KEK PISANG

Monday, July 14, 2014

SOSEJ SOS LADA HITAM









SOSEJ SOS LADA HITAM
buku '101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib' - Chef Hanieliza




Bahan-bahan :

    6   batang   sosej ayam lada hitam
    2   ulas   bawang putih  (dihiris)
    1   labu   bawang besar  (dihiris kasar)
 1/2   cawan   sos lada hitam
    1   sudu makan   lada hitam  (dikisar kasar)
 1/2   biji   capsicum kuning  (dihiris memanjang)
 1/2   cawan   air
    1   pokok  daun bawang  (dipotong pendek)
 1/2   batang  carrot  (dihiris memanjang)
    2   sudu makan   minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana.  Masukkan sosej dan tutup pemanggang ajaib.  Goreng sosej selama 4 minit.
2.   Terbalikkan pemanggang dan goreng lagi selama 4 minit.
3.   Masukkan bawang putih, bawang besar, sos lada hitam, lada hitam, carrot, garam dan air.  Kacau rata.
4.   Tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit.
5.   Tutup api dan masukkan capsicum kuning dan daun bawang, kemudian kacau lagi. 
6.   Hidangkan.

2 comments:

  1. Assalam...baru bercadang nk masak sosej lada hitam nih..

    ReplyDelete
  2. Assalam..masak lah..memang sedapp..

    ReplyDelete