KEK PISANG

Friday, July 18, 2014

BISKUT ALMOND LONDON










BISKUT ALMOND LONDON
sumber dari  :  yatiememories, thanks



Bahan-bahan :

250  gm    mentega
125  gm    gula halus
    1  biji    telur 'B'
    1  tsp    esen vanilla
  50  gm    serbuk badam  (optional)
200  gm    tepung jagung *
300  gm    tepung gandum *
    2  tbsp  tepung beras *
    1  tsp    baking powder *  (* diayak bersama)
200  gm    kacang badam  (disangrai tanpa minyak atau dibakar sekejap)
Papercup secukupnya


Hiasan :

  50  gm   badam cincang  (dipanggang/dibakar sekejap)
700  gm   coklat  (coklat compound lebih baik dari coklat masakan - cairkan, brand Beryl)
Sedikit mentega/shortening untuk dicairkan bersama coklat


Cara-cara :

1.   Putar mentega dan gula halus sehingga kembang.
2.   Masukkan telur, esen vanilla dan putar lagi.
3.   Masukkan serbuk badam (jika guna), kacau sebati.
4.   Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak dan adun sehingga menjadi doh.
5.   Ambil sedikit adunan doh, bentukkan doh menjadi bulat..isikan sebiji badam dan bentukkan lonjong.  Susunkan di atas dulang pembakar.  Buat sehingga habis.
6.   Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit atau sehingga kelihatan keperangan.
7.   Cairkan coklat compound bersama sedikit mentega/shortening secara double-boil.
8.   Masukkan biskut yang telah disejukkan ke dalam papercup dan tuangkan coklat compound cair.  Taburkan sedikit badam cincang di atasnya.
9.   Biarkan kering seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

1 comment:

  1. Sodap tu .. almond london kegemaran kami sekeluarga :)

    ReplyDelete