga agak likat.  Masukkan marjerin dan kacau sehingga pekat.  Angkat.  Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di paip ke dalam creme puffs.  (Tutup permukaan kastad dengan plastik yang dilekapkan di atasnya bagi mengelakkan ianya tidak mengeras pada bahagian permukaannya).

PUDING MARBLE MINERAL COFFEE









PUDING MARBLE MINERAL COFFEE
sumber  :  Azlita Masam Manis



Bahan-bahan :

12  gm   serbuk agar-agar  (1 paket)
  1  liter  air
  2  cawan   gula halus
  1  tin   susu cair
  1  cawan   tepung kastad
  1  paket   Mineral Coffee
  2  sudu makan   air suam
  1  sudu teh   esen vanilla
Pewarna pilihan


Cara-cara :

     Masak serbuk agar-agar bersama gula halus dan air sehingga gula larut.  Satukan susu cair dan tepung kastad dan kacau rata.  Tuangkan susu ke dalam agar-agar dan masak sehingga adunan pekat.  Tambahkan esen vanilla dan kacau rata.  Angkat dan bahagikan adunan kepada 4 mangkuk.
     Bancuh Mineral Coffee dengan air suam.  Tuangkan bancuhan Mineral Coffee ke dalam satu mangkuk dan kacau rata.  3 mangkuk lain letakkan pewarna setiap satu...warna yang berbeza.  (merah, kuning & hijau).
     Sediakan acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.  Kemudian sediakan satu loyang berisi air.  Letakkan acuan pilihan di dalamnya.  Kemudian tuangkan adunan puding berselang-seli warna ke dalam acuan pilihan.  Buat sehingga habis.  Bila dah siap sejukkan di dalam peti sejuk.

RENDANG DAGING







RENDANG CILI API DAGING NOGHORI
by :  zaralovebaking



Bahan-bahan :

   1   kilo   daging batang pinang  (dipotong kiub kecil, dicuci & ditoskan)
 15   biji    cili padi kampung  (tambah jika nak lebih pedas)
   2   inci    kunyit hidup
   3   batang   serai  (tumbuk kasar)
1/2  kilo   santan
   1  keping   asam keping
   6  ulas   bawang merah
   4  ulas   bawang putih
Garam secukupnya
Sehiris halia dan lengkuas
Kerisik


Cara-cara :

     Kisarkan cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.  Kecutkan daging dengan dimasak di dalam kuali bersama dengan bahan kisar sehingga air daging hampir kering.  Masukkan santan dan setelah mendidih masukkan garam.  Setelah kuah hampir kering, masukkan kerik dan asam keping.  Sesuaikan rasa dan kepekatan.  Angkat dan hidangkan.

NOTA  :  Resepi asal hanya menggunakan cili padi, kunyit hidup, serai dan santan.  Tetapi jika masukkan bawang, halia dan lengkuas serta kerisik jika mahu rasa wangi.  Juga boleh masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut untuk lebih aroma.

Sunday, July 27, 2014

RED VELVET CHEESE BROWNIES








RED VELVET CHEESE BROWNIES
sumber dari :  Azie Kitchen



Bahan-bahan :

2 1/2  cawan   all-purpose flour/tepung kek
      1  tsp   garam
      2  tbsp   serbuk koko
1 1/3  cawan   vegetable oil atau 113 gm butter dicairkan
      1  cawan   buttermilk (1 tbsp  jus lemon + 1  cawan susu segar = rehatkan 10 minit)
      1  tbsp   red food colouring
      1  tsp   esen vanilla
      2  biji   telur gred 'A/B'
1 1/4  cawan   gula kastor
      1  tsp   distilled vinegar
      1  tsp   baking soda


Cara-cara :

     Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
     Satukan tepung, serbuk koko dan garam sebelum diayak.  Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla.
     Menggunaka kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
     Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda.  Campuran akan berbuih atau berbusa.  Dengan segera tuangkan ke dalam adunan dan terus kaupbalik sehingga sebati.
     Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi bersaiz 9x9 inci atau 10x10 inci yang telah dialaskan dengan baking paper (lebihkan kertas baking paper pada  kiri kanan loyang untuk memudahkan mengeluarkan brownies dari loyang).  Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak di atas lapisan cheese nanti.
     Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 50 minit sehingga 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.  Sementara kek dibakar, bolehlah sediakan adunan cheese.
     Setelah kek masak, boleh ditekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi.  Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tidak perlu disejukkan.  Ratakan lapisan cheese.
     Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis.  Kemudian lorek secara ulang-alik menggunakan lidi sate atau corakkan ikut kreativiti sendiri.
     Sambungkan membakar selama 30 minit lagi atau sehingga masak.  Biar betul-betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.  Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelupkan di dalam air panas dan lapkan sebelum digunakan.


Bahan Lapisan Cheese :

350  gm   cream cheese
    1  cawan   gula icing
    1  biji   telur gred 'A/B'
    1  tbsp   jus lemon


Cara-cara :

     Putarkan cream cheese sehingga berkrim.  Masukkan gula icing dan pukul sehingga sebati.  Kemudian masukkan  telur dan putar lagi sehinga sebati.  Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi.  Tuangkan ke atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.

TIPS  :

1)   Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan juga mudah dan cantik ketika dipotong bila sejuk.

2)   Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan cream cheese, gunakan api bawah sahaja apabila permukaan cream cheese mula menampakkan warna keperangan.