KEK PISANG

Sunday, July 20, 2014

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI






BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
sumber  :  Citarasawan & Fatmah Bahalwan; thanks




Bahan-bahan :

125  gm   mentega
125  gm   marjerin
175  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
200  gm   tepung gandum
  50  gm   tepung jagung
 1/4  tsp   emplex
    1  tsp   esen vanilla  (optional)
Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah secukupnya


Loyang :  digris dengan sedikit mentega


Cara Membuat :

1.   Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan.

2.   Putar mentega dan gula sehingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.  Masukkan esen vanilla, gaul sebati.

3.   Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula sehingga rata.

4.   Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.

5.   Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6.   Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit.  Jangan dibiarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan corak pelangi.

7.   Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment