KEK PISANG

Tuesday, July 22, 2014

BISKUT CORNFLAKE MADU CHOCOLATE CHIP










BISKUT CORNFLAKE MADU CHOCOLATE CHIP
buku 'Resipi Biskut & Kek' Chef Hanieliza



Bahan A :

100  gm   mentega
  50  gm   gula kastor
    8  sudu makan  madu


Bahan B :

200  gm   cornflakes  (diramas)
100  gm   chocolate chip
100  gm   almond flake  (dipanggang)


Bahan C :  (Hiasan)

Acuan kertas kecil secukupnya
Chocolate rice atau gula-gula manik warna-warni


Cara Membuat :

1.   Panaskan bahan A sehingga mentega car.  Tutup api dan sejukkan sebentar.
2.   Masukkan bahan B dan gaulkan rata.
3.   Sudukan adunan ke dalam acuan kertas kecil.
4.   Hiaskan dengan bahan hiasan.
5.   Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 8 sehingga 10 minit.
6.   Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

1 comment:

  1. tak cair ke choc. chip tu bila masuk dalam ketuhar?

    ReplyDelete